SEDEKAH ATAU BAYAR HUTANG DULU?

Sedekah Atau Bayar Hutang Dulu

Sedekah atau bayar hutang dulu, yang mana lebih afdal?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada satu kemusykilan iaitu jika seorang itu ada berhutang adakah boleh dia bersedekah?


JAWAPAN

Hendaklah diketahui bahawa bersedekah itu hukumnya adalah sunat manakala membayar hutang itu apabila sampai masa membayarnya maka hukumnya adalah wajib dan jika jika belum sampai masa membayarnya maka hukumnya adalah sunat.

Oleh itu seorang yang ada berhutang tetapi belum sampai masa membayarnya maka harus dia bersedekah dan manakala sampai masa membayar hutang dan tidak ada harta yang lebih melainkan cukup untuk membayar hutang maka haram dia bersedekah kerana wajib ketika itu dia membayar hutang.

1. Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

Jika yang berhutang itu wajib membayarnya segera kerana tuan hutang sudah menuntutnya pada hal dia tidak mengetahui tuan hutang sanggup dilambatkan bayar nescaya haram dia bersedekah sebelum membayar hutangnya secara mutlak.”

(Kitab Tuhfatul Muhtaj)

Oleh itu jika belum sampai masa membayar atau tuan hutang memberinya tangguh maka tidak haram dia bersedekah.

Dan seperti hutang itu maka haram bersedekah jika harta yang ada hanya cukup untuk menunaikan nafaqah orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

2. Berkata Syeikh Bafadhal Al-Hadhrami :

Dan tidak halal bersedekah dengan harta yang diperlukan bagi nafaqahnya atau nafaqah orang yang wajib atasnya nafaqah pada harinya dan malamnya atau diperlukan untuk membayar hutang yang tidak ada peluang membayar dengan yang lain.”

(Kitab Muqaddimah Hadhramiyah)

Kesimpulannya seorang yang berhutang harus bersedekah jika belum sampai masa membayar hutang.

Jika sudah sampai masa membayar hutang dan orang yang berhutang mempunyai lebih dari harta untuk membayar hutang maka harus juga dia bersedekah.

Ada pun jika sudah sampai masa membayar hutang dan yang berhutang tidak ada harta yang lain selain untuk membayar hutang dan tuan hutang tidak memberi tangguh maka haram atasnya bersedekah.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments