Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Keterangan & Petua Beramal 


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

.

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

.
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

.

– Ust. Zahazan Mohamad

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Alisya Najiha
Alisya Najiha
4 tahun yang lalu

Saya dah bagitau orang macam mana ye

ira
ira
4 tahun yang lalu

saya memberitahu mimpi sya kepada orng lain ape yng akn brlaku pada diri syg

ira
ira
4 tahun yang lalu

saya dah beritahu mimpi saya kepada orang lain ape yang akan berlaku?

safwallah
safwallah
5 tahun yang lalu

Saya berasa takut bila tido kerana saya mimpi seorang lelaki yg mahu bunuh saya saya tak tau lah orang tu mhu bunuh saya

nur haziqah binti mazlan
nur haziqah binti mazlan
5 tahun yang lalu

Saya pun ada juga kena sawan sejak
semasa saya dari kecil lagi dah memang ada sawan jadi apa perlu saya buat untuk menghilangkan secara rawak untuk menghilangkan sawan ini yer daripadan nur haziqa binti mazlan

DarkProfessor99
DarkProfessor99
8 tahun yang lalu

You have to fight what you afraid of. Think again and relate it to your anger. Release all of your stress to it. You will be happy if you do this.

Abu Basyer
Abu Basyer
13 tahun yang lalu

Bro, masalahnya.. aku la mimpi buruk kepada orang tu….hahahha

HIIT Training
HIIT Training
13 tahun yang lalu

I enjoy gathering useful info, this post has got me even more info! .

firdaus
firdaus
14 tahun yang lalu

sy selalu dpt mimpi yg buruk…….
mudah2 an ini dpt membantu saya

Anonymous
Anonymous
Reply to  firdaus
14 tahun yang lalu

insyaallah…