memberi salam kepada perempuan
Oleh: ust. salman maskuri
Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
- Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
- Orang yang sedang berada didalam tandas
- Orang yang sedang makan dan minum
- Orang yang sedang berperang
- Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
- Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
- Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
- Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
- Orang yang sedang azan dan iqamat.
- Orang yang sedang qada’ hajat.
- Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
- Orang yang sedang iqamat
- Orang yang sedang mabuk.
- Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
- Orang yang sedang solat
- Orang gila
- Kanak-kanak
- Orang yang mengantuk @ sedang tidur
- Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
- Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
- Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yang bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…
Jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.
Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Tinggalkan Komen Anda..
Kalau lelaki tu bagi salam untuk tanya kabar, perlu jawab atau tidak?
Kalau lelaki tu chat tanpa sebab apa hukumnya? Wajib jwb x? (Dlm chat?
Tidak wajib jawab
kalau memberi salam ketika bercakap dalam handphone mcam mana erk ?
Kalau lelaki tu bagi salam kat chat kene jawab ke salam dia
Tidak wajib jawab
Sy ade dgr…klu seorang pemuda beri salam kpd seorang wanita muda…hukumnya haram…betul ke..
ape hukum bagi salam kat orang kapir tolong jelaskan
Lebih baik mnggunakan selamat sejahtera
Tapi kalau org bkn islam yg bg salam..kite hanya boleh jawab waalaikum
Bkn waalaikumussalam ataupun waalaikumussalamwarahmatullahiwabarokatuh
saya selalu bagi salam kat kawan-kawan yang saya jumpa..tak kesah, lelaki or perempuan..macam mana tu?apa hukum dia??
setahu saya harus bagi lelaki memberi salam kpd perempuan muda (bukan muhrim) dan wajib dijawab oleh perempuan itu tetapi tanpa perlu didengar oleh lelaki tersebut.. wallahualam. ni apa yg saya dengar. kalau salah minta ada yg membetulkan.
assalamualaikum.. saya nak bagi pendapata, kalu boleh keluarkan statement dengan jelas.. sbb tkt ada yg kurang ari tntg hukum hakam ni dgn bulat2 cmtuh jee.. tkt brlku nya salah faham :) betul apa yg admin ni bg taw tntg salam.. cuma jelaskan stuasi2 trtntu yg mngkin bleh jtuhnya hukum haram.. wallahualam.. ni pndangan saya trhdap artikel tuh yee.. assalamualaikum harap apa yg lemah dtg dr dri saya sndri yg baik2 dtg dr Allah swt
#yang kurang arif.. pecaya bulat2 mcm tuh ja.. (hehe typo pulak)
ya betul saya pon sudah keliru.. saya rasa salam yang akan menimbulkan fitnah ialah memberi salam kepada wanita yg sedang berda di dalam khalayak yang ramai. kan2?
Sy sokong.. berbaliklah pada Sunnah. Salam itu ucapan ahli Syurga. Tak kira lelaki dan perempuan, seharusnya hargai orang yang beri salam pada kita. Niat itu penting. Kalau salam dijadikan laluan awl yg menjurus kpd zina hati dll, itu wajib dielakkan. MasyaAllah. Mohon dijauhkan.
Urusan haram adalah urusan Allah, tidak benar mengharamkan yang halal apalagi menghalalkan yang haram. keduanya harus jelas haramnya. kalau hanya takut timbul fitnah belum bisa diharamkan. pakai Ayat Al-quran atau pakai hadits shahih kek.
Saya berpendapat sedemikian juga..