Doa Agar Dapat Membayar Hutang

Di masa kini, ramai diantara kita dihimpit oleh pelbagai masalah yang meresahkan kehidupan.

Diantaranya adalah masalah hutang.

Kita sebagai orang orang Islam adalah diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain.

Sekiranya kita meninggal dunia sebelum sempat melunaskan hutang, dikhabarkan roh kita akan tergantung diantara langit dan bumi sehingga hari kiamat.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala azab dan dapat melunaskan hutang kita dan membebaskan diri dari kemiskinan.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.

 

Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas.

Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dengan doa yang pertama di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
rokzam
rokzam
13 tahun yang lalu

asalammualaikum,
bole tolong terjemah kan dalam rumi?
terima kasih