Membongkar Misteri Dajjal

misteri dajjal
misteri dajjal

Sedikit fakta – fakta dan dalil – dalil  tentang kemunculan Dajjal yang diperolehi dari sebuah buku yang bertajuk “Membongkar Misteri Dajjal” karya Muhammad Nuraini Maarif. Segala yang tercatat di sini adalah cebisan daripada isi kandungan buku ini.

Berikut adalah kronologi perjalanan kehidupan Dajjal dari sumber hadis Nabi dan himpunan kata-kata para nabi yang ditemui oleh Muhammad Isa Daud (Pengarang Buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda)

“Dia (Dajjal) dilahirkan dengan penuh keanehan (penampilan fizikalnya) hasil pengaruh jin atau syaitan (menurut sesetengah pendapat ulama kelahirannya adalah hasil pencantuman benih manusia dan jin).

Baca Sepenuhnya

Jangan Terlalu Bermewah Sediakan Tempat Tidur

Tempat Tidur
Tempat Tidur

Tempat tidur

Adab tidur seterusnya ialah bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil terukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.

Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredaannya

Antara perkara yang dibenci oleh Allah adalah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Dan hari (ketika) orang – orang yang engkar dihadapkan ke neraka (mereka menempelak): ‘kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang – lenang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang telah menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq”  (surah Al-Ahqah ayat 20)

Baca Sepenuhnya

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Baca Sepenuhnya

Doa Apabila Takut Dizalimi

Doa Apabila Takut Dizalimi

اَللَّـهُ أكْبَرُ ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعاً ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَ أَحْذَرُ ، أَعُوذُ بِاللَّـهِ الَّـذِي لا إلَهَ إلاَّ هُوَ ، الـمُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إلاَّ بِإذْنِهِ ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلانٍ ، وَجُنُودِهِ وَ أَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، اللَّـهُمَّ كُنْ لِي جَاراً مِنْ شَرِّهِمْ ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَ لا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maksudnya : “Allah maha besar, Allah maha perkasa dari segala makhlukNya.Allah maha perkasa dari apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung padaNya , yang tiada Rabb yang benar selain Dia, yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan izinNya, dari kejahatan hambaMu Fulan sertabala tenteranya, pengikutnya dan pendukungnya, dari jenis jin dan manusia.Ya Allah , jadilah Engkau pelindungku dari kejahatan mereka.Agunglah pujiMu, maka kuat perlindunganMu dan maha suci namaMu, tiada ilah yang berhak disembah melainkan Engkau » ( dibaca sebanyak tiga kali ) .

Baca Sepenuhnya

Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah, mohonlah pada Allah SWT keringanan dengan membaca doa berikut :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya:

Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Baca Sepenuhnya