Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.
Amat kecewa sekali.
Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan – angan ini tenggelam perlahan-lahan.
Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain-lain, menjadikan lelaki dan wanita mudah berinteraksi tanpa batas.
Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan.
Dalam kes bertaaruf ini, lelaki dengan sewenang-wenangnya mentafsirkan erti bertaaruf
Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘taaruf’, tanpa perantara.
Jangan memaknakan perkataan “taaruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara taaruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam.
Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah?
Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.