Indahnya Didoakan Sahabat

didoakan sahabat
indahnya hidup ini apabila selalu didoakan sahabat

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH.

Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita.

Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.

Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan.

Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.

Baca Sepenuhnya

Bahagia Ditengah Ketidakbahagiaan..

Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita?

Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua.

Pada waktu timbul sesuatu  yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat panjang dan kacau bilau.

Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara  ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik  manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk  suasana kacau didalam hati.

Baca Sepenuhnya

Doa Apabila Ditimpa Demam

.

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار

وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”

Baca Sepenuhnya

Minum Berdiri Memudaratkan?

Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab, yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia.  

Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Anda pernah minum berdiri?  

Baca Sepenuhnya

Kepentingan Mandi: Fakta Sains Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari

Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam.

Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula-mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.

Sabda Nabi S.W.T:

Tidak diterima solat tanpa bersuci”

— Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar 

Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat.

Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat.

Tidak sah solat tanpa bersuci.

Ok, itu dari sudut agama.

Kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.

Baca Sepenuhnya