Seringkali orang berkata: “kita hidup harus tabah…”
Menghadapi segala masalah perlu tabah, menjalani retorik hidup ini juga harus tabah.
Menghadapi kegagalan sekalipun juga harus tabah. Menerima sesuatu kejadian buruk yang datang dalam hidup ini juga perlu tabah.. tabah.. tabah.. dan TABAH.
Benarkah orang yang tabah adalah orang-orang yang kuat? Atau sebaliknya orang yang lemah mungkin jauh lebih tabah?
Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar.
Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.
Apa-apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. Saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tips untuk menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama …
Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan.
Sebagai manusia biasa khususnya lelaki mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita.
Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..
Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah.
Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu.
Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.
Jika tidak, simpanlah rasa itu,dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.
Tetapi tak semudah itu!!
Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?