Hidup adalah anugerah dan hadiah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tidak mungkin hidup ini tiada tujuan. Amat mustahil hidup ini tiada Tuhan. Tahniah! Pada yang diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Tatkala cabaran, ujian, serta dugaan menyinggah, kita masih lagi menghadapinya dengan sebaik – baik mungkin. Insyaallah~

Mengimbau kembali sejarah Nabi Adam a.s, Nabi Adam a.s tidak pernah meminta pada Tuhan untuk diciptakan dan dihidupkan. Tetapi kerana ianya kehendak Ilahi, bukan sahaja Nabi Adam a.s yang diciptakan, dihidupkan, malah sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi adalah daripada kehendak Tuhan. Ciptaan Allah SWT.

Binakan satu soalan dengan menggunakan kurniaan akal yang diberi, lalu gunakan pula hati untuk menjawabnya.

Tanyalah diri sendiri!

‘Kenapakah aku diciptakan?’

Baca Sepenuhnya

Tips Berurusan Dengan Lelaki Dalam Islam. Mudah & Praktikal

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati. 1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, …

Baca Sepenuhnya

Mengapa Takut Jual Mahal? Sebab Takut Tiada Jodoh Kemudian Nanti?

jual mahal
Jangan takut untuk jual mahal kerana cinta

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?

Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap.

Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi.

Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.

Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.

Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita.

Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.

Kita hanya perlu bersabar.

 

Yakinlah Bahawa Allah Telah Menyediakan Kita Pasangan Terbaik Sebagai Jodoh Kita

Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan.

Bersama menuju redha dan keampunanNya.

Baca Sepenuhnya

Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki

Kelebihan Wanita
Kelebihan Wanita

Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik.

Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri.

Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa.

Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah: Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah.

Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.

Baca Sepenuhnya

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

rasulullah tidak pernah sakit
Credit kepada Nor Abdullah Ilustrator (Norabudy)

Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?

Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.

Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Baca Sepenuhnya