Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

Baca Sepenuhnya

Kita Bahagia Bila Ada Harapan

bahagia
Bahagia | Seasons of hope by JPtHart

Tanpa harapan, kita takkan bahagia.”

Saya lupa bila saya mendengar ayat ini.

Tapi yang pasti, ayat ni saya dengar dari kaca TV.

Tak tahu dari filem ke, drama ke, iklan ke, atau apa.

Ayat ni rasa meresap ke dalam hati.

Saya termangu sekejap.

Ada sesuatu yang bermain dalam kepala, ada ayat-ayat, ada kata-kata yang tak terluah, ada gambaran yang tak bisa terlukis.

Saya fikir ayat ini ada rasionalnya. Banyak rasionalnya.

Benar.

Tanpa harapan kita takkan bahagia.

Tanpa harapan, manusia takkan kuat.

Tanpa harapan, perjuangan akan kosong.

Semua manusia ada harapan.

Harapan untuk hidup lebih baik. Harapan untuk cinta.

Harapan untuk keluarga.

Harapan untuk masa depan.

Dan yang paling besar, adalah harapan untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW juga mendapat tempat di dalam syurga Allah.

Baca Sepenuhnya

Jangan Terlalu Tergesa-gesa Mengejar Jodoh

mengejar jodoh
mengejar jodoh | Photo credit to Syabab Musafir Kasih

Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang. 

Kadangkala kita berasa tergesa-gesa seperti dikejar-kejar sesuatu.

Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik.

Gambaran-gambaran untuk mengisi waktu dan usia menjadi sangat tidak menentu.

Kiblat gaya hidup mengarah kepada Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur.

Cara makan, apa makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.

Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah ditetapkan sedemikian rupa.

Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.

Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al-Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah-mentah menolaknya.

Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.

Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia.

Padahal dalam Al-Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.

Itulah kalamullah dan bukan makhluk.

Baca Sepenuhnya

Kepentingan Menulis Diari & Catatan Harian Dalam Kehidupan

kepentingan menulis diari
kepentingan menulis diari

Simpanlah kenangan masa lalu kita, temukan kompas untuk hari esok

Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada satu tahun yang lepas? Masih ingat?

Tentulah kita dan kebanyakkan orang akan menjawab: TIDAK

Pada beberapa hari yang lepas, saya telah terlihat catatan dalam sebuah diari lama dan membaca satu catatan pada Ogos tahun lepas yang tertulis: “Dua ekor anak kucing kesejukan di depan pintu rumah dan saya mengambilnya, membersihkannya dan memberinya makan.”

Sememangnya ramai diantara kita yang tidak mempedulikan diari catatan harian, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati.

Saya berasa bertuah kerana telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari dan telah banyak manfaat  telah saya perolehi dari perbuatan ini.

Saya mendapat motivasi  untuk menulis diari ini kerana galakkan daripada sahabat saya yang menerangkan betapa pentingnya catatan harian untuk masa yang akan datang.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menghilangkan Perasaan Selalu Resah

resah
resah

Saya tidak pernah yakin dengan diri sendiri kerana saya bukanlah gadis yang cantik.

Saya tergolong dalam gadis yang biasa dan saya berbadan gempal.

Saya juga tidak pernah bercinta.

Saya sering mendengar rakan-rakan bercerita bahawa ramai lelaki yang tertarik kepada mereka dan cuba untuk meminang mereka.

Saya selalu tertanya-tanya apakah sebenarnya kekurangan pada diri saya, sehingga tiada orang sudi meminang saya.

Untungnya, saya bukanlah satu-satunya orang yang bernasib sebegitu.

Kemudian saya masuk ke sebuah universiti dan berjaya membentuk sebuah kelompok yang terdiri dari gadis remaja.

Saya tidak bergaul dengan kaum lelaki dan tidak mahu terlalu banyak berbual dengan mereka.

Saya terkategori sebagai orang yang sensitif, cerewet, tidak menganggap mudah sesuatu masalah, serta selalu keresahan.

Daripada tidak yakin dengan diri sendiri kerana merasa diri tidak cantik, bagaimana jika kita merasa puas dengan kecantikan yang kita miliki?

Tentunya diimbangi dengan berusaha memakai pakaian anggun dan menutup aurat, selalu tersenyum dan selalu tampil bertenaga.

Baca Sepenuhnya