Hikmah Disebalik Rasa Patah Hati

Patah Hati
Patah Hati

Emm… patah hati !!

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas.

Tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat

 “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati

Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”.

Tiada istilah lain kah yang lebih sedap?

Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita

Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?

Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:

Baca SepenuhnyaHikmah Disebalik Rasa Patah Hati

Hari Jumaat: Fattabiouni – Kelebihan Hari Jumaat

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’.

Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Baca SepenuhnyaHari Jumaat: Fattabiouni – Kelebihan Hari Jumaat

Muhasabah Kembali Dosa Semalam. Hikmah Allah Memberi Pahitnya Perpisahan

Leave yesterday behind by `PatrickRuegheimer ~ devianart

Assalamualaikum.

Aku hanya mahu dikenali sebagai Rahadatul ‘Aisy.

Cinta. Aku juga seperti gadis yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..

Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya.

Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia.

Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.

Baca SepenuhnyaMuhasabah Kembali Dosa Semalam. Hikmah Allah Memberi Pahitnya Perpisahan