Bagaimana Menghapuskan Fikiran Negatif Yang Bermain Di Minda?

fikiran negatif
Fikiran Negatif | Sleeping Lion by ~orestART

Singkirkan Fikiran Negatif!

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur.

Fikiran-fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.

Daya saing seseorang menjadi sangat rendah.

Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu dipercayai.

Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran-fikiran negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.

Maka abaikan dan hapuskan bila fikiran negatif mula bersarang di hati.

Bayang-bayang gagal, takut membina sesebuah hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera dihilangkan.

Fikiran-fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.

Baca SepenuhnyaBagaimana Menghapuskan Fikiran Negatif Yang Bermain Di Minda?

Sentiasa Berasa Mahu Bahagia. Jangan Pernah Tidak Mahu

tidak mahu
Tidak mahu | I’m only happy when it rains by ~BlackJack0919

[ini adalah tulisan Dr HM Tuah Iskandar dari bukunya, Membina Hati Cemerlang]

Apa jua yang kita lakukan kita perlu sentiasa berasa “mahu”.

Perkataan mahu ini adalah titik tolak kepada kesempurnaan, keikhlasan dan kecemerlangan apa jua yang kita usahakan itu.

 

Lawan kepada mahu ialah “Tidak Mahu”

Bayangkan sahaja apabila kita tak inginkan sesuatu, bermakna kita tidak mahu.

Peratusan hati kita terhadap sesuatu usaha itu tidak jitu, tidak seratus peratus. Hasilnya tentulah kurang baik.

Di tengah-tengah antara mahu dan tidak mahu ini ialah, “mahu tidak mahu”.

Yang ini lebih sulit sebab kedudukannya samar antara mahu dengan tak mahu.

Baca SepenuhnyaSentiasa Berasa Mahu Bahagia. Jangan Pernah Tidak Mahu

Merawat Perasaan Kecewa Yang Menggoyahkan Jiwa

 kecewa

Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai.

Perasaan kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia.

Dengannya, manusia adalah manusia bukan robot yang bergerak tanpa perasaan, tetapi manusia memiliki pelbagai emosi jiwa.

Boleh dapat bergembira dan juga boleh berasa kecewa.

Emosi negatif seperti perasaan kecewa akibat gagal dalam hubungan cinta, bukannya tanpa hikmah.

Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya kepada sesama manusia.

Bila diurus dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk.

Tidak meledak-ledak lalu senyap seketika.

Ia akan sedia untuk kesempatan yang seterusnya; kecewa atau gembira.

Jadi mengapa tidak bersyukur apabila kita ternyata boleh kecewa?

Baca SepenuhnyaMerawat Perasaan Kecewa Yang Menggoyahkan Jiwa

Pasangan Yang Perangai Berbeza Itu Serasi?

perangai berbeza
perangai berbeza | spouse by ~stereotone

Artikel ini dipetik daripada buku Kompilasi Jiwa Muslim, Dr. HM Tuah Iskandar

Mengapa saya diberikan isteri yang jauh perangai berbeza dengan saya? Saya seorang yang rajin sedangkan dia seorang yang pemalas. Kerjanya asik tidur sedangkan rumahtangga bersepah. Sepatutnya isterilah yang lebih rajin daripada suami dalam urusan rumah tangga tetapi ini tidak.

Jarang seorang wanita banyak mulut bertemu jodoh dengan lelaki yang banyak mulut juga.

Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza.

Adakah itu dikira serasi?

Baca SepenuhnyaPasangan Yang Perangai Berbeza Itu Serasi?

3 Cara Berkesan Memendam Rasa Gelisah Menanti Calon Pasangan Hidup

gelisah
hati yang gelisah |  Heart 24 by *DorottyaS

Kegelisahan menanti calon pasangan hidup adalah suatu perkara yang normal.

Ketika usia masih jauh kita sibuk menolak lamaran, sementara ketika usia sudah diambang keputus-asa-an, perasaan gelisah muncul tidak berkesudahan.

Kita bukan selebriti barat yang tidak kenal Islam, dengan mudah mengatakan tidak perlu berkahwin.

Kita adalah muslim dan muslimah yang faham akan Islam dan mencuba berjalan lurus di atasnya.

Kegelisahan Yang Berkecamuk Dihati Harus Ditaklukkan. Bagaimana Caranya?

Berdoa kepada Allah, kerana Allahlah yang berkuasa membolak-balikkan hati kita.

Boleh jadi di pagi hari kita merasa bahagia, namun di petang hari merasa sedih, dan kemudian di malam harinya kembali merasa bahagia.

Baca Sepenuhnya3 Cara Berkesan Memendam Rasa Gelisah Menanti Calon Pasangan Hidup