
Love when you’re ready, not when you’re lonely. “
Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.
Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.
Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”
Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?
Hati mana yang tak rasa sunyi?
Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?
Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.
Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?
Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.
Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.
Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?
Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.
Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.
Dari Situ Segalanya Bermula
Kita rasa sunyi.
Kita nampak orang lain bahagia.
Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?
Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.
Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.
Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.
Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.
“ Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah
terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “
Itu yang dibayangkan.
Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.
Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?
Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?
Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.
Yakin Kita Dah Betul-Betul Bersedia?
Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.
Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?
Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.
Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.
Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.
Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?

Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.
Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.
Kita yang terlalu memikirkan.
Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?
“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “
Dalam bersendirian itu ada keindahan (:
Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.
Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?
Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.
Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.
Saat sendirian, kita bebas.
Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.
Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.
Penipuan yang kita sendiri cipta.
Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.
Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.
Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.
Fake happiness is still the worst sadness.
Sampai bila nak kekal begitu?
Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?
Yakin dia sayangkan kita?
Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?
Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.
“ The reason people find it so hard to be happy is that they
Always see the past better that it was and the present worse than it is. “

Duduk.
Renung kembali. Fikir balik.
Betul ke aku betul-betul dah bersedia?
Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?
Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?
Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.
Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.
Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.
“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang
murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “
Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.
Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.
Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.
Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.
Kenapa nak bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?
Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan macam saya, jangan terlalu untuk bersendiri.
Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.
“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap
Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “
Jadi Bila Kita Boleh Bercinta Sebenarnya? — Cinta Selepas Nikah. Cinta Yang Halal Lagi Diberkati
Letakkan kepercayaan kepada Allah.
Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.
Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;
“ Allah has already written the names of your spounses.
What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “
Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh penulis yang ingin dikenali sebagai Cik Daa. Boleh lawati blognya disini
Adakah hati anda sering melalui situasi seperti ini?
Bagaimana anda ketika itu?
Tak mampu menahan kesedihan atau anda memandang perkara ini secara positif?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
jujur saya katakan saya tak pernah bercinta sehinggakan bila tengok kawan2 tu rasa jealous tapi bila fikirkan balik untuk apa bercinta pada sesuatu yang tak pasti.bila dah banyak lelaki pernah singgah dihati maka ianya tak istimewa lagi buat yang pasti nanti.kalau boleh biarlah kalau bakal imam kita nanti menjadi yang pertama dan terakhir di hati ni.mungkin jauh lagi perjalanan tu tapi itu yang Allah janjikan,kan sis?
Same goes to me. Saya pun seumur hidup tak pernah bercinta. Saya dah selesa sendiri. Rasa janggal bila ada yg ajak berkenalan. Sebab saya rasa belum bersedia. Macam tira kata biar yg hadir nanti adalah yg pertama dan terakhir hadir dalam hidup dan hati saya.
-syasya-
-shah alam-
umur syasya berapa?
macam mana nak tau kalo dia yang pertama dan terakhir…,
Hmm..Sy x nk ckap pnjang2 to hati sy luka teruk
Saya dah lama tak bercinta apa semua ni eh memang lama lah,tapi baru baru ni in relationship with someone tapi kenapa rasa macam perasaan sayang tu naik turun,saya rasa macam penipu macam hipokrit that sometime i’ve said ilove you i miss you macam takde perasaan hanya perkataan semata mata.nak jujur tapi kesian ,mula fikir positif kalau lama lama maybe timbul rasa yang ikhlas without being fake tapi sampai bila nak tunggu aku takut sakitkan hati dia,dia layak cari orang lain, aku ego ke kalau buat macam ni??
Please help saya nak jujur tapi takut dia terasa kecewa tapi still nak jugak jujur tapi patut cakap apa ?
LG lame lg Teruk rse sis ?
u have the same feeling with me tho . how to confess the truth feeling with our partner huhu . srsly i takutt sangat dia kecewa .
Okay firstly im the one from those yang jadi partner kepada orang yng mcm you/korang ni,mula mula memang rasa sakit when someone just said ilove you or keluar sama sama acah sweet or whatsoever just untuk jaga perasaan partner without being ikhlas,but then when she said that she want to be alone and selama ni berpura pura,im just sedih sangat and sangat berharap..in fact depan dia kita takdelah nk merayu sangat ke apa..now dh setahun she left me and sometimes ada la jugak dia ws,tanya khabar,wish birthday ke apa,my point is just chill je,if someone tu jodoh kau dia tetap akan datang,if bukan akan ada yang lebih baik now aku dh boleh terima all those things dapat jadikan pengajaran buat hidup aku,now hati dah pulih so boleh jadi mcm orang normal balik, Allah keluarga kawan now my fav ?
Assalamualaikum . Hanya ALLAH yg thu betapa sakitnya hati sy setelah banyak kali dilukai . dilukai dengan perkara yang sama . Diri nya yg dulu semakin hari semakin berubah sedangkan dia sentiasa cakap yg dia tkpernah berubah . Tapi sy takthu kenapa saya masihlagi macam mengharapkan dirinya yg dulu kembali . setiap hari saya menitiskn airmata kerana tkmampu lagi menahan rasa sakitnyaa hati sy . tapi sukar untuk sy lupakan . kenapa sampai tahap hati sy rsa sakit begini ? adakah semuani ujian untuk sy . smpai sy tkmampu untuk senyum . hari2 saya makin suram , rasa macam nk tk mampu nk teruskn hidup . saya masih lagi berpegang dengan kata2 ALLAH , yangmana jodoh tu adalah ketentuannya . tapi kenapa saya hamba yg hina ini masih lagi rasa berharap supaya dia kembali macam dulu sedangkan dirinya dah beribu kali menyakiti hati sya . bagaimana sy nk dptkn ketenangan ? bagaimana sy nk meneruskn hari2 saya ? saya rindukan semua saat2 dan hari2 gembira saya tapi masih mampu lagikah saya senyum , saya melangkah sy teruskn hidup sy ini . hati sy dh terlalu sakit tpi kenapa sukar untuk sy tk mghrapkn perubahan dri dia . sy seolah olah masih menunggu dirinya yg dulu . apa yg ptut sy buat ???????? adakah dengan memaafkn org yg tkpernah faham rasa sakit yg dah dibuat pada sya dengan perubahan diri dia pd saya , adakah kuat untuk sy memaafkn lelaki macamtu????? layakah dia dpt maaf dri sy ?? patut lagikh sy mghrpkn perubahan dri dia ?????? sy merayu tolonglah sy . bagi pencerahan pada diri sy ini .
Salam adik… 2 3 kali jadi benda yang sama.. Dan adik masih stuck dekat org yg sama…? Apa ni? Tak fikir ke? Nanti kalau kahwin nak hadap lagi? Kadang2 tuhan dah bg petunjuk, mata kita saja yang masih buta. Konon cinta abadi. Sayang lah sgt, cinta lah sgt… Nanti kahwin merana. Silap2 bercerai berai. Sementara tak kahwin lagi, buatlah pilihan yang bijak. Jangan nanti dah kahwin, menyesal. Banyak lagi orang kat luar sana. Minta doa tuhan temukan dengan jodoh yang baik. Abg cakap by experience ni.. Bukan cakap kosong. Kalau adik bebal jugak nak pertahankan “cinta” adik tu… Silakan lah… Tapi nanti kalau jadi lagi, tanggunglah bahananya. Mak bapa adik jaga adik sampai besar dengan kasih sayang.. Xpernah bg adik sakit hati, sekarang adik biarkan laki ntah mana2 sakitkan hati adik.. Kalau abg jadi parents adik pun abg frust dengan adik. Ikut lah.. Dah besar panjang.. Guna akal…
Saya search “aku ingin bercinta” dan secara tidak langsung blog ni keluar paling atas sekali.
Saya buka dan banyak pengisian jiwa yang saya dapat jujur.
Saya akhirnya sedar sebernanya saya hanya inginkan seseorang kerana saya sunyi dan bukan kerana saya betul-betul suka orang tersebut.
Dan setiap kali saya cuba untuk memulakan hubungan dengan seseorang, pasti akan ada halangan.
Dan sekarang, baru saya tahu apa hikmah disebalik halangan tersebut.
Halangan yang membuatkan saya selamat dari penipuan dan dosa-dosa.
Kepada korang yang dekat luar sana bercintalah kerana korang sudah bersedia dan bukan kerana perasaan yang memaksa.
Tiada nilai pun sebernanya.
Hanya bahagia untuk permulaan dan akhirnya mungkin menderita sahaja.
Kerana cinta yang tidak diredhai.
Doakan saya, semoga mendapat jodoh yang baik dan dipermudahkan segala urusan. ????
Jazakumullahu khairan.
Terdetik dekat hati ‘ aku kena cari pengganti ‘ selepas berpisah tapi tak semudah itu . Bila sy baca artikel ni bru sy faham .. terima kasih kerna sentiasa memberikan penerangan dan kata2 semangat utk hati yg rapuh ni ..
trust ALLAH for everything
terima kasih kerana membuat artikel ini,akhirnya saya tidak perlu memikirkan cinta yang saya idamkan sehingga lupa diri,terima kasih sangat-sangat T.T
Subhanallah.
Great articles….
Thanks coz give this advice….
I hope Allah always blessing u…my friend. ….
Assalam, saya terbaca artikel ni dan saya rasa kurang sikit bebanan sedih ni. Saya ingin berkogsi kisah saya sedikt. Saya pernah bercinta selama 4 thn dan putus 2 thn lepas. Sampai hari ni saya rasa kecewa dan mual tgk lelaki di luar sana. Saya rasa terlalu kecewa dan marah sbb saya rasakan dialah lelaki paling ideal dlm hidup saya tapi siapalah kita hendak melawan kuasa Allah. Kita rasa seseorang tu amat sempurna sedangkan Allah lagi maha bijaksana.. Allahu.. Bila difikirkan balik mmg byk masa saya terbuang sia2 utk dia dan abaikan Yg Esa.. Allah menyayangi hambaNya yg amat hina ini . Tak apalah saya redha dgn takdir ini walaupun hati masih luka. Saya tak menharapkan cinta yg baru, yg saya mahukan sinar utk bertaubat dan menemui ketenangan cinta Illahi. Amin.
Assalamualaikum .. sy masih sekolah menengah .. sy pernah bercinta . Mmg kadang kala ada bahagia dan jugak derita . Selalu salah faham , selalu gaduh . 24 jam gaduh . Mesti akan ada yg cakap , tak padan dgn budak sekolah nak bercinta . Ye , saya tahu . Tapi , saya hanya akan bercinta dgn org yg sy betul betul suka dan dia yg betul betul suka saya . Tak main lah cinta untuk suka suka ni . And then , lepas exam , saya mintak putus sebab , saya dah tak larat nak gaduh . Saya nak berubah utk jadi insan yang lebih baik dan diredhai Allah . Saya nak fokus belajar . Mula mula tu , memang susah nak move on sebab saya dengan dia dah lama . Tapi slow 2 . Saya dekatkan diri dgn Allah . Alhamdulillah hati saya dah tenang sekarang ni . Cuba buka hati kita untuk orang lain . Jangan harap yg dia akan jadi jodoh kita . Sebab semua tu ada pada Allah . Dan saya yakin , kalau dah jodoh tak kemana . Saya yakin yg aoa yg Allah takdirkan itu semua yang terbaik untuk saya . Kalau jodoh saya dengan dia , Alhamdulillah . Tapi kalau tak , semoga dia bahagia . Maafkan lah org yg buat kita sakit hati , tapi pernah bahagiakan kita .
# terima kasih
Sy dh 3x kawin, bahagia xmnyebelahi hidup sy jg akhirnya. Tp sy tau, semua yg berlaku ada hikmahnya. Sy xtau nk ckp pe. Sy pasrah. Alhamdulillah. Semua dh tertulis. Qada dan Qadar ALLAH.
Assalamualaikum,ingin meminta pendapat jugak.saya hakim berumur 22 thn.saya mengenali seorang perempuan selama 6 tahun dari zaman sekolah,dia amat baik dan amat serasi,saling mempercayai dan jujur,bercadang utk ke langkah seterusnya,mungkin sbb masa yg lama saya ambil utk meningkatkan diri,keluarganya mendesak dia menerima pinangan org lain.dia tersepit dan tiada pilihan.adakah ini ujian semata mata ataumemag tiada peluang bg saya dan ini lah titik akhir hubungan kami?adakah saya perlu berusaha lg sbb dia belum menjadi hak org lain lg?minta pendapat.apa yg perlu saya lakukan.
U just need to trust Allah…
Everything will change.☺In sha Allah..
N sya arap awk fikir yang positive.bab smua ni fated.bab smua yg brlaku pda dri kita Allah dah ttapkan..
So sya arp sblum make a decision
Fikir dulu…tau..
Bubye
Assalamualaikum
#just to help others
Makasih artikelnya,
Alhamdulillah semua nak saya serahkan sama Allah,kebahagian kesedihan
Saya berusia 20 an . Masa baca perenggan “tengok kawan serumah otp , plan nak tengok wayang sesama , ada orang tunggu lepas kelas” saya tersentak sbb saya mmg jeles dgn kawan2 saya . Hati saya sunyi , nak perhatian . Sekarang ni saya rasa saya dh buat silap bila dah ada dalam relationship . Sebab sekarang saya rasa lagi sunyi drpd masa sy solo dulu ????
Bila baca blog ni , saya terkesan .
Saya patut letakkan segala pergantunggan saya dekat Allah dulu .
Terima kasih untuk penulisan di atas
Allah..sdikit sbyk btul2 kne dgn situasi skrg.. stlh lme bgerak solo tanpa teman thun ni skli lg bknalan dgn seorg llki yg sy rsekn mmg baik cume dr ni yg tlalu mudah bpikiran jauh.. namun dia cukup cool dgn kerenah dan prangai sy yg agk buruk.. dr ni yg mmg mudah jatuh hati..ksabaran dia hgga hr ni buat sy masih mmberi pluang pd hati kami.. ape yg sy lakukn cuma berdoa utk Allah jaga hatinye..
Allah! ????yg hanya mampu terungkap…tq tuk article ne buat sya sedar akan perasaan sendiri…hampir dgn situation yg sya alami….Alhamdulillah buat sya lega n faham.????????????
Terbaik…memberi saya motivasi dan berfikiran lebih jernih serta lebih kuat hadapi masalah hati yg disakiti.Hanya bercinta bila benar2 sedia. Kadang kita tertipu dgn kemahuan hati yg hanya ingin mengisi kekosongan.
Baru saja terima berita lelaki yg konon nye yg sudi terima saya seadanya sudah bertunang..sedih tp lepas baca kandungan di atas br sy terfikir..kalau betul jodoh saya dia akan terima saya seadanye dia akan tengok hati saya bukan badan atau wajah saya
Saya try google kenapa hati rasa sakit bila bercinta dgn manusia dan blog ni first carian yg keluar. Hati saya rasa sakit sgt mcm ada batu hempap dekat dada ???? Tapi Allah dah kurangkan rasa tu dgn bg hint utk baca blog ni. Terima kasih utk tazkirah hati ????