Sokongan dan Sumbangan untuk Utiliti Web Ini

Bagaimana anda boleh membantu saya dalam kerja dakwah ini?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saudara-saudari sekalian yang dihormati, dengan rendah diri saya ingin memohon sokongan dan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu menampung kos utiliti dan pembangunan web ini yang mana semua maklum berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan mesej agama dan dakwah kepada masyarakat.

Untuk makluman tuan dan puan, kos utiliti bulanan bagi web ini dari segi server dan sebagainya — memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

Oleh itu, sumbangan dari anda akan memastikan web ini dapat terus beroperasi tanpa sebarang gangguan dan tersedia untuk sepanjang masa.

Rasulullah ﷺ bersabda,

Barangsiapa yang menunjukkan kepada (orang lain) suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”

(Riwayat Muslim)

Dalam konteks ini, sumbangan anda akan membantu saya menampung kos pembangunan dan penyelenggaraan laman web.

Selain itu, ia juga membolehkan web ini memperkenalkan lebih banyak ciri dan perkhidmatan baru yang dapat meningkatkan lagi pengalaman pengguna.

Nabi ﷺ juga bersabda,

“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka amalannya terputus kecuali dari tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”

(Riwayat Muslim)

Sumbangan yang anda berikan bukan sahaja akan membantu dalam menyebarkan ilmu agama, tetapi juga akan menjadi suatu infaq yang akan terus mengalir pahalanya bagi anda walaupun anda sudah meninggal dunia.

Kami sangat mengalu-alukan sebarang jumlah sumbangan yang anda berikan, baik besar mahupun kecil.

CARA UNTUK MENYUMBANG

  • Nama Bank: MAYBANK
  • No. Akaun: 163064181945
  • Atas Nama: Muhamad Naim Bin Abd Manaf

Semoga Allah SWT membalas budi baik anda dengan ganjaran yang berlipat ganda dan menjadikan sumbangan ini sebagai amalan yang memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain. Semoga ia menjadi sebahagian daripada saham akhirat untuk tuan dan puan.

Dan juga semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan segala urusan kita, serta menjadikan segala sumbangan ini sebagai bukti ikhlas kita dalam berinfaq untuk kerja dakwah. Amin.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

–―⊱❈⊰―–

Muhamad Naim Abd Manaf
Admin akuislam.com