Pakej Umrah Economy Plus
Sajian Fullboard • Hotel Dekat • Penerbangan Terus
Dari RM7890 (harga bersih selepas rebat)
Kuota terhad 40 jemaah / penerbangan
Pengenalan Pakej Economy Plus
Pakej Umrah Economy Plus dibawakan khas untuk anda yang mahukan pengalaman ibadah yang lengkap, selesa, dan tanpa kerisauan.
Pakej ini menyertakan semua elemen teras seperti hotel berdekatan masjid dan penerbangan terus, ditambah pula dengan sajian makanan fullboard tiga kali sehari yang telah diuruskan sepenuhnya. Ini membolehkan anda memberikan tumpuan penuh kepada ibadah dengan tenang.
Bagi memastikan setiap janji ini ditepati dengan tahap profesionalisme tertinggi, pakej istimewa ini dibawakan secara eksklusif melalui kerjasama strategik di antara dua pihak berikut:


Ketahui lebih lanjut bagaimana kerjasama ini memberi manfaat kepada perjalanan ibadah anda di halaman pengumuman rasmi kami.
Kenapa Pilih Economy Plus?
300m ke Masjidil Haram dan 150m ke Masjid Nabawi. Kurang masa berjalan, lebih masa untuk ibadah dan rehat.
Tiada transit. Masa perjalanan lebih singkat, risiko kelewatan berkurang, dan anda tiba lebih segar di Madinah.
Bimbingan langkah demi langkah untuk rukun umrah dan ziarah. Sokongan di lapangan melicinkan urusan ibadah anda.
Kami bantu uruskan permohonan Permit Raudhah. Kelulusan slot adalah tertakluk pada kekosongan dan rezeki jemaah.2
Nikmati sajian sarapan, makan tengahari, dan makan malam setiap hari di hotel. Tidak perlu lagi risau mencari tempat makan.
Perlindungan komprehensif dan menyeluruh sepanjang tempoh perjalanan anda di Tanah Suci.
Harga & Pilihan Bilik
Berikut adalah harga per individu. Sebagai pembaca Akuislam, anda layak menebus rebat istimewa RM100 yang akan ditolak terus dari harga yang tertera.
Pilih jenis bilik anda di bawah:
Jenis Bilik | Harga Asas (per individu) | Harga Selepas Rebat |
---|---|---|
Bilik Berdua (Twin) | RM9,190 | RM9,090 |
Bilik Bertiga (Triple) | RM8,590 | RM8,490 |
Bilik Berempat (Quad) | RM7,990 | RM7,890 |
Nota: Rebat RM100 per individu sah untuk tempahan melalui akuislam.com. Rebat ditolak pada invois. Harga tertakluk perubahan & ketersediaan.
Deposit RM1,000. Baki secara ansuran.
Hotel & Jarak Ke Masjid
Lokasi hotel dipilih berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi agar anda kurang berjalan dan lebih masa untuk beribadah.

Jarak: ±350 meter (±4 min berjalan kaki)
Catatan: Hotel setaraf mungkin digunakan bergantung kepada ketersediaan semasa. Namun, kami memberi jaminan bahawa hotel gantian mempunyai standard, kualiti, dan jarak yang setaraf dengan senarai di atas. Jarak ialah anggaran berjalan kaki dari pintu hotel ke dataran masjid dalam keadaan biasa.

Jarak: ±150 meter (±2 min berjalan kaki)
Catatan: Hotel setaraf mungkin digunakan bergantung kepada ketersediaan semasa. Namun, kami memberi jaminan bahawa hotel gantian mempunyai standard, kualiti, dan jarak yang setaraf dengan senarai di atas. Jarak ialah anggaran berjalan kaki dari pintu hotel ke dataran masjid dalam keadaan biasa.
Peta Lokasi Hotel di Mekah & Madinah
Lihat sendiri betapa dekatnya penginapan anda dengan dataran masjid.


Terokai jarak sebenar dan suasana sekeliling hotel dengan lokasi tepat di Mekah dan Madinah yang dipilih khas untuk kemudahan anda.
Tarikh Pelepasan
Kunci tarikh pilihan anda hari ini dengan deposit RM1,000. Baki bayaran pakej boleh diselesaikan secara ansuran sehingga tarikh berlepas.
Program 12 hari 10 malam ini menggunakan penerbangan terus Saudia (KUL–Madinah / Jeddah–KUL) untuk perjalanan yang lebih lancar dan tenang.
Panduan: Jika paparan menunjukkan Available, tempat masih dibuka untuk tempahan.
Tarikh | Musim | Status |
SEPTEMBER | ||
3 – 13 September 2025 | Mawlid | Available |
5 – 15 September 2025 | Musim Biasa | Available |
12 – 22 September 2025 | Musim Puncak | Available |
20 – 30 September 2025 | Musim Biasa | Available |
24 September – 5 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
OKTOBER | ||
1 – 11 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
7 – 17 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
9 – 19 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
14 – 24 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
15 – 25 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
19 – 29 Oktober 2025 | Musim Biasa | Available |
NOVEMBER | ||
5 – 15 November 2025 | Musim Biasa | Available |
8 – 18 November 2025 | Musim Biasa | Available |
11 – 21 November 2025 | Musim Biasa | Available |
12 – 22 November 2025 | Musim Biasa | Available |
19 – 29 November 2025 | Musim Biasa | Available |
26 November – 8 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
DISEMBER | ||
3 – 13 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
5 – 15 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
8 – 18 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
10 – 20 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
12 – 22 Disember 2025 | Musim Biasa | Available |
15 – 25 Disember 2025 | Musim Puncak | Available |
18 – 28 Disember 2025 | Musim Puncak | Available |
20 – 30 Disember 2025 | Musim Puncak | Available |
30 Disember – 10 Januari 2026 | Musim Puncak | Available |
JANUARI | ||
2 – 12 Januari 2026 | Musim Puncak | Available |
13 – 23 Januari 2026 | Israk & Mikraj | Available |
20 – 30 Januari 2026 | Musim Biasa | Available |
FEBRUARI | ||
3 – 13 Februari 2026 | Musim Biasa | Available |
6 – 16 Februari 2026 | Musim Biasa | Available |
Deposit RM1,000. Baki boleh dibayar secara ansuran. Rebat RM100 per individu akan ditolak pada invois bagi tempahan melalui akuislam.com.
Tempahan awal membantu anda mengunci harga & tempat. Jadual tertakluk pada perubahan pengendali serta kelulusan visa.
Untuk sebarang pertanyaan sebelum menempah, hubungi kami dan nyatakan tarikh pilihan anda. Selepas anda menekan butang, pasukan kami akan menghubungi untuk langkah seterusnya dan semakan dokumen ringkas.
Apa Termasuk Dalam Pakej Economy Plus
Cadangan Aturcara Perjalanan Pakej
Aturcara perjalanan kami disusun dengan teliti untuk memberikan keseimbangan terbaik antara ibadah, ziarah, dan masa untuk berehat.
Untuk memberi lebih fleksibiliti, kami menawarkan dua pilihan aliran perjalanan utama bergantung pada jadual penerbangan, sama ada tiba di Madinah atau di Jeddah dahulu.
Sila lihat perincian hari demi hari di bawah sebagai bayangan perjalanan bersama kami.
ATURCARA PAKEJ KUL — JED

- Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas untuk proses daftar masuk dan taklimat.
- Penerbangan terus ke Jeddah (makanan disediakan dalam pesawat).
- Tiba di Lapangan Terbang Jeddah, proses imigresen.
- Menaiki bas ke hotel di Jeddah, daftar masuk dan bermalam.
- Ziarah ringkas sekitar Jeddah.
- Bertolak ke Mekah sambil berniat ihram umrah (Miqat).
- Tiba di Mekah, daftar masuk hotel dan berehat seketika.
- Dibimbing oleh mutawwif untuk menyempurnakan Ibadah Umrah Pertama.
- Aturcara bebas pada waktu pagi.
- Ziarah ke kawasan Hudaibiyah dan miqat di sana bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Kedua.
- Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah termasuk melintasi Jabal Thur dan Jabal Nur.
- Lawatan diteruskan ke kawasan Masyair iaitu Arafah (Jabal Rahmah), Muzdalifah, dan Mina (Jamrat).
- Ziarah diakhiri dengan singgah di Masjid Ja’ranah untuk bermiqat bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Ketiga. (Jemaah dinasihatkan untuk membawa bersama kain ihram).
- Aturcara bebas pada waktu pagi.
- Ziarah ke Kota Taif dan miqat di Qarnul Manazil bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Keempat.
- Aturcara bebas sepenuhnya.
- Taklimat untuk persediaan bergerak ke Madinah.
- Melaksanakan Tawaf Wada‘.
- Daftar keluar hotel Mekah dan bertolak ke Madinah (perjalanan ~6 jam).
- Tiba di Madinah, daftar masuk hotel dan berehat.
- Jemaah akan dibawa menziarahi Raudhah, Saqifah Bani Saedah, Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar & Saidina Omar & Perkuburan Baqi’ (tertakluk kepada perubahan semasa dan kebenaran)
- Aturcara bebas untuk beribadah di Masjid Nabawi.
- Aktiviti ziarah luar. Jemaah akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah.
- Lawatan ke Masjid Quba (berpeluang solat sunat dengan ganjaran pahala umrah), Masjid Qiblatain, dan melintasi kawasan Jabal Uhud sambil mendengar kisah peperangan Uhud.
- Ziarah diakhiri dengan lawatan ke Ladang Kurma untuk membeli-belah.
- Aturcara bebas untuk ibadah dan ziarah peribadi di sekitar Masjid Nabawi.
- Daftar keluar hotel.
- Bertolak ke Lapangan Terbang Madinah untuk penerbangan pulang.
- Selamat tiba di KLIA dengan selamat, Insya-Allah.
ATURCARA PAKEJ KUL — MED

- Jemaah berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum waktu berlepas.
- Proses daftar masuk bagasi dan serahan pasport/dokumen perjalanan.
- Taklimat ringkas mengenai perjalanan akan diberikan oleh mutawwif.
- Penerbangan ke Madinah (makanan disediakan dalam pesawat).
- Tiba di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan melalui proses imigresen dan kastam.
- Menaiki bas berhawa dingin menuju ke hotel penginapan.
- Proses daftar masuk hotel dan berehat.
- Jemaah akan dibawa menziarahi Raudhah, Saqifah Bani Saedah, Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar & Saidina Omar & Perkuburan Baqi’ (tertakluk kepada perubahan semasa dan kebenaran)
- Aturcara bebas untuk beribadah di Masjid Nabawi.
- Aturcara bebas sepanjang hari.
- Jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah peribadi seperti solat, membaca Al-Quran, dan beriktikaf di dalam Masjid Nabawi.
- Aktiviti ziarah luar. Jemaah akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah.
- Lawatan ke Masjid Quba (berpeluang solat sunat dengan ganjaran pahala umrah), Masjid Qiblatain, dan melintasi kawasan Jabal Uhud sambil mendengar kisah peperangan Uhud.
- Ziarah diakhiri dengan lawatan ke Ladang Kurma untuk membeli-belah.
- Daftar keluar dari hotel Madinah.
- Bertolak ke Mekah dengan menaiki bas (perjalanan ~6 jam).
- Singgah di Miqat Bir Ali untuk solat sunat dan berniat ihram umrah.
- Jemaah akan mula ber-talbiyah sepanjang perjalanan ke Mekah.
- Tiba di Mekah, daftar masuk hotel dan berehat seketika.
- Mutawwif akan membimbing jemaah untuk menyempurnakan Ibadah Umrah Pertama (Tawaf, Sa’i, dan Tahlul).
- Aturcara bebas pada waktu pagi.
- Ziarah ke kawasan Hudaibiyah dan miqat di sana bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Kedua.
- Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah termasuk melintasi Jabal Thur dan Jabal Nur.
- Lawatan diteruskan ke kawasan Masyair iaitu Arafah (Jabal Rahmah), Muzdalifah, dan Mina (Jamrat).
- Ziarah diakhiri dengan singgah di Masjid Ja’ranah (Jikronah) untuk bermiqat bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Ketiga. (Jemaah dinasihatkan untuk membawa bersama kain ihram)
- Aturcara bebas pada waktu pagi.
- Ziarah ke Kota Taif dan miqat di Qarnul Manazil bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah Keempat.
- Aturcara bebas sepenuhnya.
- Peluang untuk melakukan ibadah peribadi seperti tawaf sunat, solat di Hijir Ismail, atau membeli-belah cenderahati.
- Taklimat ringkas mengenai persediaan Tawaf Wada’ dan perjalanan ke Jeddah.
- Jemaah akan melaksanakan Tawaf Wadak (Tawaf Selamat Tinggal).
- Daftar keluar dari hotel Mekah.
- Bertolak ke Jeddah, daftar masuk hotel dan berehat.
- Daftar keluar dari hotel Jeddah.
- Ziarah ringkas sekitar Jeddah, termasuk melintasi Masjid Terapung Al-Rahmah.
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (JED) untuk penerbangan pulang.
- Selamat tiba di KLIA dengan seribu satu kenangan dan ibadah umrah yang mabrur, Insya-Allah.
Nota: Aturcara ini adalah cadangan dan tertakluk kepada sebarang perubahan semasa tanpa notis, bergantung pada keadaan, kelulusan visa, dan jadual penerbangan.
Soalan Lazim (FAQ)
Pakej ini merangkumi sajian makanan fullboard (sarapan, makan tengahari, dan makan malam) setiap hari di hotel. Hidangan disediakan secara bufet dengan menu citarasa antarabangsa dan Asia/Malaysia, tertakluk kepada menu harian pihak hotel.
Ya, kami menawarkan fleksibiliti pembayaran. Selepas bayaran deposit sebanyak RM1,000 untuk mengunci tempat anda, baki bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas. Untuk butiran penuh mengenai polisi pembayaran dan pembatalan, sila rujuk Terma & Syarat Pakej kami.
Ya, bantuan dan pengurusan permohonan Permit Raudhah termasuk dalam pakej ini. Mutawwif kami akan membantu membuat permohonan untuk setiap jemaah melalui aplikasi rasmi Nusuk. Namun, adalah penting untuk jemaah faham bahawa proses mendapatkan slot pada masa ini adalah sangat mencabar disebabkan permintaan yang amat tinggi. Kelulusan slot bergantung sepenuhnya pada kekosongan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Pihak kami akan berikhtiar sedaya upaya, namun ia amat bergantung pada rezeki jemaah pada ketika itu.
Pakej Economy Plus ini melibatkan laluan landai ke masjid sekitar 150-300 meter. Ia sangat sesuai untuk jemaah yang masih boleh berjalan tanpa masalah besar. Untuk jemaah yang memerlukan kerusi roda, kami amat mengesyorkan untuk membawa peneman bagi membantu urusan pergerakan. Sila maklumkan kepada kami lebih awal supaya kami boleh memberikan nasihat yang sewajarnya.
Tahniah dan terima kasih atas kepercayaan anda! Selepas bayaran disahkan, pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24-48 jam untuk mengesahkan butiran peribadi, memulakan proses permohonan visa, dan memberikan senarai semak barangan keperluan umrah. Anda juga akan dijemput untuk menyertai kursus umrah percuma kami sebagai persediaan.
Kami mengehadkan saiz kumpulan kami kepada jumlah yang sederhana untuk memastikan setiap jemaah mendapat perhatian. Seorang mutawwif berpengalaman akan membimbing anda, terutamanya semasa ibadah umrah pertama, program ziarah, dan sentiasa boleh dihubungi sepanjang perjalanan untuk sebarang pertanyaan atau bantuan.
Ya, betul. Semua tempahan yang dibuat terus melalui laman web akuislam.com
ini layak untuk menerima rebat istimewa sebanyak RM100 bagi setiap individu. Tuan/puan tidak perlu memasukkan sebarang kod khas. Rebat ini akan ditolak secara automatik daripada jumlah invois akhir anda. Ini adalah salah satu kelebihan eksklusif menempah melalui kami.
Ya, sudah tentu. Jika anda lebih selesa untuk berurusan terus di pejabat MK Haramain, prosesnya sangat mudah. Hanya maklumkan kepada staf di kaunter bahawa anda mendaftar di bawah Akuislam.com untuk melayakkan anda menerima rebat istimewa RM100. Tiada sebarang kupon diperlukan.
Tiada syarat yang rumit. Syarat utamanya hanyalah membuat tempahan melalui laman web akuislam.com
ini. Rebat istimewa ini diberikan kepada setiap individu yang mendaftar. Sebagai contoh, jika anda mendaftar untuk satu kumpulan seramai 5 orang, anda akan menerima jumlah rebat sebanyak RM500 (RM100 x 5 orang) yang akan ditolak terus daripada invois akhir anda.
Langkah Mudah Untuk Mendaftar
Semak butiran pakej dan aturcara di atas. Catatkan tarikh pilihan anda dan sebarang soalan yang bermain di fikiran.
Klik butang WhatsApp untuk terus berhubung dengan pasukan kami. Ini adalah cara terpantas dan termudah untuk kami menjawab soalan anda dan memeriksa kekosongan slot.
Pasukan kami akan melayani anda secara peribadi untuk menjawab semua persoalan, membantu proses pendaftaran, dan menguruskan tempahan anda sehingga selesai.
Anda juga boleh hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel menerusi pautan ini