NAJIS MUGHALLAZAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan

cara sama menyucikan najis mughallazah

Apakah maksud Najis Mughallazah?

Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?

Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.

Semoga memberi manfaat..

Maksud Najis Mughallazah

Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?

Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.

Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.

Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.

Samak Atau Sertu?

Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.

Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

1 Samak pula mempunyai beberapa makna.

Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK


Nota

Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.

Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.

Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah

Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?

Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Anjing

Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.

Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.

Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)

Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.

Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.

Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:

“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”

(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)

2. Babi

Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.

Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.

Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.

— Surah al-An’am 6: 145)

Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)

Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?

Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.

Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.

(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)

Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)

Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:

Time needed: 10 minutes

Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.

  1. Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut

    Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.Menyucikan najis mughallazah

  2. Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya

    Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.menyucikan najis mughallazah

  3. Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut

    Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.Menyucikan Najis Mughallazah

  4. Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah

    Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.menyucikan najis mughallazah

  5. Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak

    Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih

Penutup

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.

Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.

Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

203 thoughts on “NAJIS MUGHALLAZAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan”

  1. Waalaikumussalam Aqil,

    Jika betul berus itu dibuat daripada bulu babi, maka ia termasuk najis mughallazah.

    1/ Jika ada basah/lembap pada tangan atau berus (contoh: tangan berpeluh, berus kena air/cecair kerja), maka najis boleh berpindah maka wajib sertu/samak bahagian tangan yang terkena (1 kali air tanah + 6 kali air mutlak).

    2/ Jika yakin betul-betul kering (tangan kering & berus kering, tiada lembap langsung), najis tidak berpindah pada tangan maka memadai basuh biasa untuk kebersihan. Tetapi kalau ragu ada lembap, lebih selamat buat sertu.

    Solat yang sudah selesai tidak terjejas kerana kejadian ini berlaku selepas solat; cuma pastikan tangan suci sebelum solat seterusnya.

    Cadangan: jika boleh, guna sarung tangan atau minta berus sintetik/halal untuk elak was-was.

    Semoga membantu.

    Reply
  2. Assalamualaikum Ustaz,
    Sy nak tanya, situasi dkt tmpt kerja, selepas sy solat, sy smbng kerja yg melibatkan pergunaan berus dan sy dapati berus yg sy gunakan itu adalah dri bulu babi, adakah sy perlu sertu tangan sy yg pegang berus tersebut atau basuh biasa sahaja.

    Reply
  3. Assalamualaikum Ustaz,

    Sy nak tanya, situasi dkt tmpt kerja, selepas sy solat, sy smbng kerja yg melibatkan pergunaan berus dan sy dapati berus yg sy gunakan itu adalah dri bulu babi, adakah sy perlu sertu tangan sy yg pegang berus tersebut atau basuh biasa sahaja.

    Reply
    • Waalaikumussalam Aqil,

      Jika betul berus itu dibuat daripada bulu babi, maka ia termasuk najis mughallazah.

      1/ Jika ada basah/lembap pada tangan atau berus (contoh: tangan berpeluh, berus kena air/cecair kerja), maka najis boleh berpindah maka wajib sertu/samak bahagian tangan yang terkena (1 kali air tanah + 6 kali air mutlak).

      2/ Jika yakin betul-betul kering (tangan kering & berus kering, tiada lembap langsung), najis tidak berpindah pada tangan maka memadai basuh biasa untuk kebersihan. Tetapi kalau ragu ada lembap, lebih selamat buat sertu.

      Solat yang sudah selesai tidak terjejas kerana kejadian ini berlaku selepas solat; cuma pastikan tangan suci sebelum solat seterusnya.

      Cadangan: jika boleh, guna sarung tangan atau minta berus sintetik/halal untuk elak was-was.

      Semoga membantu.

      Reply

Leave a Comment