
Apakah maksud Najis Mughallazah?
Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.
Semoga memberi manfaat..
Maksud Najis Mughallazah
Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?
Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.
Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.
Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.
Samak Atau Sertu?
Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.
Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.
1 Samak pula mempunyai beberapa makna.
Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.
Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK
Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.
Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.
Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah
Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?
Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Anjing
Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.
Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.
Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)
Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.
Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.
Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:
“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”
(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)
2. Babi
Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.
Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.
Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.
— Surah al-An’am 6: 145)
Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)
Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?
Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.
Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.
(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)
Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)
Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:
Time needed: 10 minutes
Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.
- Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut
Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.

- Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya
Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.

- Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut
Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.

- Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah
Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.

- Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak
Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih

Penutup
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.
Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.
Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.





Assalammualaiku ustaz,saya ada kemusykilan mengenai anjing ini,kebetulan pagi ini anak anjing telah sesat masuk kedalam office di hahadan pintu keluar masuk ada kesan tanah lumpur untuk pengetahuan ustaz,saya bekerja di tempat penguarian.tempat yg ada kesan lumpur itu telah dimop oleh pekerja bukan islam dan telah dilalui pekerja bukan islam dan ada bahagian office ini tempat saya menunaikan solat,
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Saya memahami bahawa situasi ini agak mencabar, terutama apabila melibatkan soal kebersihan najis berat dan tempat solat di tempat kerja.
1. Penyucian Najis Mughallazah (Najis Berat)
Dalam kes ini, anak anjing yang masuk ke pejabat mungkin telah meninggalkan kesan tanah lumpur, dan perkara ini perlu kita tangani dengan berhati-hati. Najis anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah, dan cara untuk menyucikannya adalah dengan membasuh kawasan tersebut sebanyak tujuh kali, di mana salah satu daripada basuhan tersebut perlu menggunakan air yang bercampur dengan tanah. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ tentang penyucian najis anjing yang memerlukan penggunaan tanah sebagai salah satu cara untuk menyucikannya.
2. Keyakinan Tentang Najis
Namun begitu, jika tidak ada bukti yang jelas bahawa kawasan tersebut terkena najis dari anjing, maka tidak perlu dianggap najis secara automatik. Hukum syarak tidak dibina atas keraguan. Dalam keadaan ini, jika tiada keyakinan bahawa tanah lumpur tersebut benar-benar terkena najis dari anjing, maka tidak perlu melakukan penyucian dengan cara sertu (basuhan dengan air tanah). Sebaliknya, kita hanya perlu menghilangkan keraguan tersebut dengan cara yang biasa, seperti membersihkan dengan air.
3. Membersihkan Tempat Solat
Memandangkan terdapat kawasan dalam pejabat yang dijadikan tempat solat, saya mencadangkan supaya awak memastikan bahawa bahagian yang digunakan untuk solat tidak terjejas dengan kesan tanah atau lumpur tersebut. Jika ada rasa was-was, boleh lakukan pembersihan tambahan mengikut cara penyucian yang betul bagi najis mughallazah. Dengan cara ini, awak dapat solat dengan lebih tenang dan yakin akan kebersihan tempat tersebut.
Saya nasihatkan agar sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar urusan awak dipermudahkan dan agar Dia memberikan ketenangan dalam menghadapi situasi yang mencabar ini. Menghadapi isu najis mughallazah di tempat kerja memang memerlukan hikmah dan kesabaran, namun dengan usaha dan doa, insyaAllah segalanya akan menjadi lebih mudah.
Semoga jawapan ini dapat membantu memberi kejelasan dan ketenangan kepada awak dalam situasi ini. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan kita semua.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz,air tanah boleh ke guna waktu basuhan ke 7.maksudnya air mutlak 6kali baru air tanah
Waalaikumussalam saudara,
Bagi menjawab soalan tersebut, dalam konteks penyucian najis mughallazah (najis berat seperti anjing dan babi), air tanah digunakan pada salah satu daripada tujuh basuhan. Menurut mazhab Syafi’e, penggunaan air tanah boleh dilakukan pada mana-mana basuhan, tetapi yang lebih afdal (lebih baik) ialah pada basuhan pertama.
Namun, jika saudara memilih untuk menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dahulu dan kemudian menggunakan air tanah pada basuhan ketujuh, ia juga dibolehkan. Yang penting, salah satu daripada tujuh basuhan tersebut mestilah menggunakan air tanah (selut atau debu yang suci).
Wallahu a’lam. Semoga jawapan ini membantu dan memudahkan pemahaman saudara.
Assalamualaikum ustaz,
Saya ramai kawan baik bkn beragama Islam …hadiah kekadang tue baju so saya selalu kena sama’baru pakai….cm nak belajar lagi soheh ttg jika duduk kl atau tmpt payah jumpa tanah nie camne pulak nak samaq….guane ek….
Walaikumsalam,
Jika tiada bukti jelas baju itu terkena najis berat, maka tidak perlu samak baju tersebut.
asalammualaikum ustaz saya nak tanya kalau kita pegang anjing kn kena samak boleh tk kalau kita guna cara samak sama macam yang dipaparkan diatas yang bertajuk cara samak (kaedah menyucikan najis mughallazah
Walaikumsalam,
Ya boleh. Semoga urusan awak dipermudahkan
Assalammuallaikum ustaz , saya dulu keje di syarikat non halal saya nak Tanya perlukah saya samak jika saya telah memegang & menyentuh & mengambil contoh tulang Babi isi Babi jenis yang frozen yang Sudah di sejuk Bekukan dan sebagainya.
Dan bagaimana dgn solat saya sebelum ini Adakah sah? Dan jika nak samak tanah ini boleh ambil Tanah apa sahaja ke? Contoh tanah di luar rumah yang mcm ke Biasaan di luar sana . Dan jika kena samak saya perlu samak di tangan sahaja atau seluruh badan? Minta maaf yaa ustaz hanya ingin kan pencerahan .
Walaikumsalam,
Assalammuallaikum ustaz , saya dulu keje di syarikat non halal saya nak Tanya perlukah saya samak jika saya telah memegang & menyentuh & mengambil contoh tulang Babi isi Babi jenis yang frozen yang Sudah di sejuk Bekukan dan sebagainya.
Satu lagi ustaz , Dan bagaimana dgn solat saya sebelum ini Adakah sah? Dan jika nak samak tanah ini boleh ambil Tanah apa sahaja ke? Contoh tanah di luar rumah yang mcm ke Biasaan di luar sana . Dan jika kena samak saya perlu samak di tangan sahaja atau seluruh badan? Minta maaf yaa ustaz hanya ingin kan pencerahan .
Satu lagi ustaz , Dan bagaimana dgn solat saya sebelum ini Adakah sah? Dan jika nak samak tanah ini boleh ambil Tanah apa sahaja ke? Contoh tanah di luar rumah yang mcm ke Biasaan di luar sana . Dan jika kena samak saya perlu samak di tangan sahaja atau seluruh badan? Minta maaf yaa ustaz hanya ingin kan pencerahan .
Assalamualaikum,
saya nak tanya , boleh ke ambil pendapat Imam Malik berkenaan Najis anjing ataupun pendapat hanya air liur anjing najis , untuk mengatasi was was , dimana saya masih menggunakan Mazhab Syafie untuk urusan lain , tetapi hanya Anjing atau Babi sahaja dalam Mazhab Maliki kerana terlampau was was melampau , lagi lagi lalu di kawasan banyak anjing dan kasut kasut yang mungkin diperbuat oleh Babi
Dan juga saya pernah berkata ayat , aku nak croot kat masjid dekat kawan saya , untuk penjelasan , croot itu term agak lucah yang merujuk ke onani , macam slang lucah contohnya nacak atau toceng , tapi saya memang tak berkenan dengan maksud tu , so saya tukar maksud ayat tu croot tu kepada kencing atau berak sebab lebih padan dan kena , lagi lagi saya ada masalah penghadaman , so bila berak atau kencing memang akan bunyi croot macam cirit birit ke apa , kawan saya pun paham apa saya maksudkan sebab dia tahu saya tak suka term lucah lucah , dan dia tahu saya tukar maksud ayat tu semua untuk tidak melucahkan dan menghindari benda benda lucah sebab tak patut ayat ayat slang macam tu disebut , lagi lagi bunyi croot macam bunyi orang membuang dan sangat tak patut untuk sandarkan benda tu ke onani , jadi setelah apa saya bagi penjelasan ni , ok , satu hari tu kami ke masjid , saya pulak rasa nak membuang , pastu cakap macam , aku nak croot jap kat masjid macam tu , bukan lah maksud onani tapi masa tu nak terkencing , kawan saya paham je , saya juga melawak sindir term tu uji kawan sebab kadang kawan saya ingat croot merujuk onani , saya cam agak dia ingat saya nak onani (memang taklah) tapi dia paham yang saya sebenarnya nak kencing, cam saya sindir term tu la , sebab tak patut bunyi croot tu sandar ke onani , jadi selepas cakap tu saya pergi kencing , bersuci dan bersolat terus sama sama ,
Tapi perbuatan saya ini risau takut menghina syariat Islam macam menghina masjid , adakah perbuatan saya ini termasuk menghina masjid walau takda niat? Risau pula sebab takut macam rosak akidah saya , sebab takut jatuh kufur kalau mempersendakan Islam
1. Pendapat Imam Malik Tentang Najis Anjing:
– Dalam pandangan Imam Malik, anjing dianggap bersih termasuk air liurnya. Berbeza dengan pendapat yang lain yang kata semua bahagian anjing itu najis, dalam Mazhab Maliki, jika anjing menjilat apa-apa, tak perlu basuh tujuh kali dengan tanah.
2. Kalau tujuan awak tukar maksud kata ‘croot’ supaya tak guna kata tak sopan, itu menunjukkan awak cuba jaga adab dalam berbicara. Islam suka kita guna kata-kata yang baik dan elakkan yang tak sopan, terutamanya di tempat suci macam masjid.
3. Risiko Menghina Syariat Islam Dengan Perkataan:
– Penting untuk hormat tempat ibadah macam masjid. Kalau awak risau kata-kata awak boleh jadi tak sesuai atau menghina, baik minta maaf dari Allah. Allah suka ampunkan kita kalau kita betul-betul minta maaf. Kita kena pastikan guna bahasa yang sopan, terutamanya dekat tempat ibadah.
Ringkasnya, cuba fahami dan ikuti ajaran Islam dengan hati yang bersih, dan kenal pasti perbezaan pandangan antara mazhab untuk bantu kita dalam situasi tertentu. Jaga adab dan hormat tempat ibadah, dan kalau ada apa-apa, minta maaf dari Allah.
Wallahu a’lam.
Baik Ustaz , jadi untuk 1 , boleh lah saya pakai pendapat Mazhab Maliki untuk bab anjing atau babi sahaja dan bab Ibadah dan bersuci dalam Mazhab Syafie , dikira sebagai talfiq kan? , kerana boleh jadi gila saya dengan was was ni sebab saya was was dengan semua benda , jika saya pakai pendapat Mazhab Maliki dalam bab anjing maybe lebih mudah dalam Ibadah , psikologi saya sekarang agak lain jadi sebab terlampau was was ,
Was was saya itu sampai menghina Allah dan Rasul (was was kufur dari syaitan laknatullah, bukan saya yang hina tapi setan dalam kepala) , dan juga maybe sebab saya banyak Jahil setan ni suka was was kan saya ,
Saya juga nak tanya ragu akan kekafiran orang kafir jadi kafir itu bagaimana , situasi saya , saya ni jenis memang berhati hati , saya risau mentakfir orang Islam , sebab salah takfir , saya risau takut jatuh kafir , sebab salah tuduh orang kafir boleh jadi kafir , dalam masa yang sama saya baca Pembatal Pembatal Islam , salah satu ialah seperti di atas , saya confuse dan saya tak ragu akan agama selain Islam itu Kafir dan atheis dan murtad kafir , memang saya tak ragu , tapi bagaimana aplikasi itu di real time view , contohnya , ada orang hantar barang ke rumah orang kafir, kalau dia jelas kafir tu memang kafir lah , bagaimana ada kesamaran atau tak tahu , contohnya tak tau dalam rumah tu penganut dia apa adakah semua dalam rumah tu kafir atau tak , walaupun bela anjing , bukan apa , saya berhati hati terlampau sebab saya ada kawan saya yang dulu dia kafir sebelum dia masuk Islam , keluarganya India tapi saya tak tau status keluarga nya yang lain sekarang ini , saya punya berhati hati dia sampai , kalau dia pakai baju contohnya baju agama lain dalam lakonan ke apa , saya still tak macam takfir , bukan apa sebab memang ada orang Islam yang pakai baju agama lain juga Wallahu a’lam , rasanya sebab cosplay atau saya tak tahu lah , saya terlampau berhati hati sebab zaman sekarang orang Islam dan orang Kafir berpenampilan hampir serupa , mestilah kalau orang Islam yang ke arah penampilan itu macam pelaku maksiat secara umum , tapi disebabkan itu saya berhati hati , sebab ada orang Islam yang minum arak , bela anjing , jadi disebabkan itu saya berhati hati walaupun nampak hint hint terdekat , sebab saya tak tau dan takut tersalah , tapi kalau jelas kafir dia memang kafir lah dia macam agama lain atau atheis atau murtad , lagi satu bab pelaku pembatal Islam atau orang yang murtad ni , saya tau banyak pasal ni , tapi even dah tau , saya still berhati hati , takut salah , saya ni orang awam walaupun saya tahu banyak , saya masih jahil dan saya bukan alim ulama , jadi bila berlaku depan mata saya benda ni , saya tak takfir orang itu tapi saya tahu perbuatannya salah dan boleh jatuh kafir kalau buat benda tu , apa yang menghalang saya ialah , saya tahu ada macam condition , condition dia untuk takfir orang itu dan biasa Alim Ulama lebih pakar bab itu , contoh penghalang takfir orang itu gila contohnya (seingat saya maaf kalau tersalah) . Sebab tu saya terlampau berhati hati , Tapi cara saya berfikir juga dan psikologi saya juga makin rosak pula bila melayan was was jahat sebab ada je benda yang dia was was kan jadi disebabkan terlalu berhati banyak was was timbul , bagaimana kes saya ni ustaz ? Saya confuse sangat ni Nauzubillah , saya confuse dan sakit kepala dengan was was , maybe sebab saya kurang paham bab agama , tapi juga saya maybe kurang paham bab ragu akan kekafiran orang kafir ni , risau sangat dengan akidah saya ini .
Lagi satu Ustaz , saya pernah sampai terpikir nak buat bahasa baru , dia macam Bahasa ni memang hanya Allah yang tahu , sebabnya even bahasa Malaysia , Arab , English pun saya ada was was , was was akidah dan was was kufur , kacau bahasa arab contohnya ketika bacaan Al Quran , kadang ada ayat bunyi synonym dengan ayat lain an , ha dia mula kacau part situ macam nak ayat Al Quran dalam masa sama dia gi was was bab akidah , bab fiqh , ha bab agama dan semua ni berlaku serentak sentiasa even dalam solat dan ibadah lain , bayangkan 10 lapis lintasan ayat berlaku serentak dalam satu masa dan dia looping , dia macam idk la , sampai saya rasa nak buat code bahasa yang hanya Allah yang tahu so dapat kelirukan setan ni dari kacau saya , sakit kepala jadi dengan was was ni , apa hukum kalau saya nak cipta bahasa baru sebab ni ? Macam code bahasa yang hanya saya tau dan Allah Maha Mengetahui apa saya maksudkan , dia macam , mestilah saya elak yang bertentangan dengan syariat, dia macam bunyi bunyi je , bloob bloob beep beep camtu. Fuh frust saya dengan was was syaitan ni memang jahat , dan patutlah syaitan dilaknat oleh Allah , memang durjana makhluk syaitan ni , saya juga pernah terpikir yang ada ayat Syaitan atau Iblis ni akan cakap dalam neraka nanti dia just menghasut dan kita salah sebab dengar bisikan dia camtu la maaf kalau tersilap , tapi berdasarkan apa yang saya hadap , saya cam fuh ko memang laknat syaitan sebab cara menghasut tu dia bukan “just” sebab apa saya hadap bukan “just” tapi ini dah tahap syaitan ni memaksa sebab even small thing dia akan was was kan , Saya takda tak percaya ayat AlQuran ni sebab AlQuran kan Firman Allah , tapi saya marah kat syaitan tu sebab dia kata “just” dan saya tahu Allah macam beritahu apa akan terjadi kelak dan macam beritahu apa syaitan ni akan kata dalam neraka kelak dan takda menidakkan Allah , cuma marah syaitan tu kata macam “just” sebab apa dia buat kat saya lain macam dari just , adakah macam saya menolak dan mengubah atau tak percaya , sebab ayat “just” tu , saya bukan tak percaya Allah dan Al Quran , saya cuma marah syaitan tu sebab dia kata mcam dia ni “just menghasut je” padahal , apa dia buat kat saya ni jahat betul sampai sakit kepala jadi , dan betul kata dia bila dia kata cam siapa suruh dengar bisikan tu sebab kita ikut bisikan dan ajakan dia tu camtulah bunyi dia sorry kalau salah , dia macam tulah saya marah sangat dengan syaitan ni , dan of course lah yang bercakap tu Iblis sebab dia kan termasuk dalam syaitan dalam ayat AlQuran , Surah Ibrahim tak silap , saya marah sangat sebab ko kata bisik tapi ko was was teruk gila ni macam dah tahap dan menggilakan orang macam gitulah , apa hukum kalau saya macam ingat camni ustaz sebab marah syaitan/iblis tu
Salam..saya ade beli.product cream kecantikan muka..saya baru dpt tahun dlm tu ade collagen extract dari porcine iaitu babi..apa saya perlu buat?sertu satu badan ke..sertu semua benda saya pgg ke..sbb tgn pgg cream tu di sapu di muka..saya pening
Assalamualaikum. Saya bekerja d klinik haiwan, setiap hari akan ada pelanggan membawa anjing. Sya menggunakan baju labcoat & plastik utk mengelakkan terkena pada baju. Sya akan basuh labcoat & kebiasaannya sya akan sertu dulu, walaupun tidak ada kesan najis yg jelas (kerana risau saya bersandar pd meja rawatan & sebagainya yang tercemar.)
Soalan:
1. Perlukah saya sertu labcoat tersebut?
2. Dalam proses sertu, tangan yang menyentuh pakaian yg disertu & air sertu yang mengalir di lantai tu bagaimana? Adakah dikira tercemar dan perlu disertu selepas itu? Saya melihat banyak di youtube cara sertu – tangan bersih membasuh tangan/barang yang tercemar dengan menggosok², bukankah menyebabkan tangan tersebut juga tercemar?
3. Apakah tangan saya tercemar jika menyentuh meja rawatan, atau apa² barang lain dalam keadaan kering? (Staf Non-muslim/pelanggan memegang anjing dan memegang barang/meja/pen/duit dll)
Waalaikumsalam.
1. Dalam Islam, anjing dianggap sebagai najis berat (najis mughallazah). Menurut Mazhab Syafi’i, jika terdapat kemungkinan labcoat anda terkena najis (walaupun tidak kelihatan), maka disunatkan untuk melakukan sertu. Jika anda yakin bahawa labcoat anda mungkin terkena najis walaupun tidak kelihatan, maka disunatkan untuk melakukan sertu.
2. Apabila melakukan sertu, tangan yang menyentuh pakaian yang disertu atau air sertu itu sendiri tidak dianggap tercemar. Ini kerana dalam proses sertu, najis dianggap telah dibersihkan dengan air. Oleh itu, tangan anda atau lantai yang terkena air sertu tidak perlu disertu lagi. Penting untuk diingat bahawa tujuan sertu adalah untuk membersihkan, dan sekali najis telah dibersihkan, ia tidak lagi menyebabkan kenajisan.
3. Secara umum, jika anda menyentuh sesuatu yang kering yang mungkin telah disentuh oleh orang lain (termasuk staf non-Muslim atau pelanggan yang telah memegang anjing), ia tidak dianggap tercemar menurut Mazhab Syafi’i. Najis memerlukan perpindahan melalui kelembapan untuk dianggap berpindah. Jadi, jika anda menyentuh meja, pen, atau barang lain dalam keadaan kering, tangan anda tidak dianggap tercemar.
Semoga jawapan ini membantu anda dalam menjalankan tugas dengan lebih yakin dan sesuai dengan tuntutan agama.
Terima kasih ustaz atas pencerahan.
Maafkan sya ustaz, untuk soalan no. 1 tu, kalau meja rawatan tu kering, walaupun telah tercemar, maknanya kalau tersentuh/terkena labcoat pun tidak mengapa? Atau barang yang yakin sudah tercemar walaupun kering tetap dianggap tercemar?(Jawapan ust no. 3)
adakah juga bermaksud Melainkan saya rasa kemungkinan/yakin terkena najis berat ‘direct’ ke labcoat/anggota badan saya baru perlu sertu?
Terima kasih ustaz.
Waalaikumsalam.
Untuk soalan pertama, jika meja rawatan itu kering dan anda percaya ia telah tercemar, tetapi labcoat anda hanya tersentuh tanpa kelembapan yang memindahkan najis, maka menurut Mazhab Syafi’e, labcoat tersebut tidak dianggap tercemar. Dalam Islam, kelembapan adalah faktor penting untuk pemindahan najis. Jadi, jika labcoat anda tersentuh pada permukaan kering yang tercemar tanpa kelembapan, ia tidak dianggap tercemar.
Mengenai soalan kedua anda, benar, anda perlu melakukan sertu hanya jika anda yakin atau ada kemungkinan besar bahawa labcoat atau anggota badan anda terkena najis berat secara langsung dan ada kelembapan yang membolehkan pemindahan najis. Jika hanya terdapat keraguan ringan tanpa bukti jelas, maka sertu tidak diperlukan.
Namun jika dengan melakukan sertu dapat menghilangkan rasa was-was dan memberi ketenteraman kepada hati anda, maka lakukanlah.
Saya harap ini menjawab pertanyaan anda dengan lebih jelas
Syukran ustaz, telah mencerahkan apa yang terbeban dalam fikiran saya selama ini. Saya doakan ustaz dimurah rezeki & dikurniakan kesihatan berpanjangan. Amiin.
Alhamdulillah, sama-sama ツ
Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan pasal najis mughllazah ni . Ketika di tempat kerja saya terpijak tahi anjing dan tahi itu melekat pada tapak kasut dan kawasan tempat kerja saya . Selepas itu, saya buang tahi anjing dkt tmpt kerja dan kasut , pastu di kasut saya bersihkan najis itu dan basuh dengan air tanah 1kali , air mutlak 6 kali . Jadi sah x saya bersihkan najis tersebut. Masih ragu ragu lagi ni..
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas pertanyaan yang diberikan. Mengikut mazhab Syafi’i, najis mughallazah seperti tahi anjing itu memerlukan pencucian khas iaitu dengan membasuhnya menggunakan tanah bersih sekali dan air mutlak sebanyak enam kali.
Berikut adalah langkah yang sepatutnya diikuti untuk membersihkan najis mughallazah mengikut mazhab Syafi’i:
1. Bersihkan dahulu najis yang kasar dengan menggunakan apa-apa cara seperti menggunakan kertas, tisu, atau cara lain untuk menghilangkan sisa-sisa najis yang melekat.
2. Basuh kasut atau tempat yang terkena najis tersebut dengan menggunakan tanah yang suci dan bersih sekali. Tanah di sini bertindak sebagai agen yang membantu menghilangkan kesan najis.
3. Kemudian, cucilah tempat yang terkena najis dengan air mutlak sebanyak enam kali. Air mutlak adalah air yang suci dan memsucikan yang tidak bercampur dengan benda lain yang boleh membatalkan keasliannya.
Dari huraian yang anda berikan, tampaknya anda sudah mengikuti langkah-langkah yang sesuai untuk mensucikan kasut dari najis mughallazah. Oleh itu, jika pencucian telah dilakukan dengan betul seperti yang diterangkan, maka kasut tersebut sudah suci dan anda tidak perlu ragu-ragu lagi.
Walau bagaimanapun, penting untuk memastikan bahwa air telah merata dan menjangkau keseluruhan kawasan yang terkena najis itu semasa proses pencucian.
Sekiranya anda masih merasa was-was, hendaklah diingatkan bahawa Islam mengajarkan kita untuk tidak berlebihan dalam was-was, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesucian. Setelah mengambil langkah yang betul mengikut syariat, percayalah atas ketentuan dan rahmat Allah SWT dan teruskan aktiviti anda seperti biasa.
Semoga penjelasan ini membantu dan semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua. Amin.