Amalan Semasa Mencari Malam Lailatul Qadar

Amalan Semasa Mencari Malam Lailatul Qadar

Adakah dituntut kita mencari malam lailatul qadar dan apakah amalan yang hendak kita lakukan jika bertemu dengannya?

JAWAPAN

Berkata Dr Syeikh Salim Alwan Mufti Australia :

يستحب طلب ليلة القدر لما روى أبو هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : { من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه }

والمستحب أن يقول فيها : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني ، لما روي { أن عائشة رضي الله عنها قالت : يا رسول الله أرأيت إن وافقت ليلة القدر ماذا أقول ؟ قال تقولين : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني }

( فرع ) اعلم أن ليلة القدر يراها من شاء الله تعالى من بني آدم كل سنة من رمضان ، كما تظاهرت عليه الأحاديث وأخبار الصالحين بها ، ورؤيتهم لها أكثر من أن تحصر.

( فرع ) قال صاحب الحاوي : يستحب لمن رأى ليلة القدر أن يكتمها ويدعوا بإخلاص ونية وصحة يقين بما أحب من دين ودنيا ، ويكون أكثر دعائه للدين والآخرة

مفتي دار الفتوى في أستراليا

Ertinya: “Disunatkan mencari malam lailatul qadar kerana hadith yang telah meriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mendirikan yakni beramal akan malam lailatul qadar semata-mata kerana iman dan harapan nescaya diampunkan baginya akan apa yang telah lalu daripada dosanya.”

Baca Sepenuhnya

Fidyah Puasa Untuk Orang Meninggal Dunia [Ust Azhar Idrus]

Barangsiapa yang ada meninggalkan puasa Ramadhan samada sebab uzur atau tiada baginya uzur dan dia adalah orang yang mampu melakukan qadha tapi dia tidak qadha —kemudian dia mati — maka wajib dikeluarkan dari harta peninggalannya sebagai fidyah bagi satu hari dia tinggal puasa itu akan satu cupak makanan.

Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini makanan yang sah dijadikan fidyah itu ialah makanan utama penduduk negeri tersebut seperti beras pada negeri kita ini maka satu fidyah itu ialah secupak beras.

Baca Sepenuhnya

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatulqadar

Apakah amalan paling minima bagi seseorang yang dikira telah mendapat kelebihan malam lailatul qadar?

JAWAPAN

Ulamak berbeza pendapat tentang batas paling minima bagi seseorang untuk mendapatkan kelebihan lailatul qadar maka berkata sebahagian ulamak yang paling minima hendaklah seorang itu menghidupkan seluruh malam atau sebahagian besar daripada malam dengan amal ibadah.

Baca Sepenuhnya

Pengiraan Iddah Cerai Berdasarkan Keadaan Suci Atau Haid

Pengiraan Iddah Cerai

Bagaimana pengiraan iddah cerai berdasarkan keadaan seseorang wanita itu sama ada keadaan suci atau haid?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

Baca Sepenuhnya