Ini panduan doa untuk suami dan isteri.
Dalam panduan ini, setiap doa dipermudahkan dengan ejaan rumi dan disertakan dengan maksud doa.
Semoga membantu anda.
Panduan Solat, Ibadat Dan Motivasi Kehidupan
Ini panduan doa untuk suami dan isteri.
Dalam panduan ini, setiap doa dipermudahkan dengan ejaan rumi dan disertakan dengan maksud doa.
Semoga membantu anda.
Bagaimanakah doa penerang hati?
Doa penerang hati adalah seperti berikut:
Allahumma ‘Agnini Bil ‘ilmi, Wa Zayyini Bil Hilmi, Wa Akrimni Bit-taqwa, Wa Jamilni Bil ‘Afiyati
Maksudnya:
Ya Allah, kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan daku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan.
(Riwayat Ibnu Najjar daripada Ibnu Umar r.a)
Bagaimanakah bacaan dan kelebihan Sayyidul Istighfar?
Sayyidul Istighfar adalah merupakan salah satu doa atau ucapan taubat yang amat digalakkan.
Bacaan sayyidul istighfar mahupun juga dikenali sebagai penghulu istighfar adalah seperti berikut:
Apabila menziarahi kubur, maka bacalah doa berikut:
Assalamu ‘Alaikum Ahladdiyari Minal Mu’minina Wal Muslimin, Wa innaa InsyaAllaha Lana Walakumul ‘AafiyahMaksudnya:
Keselamatan atas kalian, wahai penghuni kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin, kami insya Allah akan bertemu kalian. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan kalian
Bagaimana doa ketika selesai sesuatu majlis atau setelah selesai sesuatu pelajaran?
Apabila selesai sesuatu majlis, maka bacalah doa berikut:
Subhaanakallah Humma Wa Bihamdika, Asyhadu An Laa Ilaaha Illa Anta, Astagfiruka Wa Atuubu Ilaik
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah selain Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu