Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?

Perigi Cari Timba
Perigi Cari Timba

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.

Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.

Baca Sepenuhnya

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 4 ( Akhir )

Ini adalah sambungan dari cerpen “Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 3”. Bagi sesiapa yang belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari :

 

***

flower

Aiman terpisat-pisat bangun.

Kepalanya seakan sakit.

Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah.

Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.

“bukan saya.”

“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.

“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.

“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.

“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.

Baca Sepenuhnya

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 3

Ini adalah sambungan dari cerpen “Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2”. Bagi sesiapa yang belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari :

***

kisah rumah tangga
Lonely by = JeanFan (devianart)

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.

Aiman hanya tunduk.

Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri.

Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.

“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”

Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”

“Abah..”

“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.

“abah, saya tak da duit banyak tu.”

“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.

Terduduk Aiman.

Ya Allah…

Baca Sepenuhnya

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2

Ini adalah sambungan dari cerpen “Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 1”. Bagi sesiapa yang belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari:  => Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 1 .***   Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang …

Baca Sepenuhnya

“Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga”

sampai syurga
sampai syurga

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.

Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen–ceramah bersama Dato Masyitah.

Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat.

Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya.

Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.

Cari yang stok tudung labuh pulak tu.

Baca Sepenuhnya