Turutan Solat: Solat Fardu Tunai Dahulu Atau Buat Solat Qada Dahulu?

Turutan Solat

Apakah turutan solat yang betul?

Jika saya terlepas solat, saya perlu lakukan solat fardu tunai dahulu atau qada dahulu?

Oleh kerana kepenatan yang terlampau, saya tertidur selepas Solat Zohor dan hanya terjaga setelah azan Maghrib berkumandang tanpa Solat Asar.

Jika saya mahu qada segera solat tersebut ketika Maghrib, bagaimanakah yang sebetulnya sama ada qada solat Asar dahulu kemudian solat Maghrib atau sebaliknya?


Jawapan

Para ulama fiqh bersepakat bahawa solat yang terlepas itu perlu didahulukan berbanding solat yang ditunaikan dalam waktunya.

Dalam erti kata lain, jika mahu qada solat Asar dalam waktu Maghrib, maka dahulukan solat qada, kemudian solat Maghrib.

Hal ini sebagaimana perbuatan Nabi SAW yang mengqada solat yang terlepas terlebih dahulu sebelum solat yang dalam waktunya secara tertib.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan:

Orang musyrik menyibukkan kami daripada menunaikan solat Zuhur pada hari peperangan Khandak sehingga matahari terbenam. Kejadian ini berlaku sebelum turunnya ayat (solat) ketika peperangan.

Lalu Allah berfirman, “Dan Allah telah menyelamatkan orang mukmin daripada bencana menghadapi peperangan itu.. (Surah al-Ahzab 33:25)”

Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan bilal melaungkan iqamah untuk Solat Zohor, lantas Nabi Solat Zohor sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.

Kemudian bilal iqamah untuk solat Asar, lalu Nabi SAW mengerjakan solat Asar sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.

Setelah itu, Bilal melaungkan azan untuk solat Maghrib, lalu Nabi SAW solat Maghrib sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.

— Riwayat al-Nasa’i No hadis 661

Adapun tuntutan tersebut menurut pandangan Mazhab Syafi’e adalah tuntutan sunat, bukan tuntutan wajib.

Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab juz 3 hlm 70:

Jika seseorang itu telah terluput satu solat atau beberapa solat, maka disunatkannya untuk mendahulukan solat yang terluput itu daripada solat fardu yang ditunaikan dalam waktunya. Dan disunatkan untuk qada solat-solat yang terluput itu secara tertib.

Kesimpulan

Jika terlepas solat Asar dan mahu mengqadanya dalam waktu Maghrib, maka disunatkan untuk mendahulukan solat qada tersebut, kemudian barulah solat Maghrib.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

  1. Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hejiron Harun
Hejiron Harun
14 hari yang lalu

Assalammualaikum… nk tanya , klau terlepas waktu Asar dan maghrib… tapi waktu seterusnya masuk isyak , adakah saya perlu lakukan qada asar dan maghrib dulu ke, kemudian baru tunai kan fardu isyak ? Mohon bantuan 😑

Salmiah bt Abu Bakar
Salmiah bt Abu Bakar
1 tahun yang lalu

Assalammualaikum.. Nk tnyela.. Bleh kah kte qada solat selepas kte solat wajib:contoh:qada solat asar selepas solat asar

suzaime
suzaime
1 tahun yang lalu

bolehkah buat solat qada subuh selepas solat fardu subuh

Iqa
Iqa
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nk tnya.. kalau nak qada solat ni perlu azan atau iqamat ke tak pyah?