Kutip Kembali Semangat Bila Dilanda Dugaan Merapuhkan Hati

dugaan
Dugaan

Bangun, jatuh, terduduk, bangun kembali.

Allah kurniakan hamba-hamba Dia.

Rapat dengan aku, kuatkan aku, nasihat aku.


Keluarga,

Aku sedar ada kasih sayang tiada ganti disebalik dingin ketegasan abah dan abang.

Emak yang dulunya janggal untuk bercerita hingga boleh berkongsi rahsia jadikan aku jelas dia satu dalam dunia mahupun akhirat sana, cuma dia.

Satu-satunya kakak sedarah sedaging mampu dengar celoteh panjang lebar si bongsu.


Sahabat,

Melangkah ke dunia baru hari demi hari, aku congak tetap Dia temukan aku dengan mereka yang sentiasa mengingati, menguji, memahami, kongsi cerita, kongsi derita, kongsi ceria, kongsi segalanya. Tak mampu aku balas jasa hadirnya mereka. Tak tertanding dalam sahabat. Mereka terbaik. Allah, agaknya aku sungguh kurang menghargai apa kau beri. Sungguh.


Awak,

Kalau diselak balik istilah agama pegangan dikata tiada istilah kebetulan. Mungkin masih pelik dengan cara perkenalan yang masih bertahan tapi yang pasti banyak kesan mengubah aku disebalik perjalan ni. Mungkin aku tak bermegah-megah tentang kewujudan kau, tiada kata manis seperti pasangan yang lain yang berlumba meluah rasa namun jujurnya aku sentiasa doakan bahwa Dia temukan si langit dan si bumi ada jodoh diantaranya.


Ujian,

Langkah demi langkah memang payah untuk aku cuma bertemu manis dan bahagia sahaja. Dah termaktub akan selit ujian dan dugaan. Pelbagai cara bermacam gaya. Terima kasih juga kerna hadir, kau beri aku erti sakit, perit, derita, payah. Tapi aku berkenalan dengan erti penyesalan, pengalaman yang silih berganti semakin mematang dan membuka fikiran bahwa itulah cerita sebenar aku punya nyawa.


Agama,

Mungkin aku tahu aku dilahirkan dalam kelompok pegangan suci ini. Tapi tak bermakna aku sungguh menghargai. Membesar dengan ajaran yang sungguh banyak tetapi penangan sambil lewa tidak juga aku praktikkan dalam kehidupan. Jahil itu perkataan ketika diri membesar. Istidraj itu makanan ketika umur meningkat. Belajar dan buat aku sedar yang Dia sentiasa menanti, penuh sabar dan memerhati. 


Kini,

Aku pelajari bahwa syukurnya ada agama yang satu ini, bertatih tanpa malu orak langkah dengan gigih kembali. Mungkin aku jatuh dek penangan mata-mata sinis, mulut-mulut yang mentertawa memperlekeh ketika nampak kelainan tanpa hirau yang aku sungguh usaha. Mungkin juga gurau semata, tapi dugaan buat hati begitu rapuh cepat terasa. Aku jatuh, jatuh dan jatuh. Tak mengapa, kutip semangat yang ada, Dia dah kurniakan banyak tulang belakang, cuma perlu tabah dan kuat.

dugaan
Terima kasih semua,

Terima kasih Allah.

InsyaAllah, ameen.

******

 Artikel ini adalah dikongsikan oleh sahabat kita ke inbox akuislam, Maya Arya Qama (mayaqama.blogspot.com). Semoga memberi kebaikan kepada kita semua. Syukran :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ana
ana
9 tahun yang lalu

its so touch.. seriously, alhamdulillah memberi sedikit suntikan kepada diri

KehalusanKelembutan
KehalusanKelembutan
10 tahun yang lalu

tiada istilah kebetulan ya.
setiap ujian mengajar sesuatu.
InsyaAllah dengan ujianNya kita akan kuat sebenarnya.