11 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT (Panduan Lengkap)

perkara membatalkan solat

Apakah perkara yang membatalkan solat?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dan jelas kepada anda mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat dalam Mazhab Syafi’e.

Sekiranya anda terbuat perkara-perkara ini semasa solat, maka solat itu batal dan wajib diulangi semula solat tersebut.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Perkara yang membatalkan solat adalah tindakan atau keadaan yang menyebabkan solat seseorang itu menjadi tidak sah atau batal. Ini bermakna, jika seseorang itu melakukan salah satu daripada perkara ini ketika solat, maka solatnya tidak lagi diterima dan perlu diulang semula.

Solat adalah ibadat yang merangkumi perbuatan dan bacaan yang khusus. Ia wajib dilakukan dengan memenuhi semua syarat dan rukunnya untuk menjadikannya sebagai ibadat yang sah dan diterima Allah SWT.

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang bercanggah atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan syarak dan diajarkan Rasulullah SAW, solatnya akan dikira rosak atau batal.

Fuqaha sepakat menyatakan bahawa rosak dan batal solat itu adalah perkara yang sama. Rosak atau batal ibadat adalah disebabkan kekurangan mana-mana perkara yang wajib dilakukan.

Apabila rosak atau batal mana-mana ibadat, ia tidak lagi dinamakan ibadat. Solat yang terbatal hendaklah dilakukan semula.

Ringkasan perkara-perkara yang membatalkan solat adalah

  1. Berhadas
  2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan
  3. Berkata-kata dengan sengaja
  4. Terbuka aurat
  5. Mengubah niat solat
  6. Makan dan minum walaupun sedikit
  7. Bergerak tiga kali berturut-turut
  8. Berpaling dari arah kiblat
  9. Menambah rukun solat dengan sengaja
  10. Ketawa terbahak-bahak
  11. Mendahului imam melebihi dua rukun dalam solat berjemaah

Fuqaha berbeza pendapat dalam menetapkan perkara-perkara yang membatalkan solat.

Mazhab Hanafi menetapkan 68 perkara yang membatalkankan solat. Maliki menetapkan 30 perkara dan Hanbali menggariskan 36 perkara.

Bagaimana pun, Mazhab Syafi’e memperincikan 27 perkara yang membatalkan solat.

Berlaku Hadas Kecil Dan Hadas Besar

Hadas kecil adalah perkara yang menyebabkan batalnya wuduk. Contoh hadas kecil adalah seperti keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, seperti:

  • Kentut
  • Air kencing
  • Tahi
  • Mazi
  • Keputihan
  • Wadi

Hadas besar adalah berlakunya perkara yang menyebabkan perlu mandi wajib. Antara contoh hadas besar adalah:

Batal solat seseorang yang berhadas sama ada hadas kecil seperti terkentut, atau hadas besar, seperti haid. Sekiranya dia berhadas selepas memberikan salam yang pertama, sah solatnya kerana telah selesai solatnya dengan salam itu.

Begitu juga jika seorang yang sentiasa berhadas, seperti wanita istihadah atau seorang lelaki yang tidak boleh mengawal kencingnya, berhadas dengan hadas yang lain, seperti keluar angin, batal solatnya.

Disunatkan orang yang batal solatnya kerana berhadas ketika solat jemaah agar menutup hidungnya seolah-olah terdapat darah yang mengalir, ketika dia meninggalkan jemaah tersebut.

Was-Was Dalam Solat

Batal solat orang yang berasa waswas sama ada dia telah berniat pada permulaan solat atau dia sedang bersolat Asar tetapi tidak pasti sama ada dia telah berniat Asar atau Zuhur.

Begitu juga sekiranya dia tidak pasti sama ada telah melakukan takbiratulihram atau tidak.

Jarak Masa Waswas

Sekiranya perasaan waswas ini berlanjutan ketika dia sedang bersolat dalam tempoh kira-kira tamakninah, batal solatnya.

Tetapi sekiranya dia keliru sebentar tetapi kemudian teringat semula yang dia memang telah berniat dengan betul atau telah bertakbiratulihram, solatnya tidak batal.

Jika selepas selesai solat, seseorang itu waswas sama ada dia telah berniat atau telah takbiratulihram dan dia tidak dapat mengingat melakukannya, wajib dia mengulangi solatnya semula.

Makan Dan Minum Dalam Solat

Orang yang makan atau minum dengan sengaja dalam solat, maka solatnya dianggap batal sama ada kadarnya banyak atau sedikit.

Jika dia termakan dengan tidak sengaja atau tidak tahu bahawa tidak boleh makan ketika solat, tidak batal solat nya kalau makanan itu sedikit.

Ulama fiqh menyatakan kadar banyak itu ialah jika dikumpulkan semuanya ia menjadi sebesar kacang.

Jika dalam mulutnya ada gula atau coklat yang cair di dalam mulutnya dan dia menelannya bersama dengan air liur, batal solatnya.

Oleh itu, sebelum solat disunatkan bersugi, berus gigi atau sekurang kurangnya berkumur.

Bercakap-Cakap Dengan Sengaja

Percakapan yang dianggap membatalkan solat ialah percakapan yang mengeluarkan perkataan yang lebih dua huruf walaupun tidak mempunyai makna atau perkataan satu huruf yang mempunyai makna.

Jika perkataan itu diucapkan secara tidak sengaja atau terlupa bahawa dia sedang solat, ia dimaafkan sekiranya percakapannya itu sedikit, tidak melebihi enam perkataan dan tidak lama.

Sekiranya seseorang itu membaca ayat al-Quran dengan niat memberikan arahan kepada orang lain, batal solatnya walaupun apa yang diucapkan nya adalah ayat al-Quran.

Misalnya, jika seorang itu membaca ayat 12 surah Maryam untuk menyuruh seseorang bernama Yahya mengambil kitab, batal solatnya.

Surah maryam ayat 12

Maksudnya:

Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!

(Surah Maryam 19: 12)

Ketawa, Menangis & Berdehem Dalam Solat

Jika perbuatan ini dilakukan dengan sengaja, maka batal solat.

Ini berdasarkan dalil yang mengharamkan bercakap dalam solat. Berdehem mengeluarkan bunyi dengan 3 huruf membatalkan solat.

Bergerak-gerak Dalam Solat

Pergerakan lain daripada perbuatan solat boleh membatalkan solat jika dilakukan dengan anggota utama dan dilakukan banyak kali serta berturut turut.

Tidak batal jika sekadar menggerakkan jari-jemari, lidah atau kening, walaupun dilakukan berulang ulang kali.

Ini kerana perbuatan yang sedikit seperti ini tidak mengganggu kekhusyukan solat.

Menurut Dr. Wahbah Al Zuhaily dalam bukunya al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, sebab mengapa pertuturan yang sedikit membatalkan solat sedangkan pergerakan yang sedikit tidak pula membatalkannya, adalah kerana pergerakan yang sedikit tidak mungkin boleh dikawal, sedangkan pertuturan boleh.

Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

Baju Atau Badan Atau Tempat Solat Yang Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

TIDAK SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika tubuh, pakaian atau tempat solat seseorang terkena atau ditimpa najis yang tidak dimaafkan dan dia tidak segera membuangnya, maka batal solatnya.

Ini adalah kerana kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat merupakan syarat sah solat.

SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika najis haiwan yang kering terjatuh di atas bahu orang yang sedang solat, dan dia segera membuangnya, solatnya tidak batal.

Tetapi jika dibiarkan atau najis itu basah hingga meninggalkan kesan pada tubuh, pakaian atau tempat, batal solatnya.

Terbuka Aurat Dalam Solat

Aurat dalam solat

Batal solat sesiapa yang membuka auratnya dengan sengaja ketika dalam solat.

Tetapi jika auratnya ternampak secara tidak sengaja seperti kainnya ditiup angin, solatnya tidak batal jika dia menutupnya dengan segera. Jika dibiarkan auratnya terbuka, solatnya batal.

Jumhur ulama berpendapat bahawa wajib orang yang bersolat itu menutup aurat sama ada dia bersolat di tengah khalayak ramai atau seorang diri di dalam bilik atau di tempat yang gelap.

Tidak sah seorang itu bersolat seorang diri di dalam tempat yang tertutup dalam keadaan tanpa pakaian atau tidak menutup aurat, sedangkan dia mempunyai pakaian yang bersih.

Berazam Untuk Menamatkan Solat

Jika seorang bersolat dengan azam untuk berhenti solat atau mengaitkan jika suatu peristiwa berlaku dia akan menghentikan solatnya.

  • Seorang yang sedang solat, tiba-tiba ada panggi lan telefon, lalu dia berniat untuk membatalkan solatnya untuk menjawab telefon, batal solatnya.
  • Sekiranya seseorang yang menanti kedatangan seorang rakan bersolat terlebih dahulu kerana terlalu lama menunggu dan berniat jika rakannya tiba, dia akan membatalkan solatnya.

Dalam keadaan ini solatnya telah rosak sejak awal lagi. Solat seperti ini tidak sah kerana niat solatnya tidak jazim iaitu tidak putus dan muktamad.

Mengubah Niat Dalam Solat

Batal solat orang yang mengubah niat asal solatnya ketika berada dalam solat.

Sama ada dia mengubah daripada fardu kepada sunat, atau tunai kepada qada. Begitu juga jika dia mengubah satu solat ke solat yang lain.

Misalnya, seorang bersolat Maghrib, tiba-tiba mengubah niatnya untuk solat Isyak.

Atau, seorang yang sedang menunaikan solat Subuh mengubah niat nya untuk bersolat sunat Subuh.

Melainkan sekiranya seorang itu sedang menunai kan solat fardu sendirian, mengubah solat fardu ini kepada solat sunat mutlak apabila ada sekumpu lan jemaah melakukan solat berjemaah.

Dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan berjemaah, dia mengubah solat fardu kepada solat sunat su paya dia dapat mengerjakan solat fardu berjemaah.

Berpaling Dari Arah Kiblat

Berpaling daripada arah kiblat mem batalkan solat kerana ia adalah syarat sah solat.

Tidak kira sama ada dia dipalingkan oleh orang lain atau dengan perbuatannya sendiri, solat tetap batal..

Tetapi dalam keadaan dia dipalingkan dengan paksaan, jika tempoh berpaling itu lama mengikut uruf, batal solatnya.

Apa yang dimaksudkan dengan berpaling dari arah kiblat ialah memalingkan dada ke arah lain daripada kiblat.

Hilang Ingatan Kerana Gila, Pitam, Tertidur Atau Mabuk Ketika Solat

Apabila seorang yang bersolat tidak sedar apa yang dilakukan kerana tertidur atau pitam mi salnya, solatnya batal.

Ini kerana sedar adalah syarat harusnya melakukan solat.

Demikian juga tidak sah solat orang yang mabuk, walaupun dia melakukannya dengan betul dan tertib.

Murtad Ketika Solat

Dalam konteks solat, seorang yang telah berniat atau berikrar untuk keluar daripada Islam atau melakukan perbuatan yang menunjukkan bahawa dia telah keluar agama, solatnya tidak sah.

Seseorang boleh murtad sama ada dengan niat, pengakuan lisan atau perbuatan.

Contohnya jika seorang itu berniat akan keluar daripada Islam jika gagal dalam temuduga yang dihadirinya, dia telah pun murtad serta-merta tanpa menunggu keputusan temu duga tersebut.

Sekiranya dia murtad ketika bersolat, batal solatnya.

Syarat-Syarat Seseorang Itu Dihukum Murtad

  • Baligh dan berakal.
  • Tidak dipaksa, sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri.
  • Mengetahui hal dan hukum murtad serta membuatkan dirinya menjadi murtad.
  • Apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya, maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa seseorang itu telah pun menjadi murtad daripada Islam.

Penutup

Saya berharap panduan ini memberi pencerahan mengenai perkara yang membatalkan solat. Semoga ia dapat memberi kemudahan kepada anda dalam mempelajari fardu ain solat.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila nyatakan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah saya akan menjawab secepat yang mungkin.

Rujukan

  • Al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1418H/ 1997M, hal. 1047-1050
  • 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms. 361
  • Hasyiah al-Jamal, 1/425
  • Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 2/307
  • Formula Solat Sempurna, Dr Zaharuddin Abd Rahman
  • Bimbingan Solat, Dr Rohaily Al-Jawhary
  • 195 Perkara Asas Solat, Haji Mohd Shukri Haji Ali
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

104 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya , apa hukum berlakon solat ketika terbatal solat , saya terlepas baca Al fatihah dan lambat ikut imam sampai terbatal solat , tapi saya just ikut pergerakan Imam sampai habis solat , lepas tu baru saya ulang balik solat fardhu dari awal lepas dah habis imam

Min
Min
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya dah habis solat baru perasan saya tak bersihkan makeup (gincu) sebelum ambil wuduk. Batal tak? Ataupun takpe sebab lupa/tak sengaja (walaupun saya tahu)?

Nabil
Nabil
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,sewaktu saya solat pada rakaat ke 2 saya terbaca doa mohon keampunan,adakah sah solat saya?

Last edited 1 tahun yang lalu by Nabil
Yazid Adile
Yazid Adile
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya ada satu soalan. Adakah batal solat kita jika kita menutup mulut ketika batuk dan bersin semasa solat dengan tujuan kita tidak batuk atau bersin itu tepercik kearah jemaah lain? Dan adakah batal solat jika menutup mulut kerana menguap semasa solat?

aziz
aziz
2 tahun yang lalu

aslm ustaz kalau kita bersin pandang ke tepi,batal x solat?

aziz
aziz
Reply to  aziz
2 tahun yang lalu

maksud saya lebih dari 3 kli

Wanra
Wanra
2 tahun yang lalu

Salam,ustaz kalau semasa sujud ketika baca bacaan dlm sujud tiba2 rasa mcm terlelap skjp..batal x solat ustaz.tq

Ir
Ir
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

Adakah sedut hingus ketika solat membatalkan solat?

mohd khairul
mohd khairul
2 tahun yang lalu

salam ustaz, kaki saya terkena minyak sedikit kiraan dalam seluas 3 inch stgh lebarnya kemudian melaluinya lantai yg terdapat air mutannajis yang kering. Adakah dimaafkan?

Muhammad Harris
Muhammad Harris
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya hampir terbaca ayat lain semasa Duduk Tahiyat Akhir tetapi sedar Dan terus membaca Tahiyat Akhir….batal ke tidak

Muhammad Harris
Muhammad Harris
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Terima kasih byk byk ustazz

hajar
hajar
2 tahun yang lalu

hukum solat jamak dan qasar kepada orang yang melakukan perjalanan dengan bertujuan melakukan maksiat ??