Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi

Perbezaan Mani Dan Mazi

Apakah perbezaan air mani dan air mazi?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Jika keluar cecair dari kemaluan tetapi ragu adakah air mani atau air mazi adakah wajib mandi?


JAWAPAN

Air mani dapat dikenali dengan sifatnya yang berwarna keruh manakala air mazi pula jernih.

Dan air mani itu sifatnya kasat manakala air mazi itu sifatnya licin.

Berdasarkan sifat-sifat ini boleh dikenali adakah ia mani atau mazi.

Jika mani maka wajib mandi hadas dan jika mazi maka wajib dibasuh dan berwuduk jika hendak solat.

Tetapi jika ragu hendak menentukan yang mana satu kerana kesamaran sifatnya maka boleh diputuskan antara mani atau mazi.

Jika diputuskan mani maka wajib mandi hadas dan sebaliknya jika diputuskan mazi maka wajib basuh dan berwuduk.

Telah berkata oleh Syeikh Bujairimi :

Maka jika berkemungkinan keadaan cecair yang keluar itu mani atau lainnya seperti wadi atau mazi nescaya boleh memilih antara keduanya atas qaul yang muktamad.

Maka jika ditentukannya sebagai mani nescaya hendaklah ia mandi atau ditentukannya mazi maka hendaklah dia berwuduk dan membasuh apa yang mengenainya dari kerana sungguhnya apabila dia menghendaki salah satu dari keduanya nescaya lepaslah dari yang satu lagi secara yakin.”

(Kitab Hasyiah Jamal)

KESIMPULAN

Jika diragui cecair yang keluar itu adakah ia air mani atau mazi maka hendaklah dipilihnya salah satu iaitu jika dihukumkan sebagai mani maka wajib dia mandi hadas.

Dan sebaliknya jika ditentukan sebagai mazi maka wajib atasnya wuduk dan membasuhnya kerana mazi itu najis ia.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
miel
miel
1 bulan yang lalu

saya menentukan cecair yg keluar dari kemaluan saya ialah air mazi tetapi sebenarnya yg keluar itu adalah air mani dan saya tidak mandi wajib kerana saya telah menentukan cecair itu ada air mazi apakah hukumnya

Din
Din
6 bulan yang lalu

air mazi dan wadi cukup dengan basuh sehingga bersih atau wajib sekali berwuduk

Last edited 6 bulan yang lalu by Din
Daniel
Daniel
7 bulan yang lalu

Saya ingi Bertanya,saya keluar mani.adakah air mazi akan keluar sebelum air mani keluar ataupun hanya air mani yang keluar ?

Arsyad
Arsyad
7 bulan yang lalu

Saya tengah membuat onani tetapi sebelum air mani nak keluar saya menahan ia dan saya lihat cecair putih yang keluar.Saya pasti ia air mani tetapi apabila saya memegangnya, ia melekit macam air mazi tetapi ia ada bau sikit.Adakah saya keluar mani atau mazi?

Arsyad
Arsyad
Reply to  Muhamad Naim
7 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz dan ye saya tengah cuba menjauhi onani tapi saya ada satu lagi soalan.Kalau air mani keluar tengah kencing selepas onani adakah ia dikira sengaja atau tidak?Sebab saya pernah membuat onani dan sebelum keluar air mani saya menahan.Saya tengok keluar air mazi je lalu saya kencing dan tiba tiba ada air kuning yang pekat memancut dan kuantitinya tidaklah banyak.Saya tak pasti ia air mani ke tak sebab tak sempat nak rasa tekstur sebab dah masuk lubang tandas.Yang saya dapat hidu bau ia seperti air kencing tetapi ia lebih hangit baunya.Apakah ia Ustaz?

Arsyad
Arsyad
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Baik terima kasih ustaz dan Inshaallah saya akan bertaubat.

Last edited 6 bulan yang lalu by Arsyad
adam
adam
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya duduk tgk youtube(cerita pasal cara main game dan bukan cerita tak elok yg boleh naikkan syahwat dan takde kene mengena langsung dengan tak elok tu) .Lalu, saya ade rasa air mengalir dalam saluran kemaluan saya , saya tengok air tu tak keluar dari muncung kemaluan , ia hanya mengalir kat dalam je. Tp cecair tu bukan dari ciri2 air mani,wadi dgn mazi . Tiba2 kemaluan saya keras sendiri yg menyebabkan dia tegang lepastu muncung dia terbukak sedikit lepastu kena underpants.(cecair tu lekat kat underpantss bukan sbb dia terpancut tapi sbb underpants tu sentuh permukaan kawasan dalam kemaluan. Apa hukum dia

Last edited 1 tahun yang lalu by adam
Unknown
Unknown
3 tahun yang lalu

Assalam ustaz, saya nak tanya, saya masih lagi dalam keraguan antara mani atau mazi. Sebab nak kata mani, takda pon mimpi atau syahwat yang kemuncak. Cuma terpikir yang sedikit shj. Tapi pernah dengar orang kata kalau mimpi atau tak mimpi ke, kalau keluar, wajib mandi wajib. Kalau nak kata mazi pula, cecair tu dah melekat dan kering dekat seluar dalam saya masa saya cek ketika nak mandi biasa. Keadaan ketika kering tu berwarna putih dan sedikit sahaja di beberapa tempat dekat seluar dalam saya. So saya tak tahu itu air apa? So apa penyelesaiannya ustaz? Patutkah saya pilih antara satu? Bagaimana klau saya pilih mazi sedangkan ia mani?