Hukum Makan Banyak Ketika Berbuka Puasa

Hukum Makan Banyak

Apakah hukum makan banyak ketika berbuka puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Biasa masyarakat kita apabila berbuka puasa makan minum dengan banyak sekali.

Apakah hukumnya disisi syarak makan banyak begitu?


JAWAPAN:

Hukum makan minum yang sedap itu hukumnya adalah harus tetapi terlalu banyak atau melebihi dari had kenyang adalah dicela disisi syarak.

Setengah ulamak berkata hukum makan minum melampau atau melebihi dari kenyang ini samada ketika berbuka puasa atau ketika yang lain adalah makruh manakala setengah ulamak seperti ulamak-ulamak mazhab Hanafi mengharamkannya.

Berkata Syeikh Zainuddin Al-Malibari:

وصرح الشيخان بكراهة الأكل فوق الشبع وآخرون بحرمته

Ertinya:

Imam Nawawi dan Imam Rafie memakruhkan perbuatan makan melebihi dari kenyang dan ulamak yang lain mengharamkannya.”

(Kitab Fathul Mu’in)

Hukum makruh berlebihan pada makan minum itu ialah jika dari harta yang halal.

Ada pun jika dari harta yang haram maka sesuap pun adalah haram.

Dan makan minum berlebihan ketika berbuka puasa itu meluputkan hikmah puasa yang hanya akan dicapai dengan makan minum yang sederhana.

Berkata Dr Ahmad Tayyib:

Berlebih-lebihan atau melampau pada makan ketika berbuka puasa memberi kesan kepada luputnya hikmah berpuasa dari kerana sungguhnya melampau secara keseluruhannya adalah dicela disisi agama Islam.

Firman Allah Taala:

Makanlah kamu dan minumlah kamu dan jangan kamu berlebih-lebihan dari kerana sungguhnya Allah tidak suka ia pada orang yang berlebih-lebihan.”

(Al-A’raf : 31)

Bersederhana pada setiap perkara itu dikasih dan dituntut kerana sungguhnya Islam itu adalah agama yang sederhana tidak berkurang dan tidak berlebihan.

Firman Allah Taala :

Dan seperti itulah kami jadikan akan kamu sekelian sebagai umat yang sederhana.”

(Al-Baqarah : 143)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments