5 Sebab Biasa Kenapa Diet Masih Lagi Gagal

dietKalau anda diet untuk pertama kali, dan terus pula anda berjaya; –Β pasti anda bukan manusia biasa.

Sebab bukan kebanyakan yang sering gagal, malah boleh kata kesemua yang cuba untuk mulakan diet, pasti akan gagal untuk pertama kali.

Jika ini berlaku, bermaksud anda perlukan lebih motivasi diri lagi.

Dan berikut antara punca punca dan tindakan yang harus anda fahami.

1. Kurangnya ilmu tentang diet

Kurangnya ilmu maksud di sini ialah kefahaman untuk anda fahami apakah punca utama berat badan anda makin meningkat.

  1. Adakah disebabkan faktor makanan? Dan kalau betul disebabkan faktor makanan, makanan yang kandungan apa pula yang betul betul mempengaruhi masalah berat badan?
  2. Adakah disebabkan senaman kardio seperti jogging contohnya? Sebab diet gagal adakah disebabkan minitΒ berjogging yang tidak cukup?
  3. Atau pun kefahaman untuk memahami apa perkara perkara seperti apa itu lemak, karbohidrat atau pun jumlah kalori yang perlu dalam badan.

Maklumat seperti di atas bukanlah wajib, tapi ada eloknnya juga untuk anda faham. Supaya anda tidak diet dengan membuta tuli sahaja.

Action seterusnya: pastikan anda faham apa penyebab berat badan anda meningkat. Apa jenis makanan yang memburukkan lagi keadaan.

 

2. Kurang semangat

Semangat yang mudah luntur akan buatkan apa sahaja yang kita idamkan pasti tak menjadi.

Dan gagal disebabkan tiada semangat bukan dalam diet sahaja. Malah banyak pada perkara lain juga.

Untuk hadapi masalah ini biasa orang akan bagi tip supaya buat diet berdua. Jangan sendiri.

Berjaya atau tidak jika diet sendiri masih lagi bergantung kepada individu. Mana yang boleh, Alhamdullillah.

Mana yang masih lagi gagal mungkin perlukan bantuan lain juga.

Berikut merupakan idea idea lain yang mungkin sedikit sebanyak boleh bantu anda :

  1. Buat macam satu target dan progress anda. Seperti contoh, cuba buat satu table untuk rekod berat anda setiap minggu.
  2. Dan untuk itu, sememangnya anda perlukan penimbang untuk mengukur. Jadi, belilah penimbangnya, tak mahal mana pun. Dalam RM 25 sudah dapat untuk kualiti yang baik.
  3. Cuba buat jadual makanan diet anda.
  4. Kalau sudah buat jadual makanan diet, jangan mula diet pada hari yang sama. Sebab tiada apa yang anda boleh makan lagi, jadi mungkin set kan esok lusa untuk anda cari masa beli barang barang mana yang perlu dahulu.
  5. Cuba baca kajian kajian professional tentang cara turunkan berat. Kajian ini akan sedikit sebanyak membuatkan anda percaya bahawasanya teknik diet yang anda amalkan adalah berkesan.

 

3. Keadaan sekeliling

Kebiasaanya, alasan yang paling utama ialah kenduri kahwin.

Tak boleh diet sebab ada kenduri.

Macam lah kenduri hari hari kan.

Kalau pun ada kenduri, sudah tahu diri tu tengah diet jangan pula makan sekuat hati lagi.

Kalau difikirkan semula, ibarat anda suka datang kenduri supaya diet anda boleh digagalkan.

 

4. Susah untuk ubah habit

Bila sesuatu perkara itu sudah terbiasa buat, memang agak susah untuk tinggal.

Walaupun ia bukan sesuatu yang baik, tapi sebabkan ia nya satu habit. Bermaksud perkara atau tindakan itu sudah terbiasa. Pasti akan buat juga.

Dan untuk ubah ini memerlukan masa.

Seperti contoh, sebaik sahaja bangun pagi terus rasa nak minum air coke dalam peti sejuk.

Sebaik sahaja menonton wayang, pasti akan order sosej denga mayonis nya semua. Fast food memang akan merosakkan diet anda.

Cara terbaik untuk kendali masalah ini ialah dengan membayangi kesan kesannya.

Seperti contoh:

  1. Bila badan besar agak susah untuk berjalan jauh umpamanya.
  2. Susah juga untuk tahiyat akhir
  3. Nak shopping pun sukar untuk pilih saiz baju yang sesuai
  4. Tak bermaya dan muka nampak kusam
  5. Badan berbau bukan lah masalah sangat, tapi untuk mana yang berbao, pasti akan susah kan orang lain juga

Dan bila anda bayangkan dan fahamkan kesan kesan di atas. Bukannya untuk orang lain, untuk diri sendiri juga kan.

 

5. Rasa nak mengunyah

Masalah ini lebih kepada habit juga.

Serupa juga macam masalah merokok. Kadang kadang tak perlu pun untuk anda rasa mengunyah dan merokok. Tapi disebabkan sudah terbiasa, yang mengunyah berat badan akan naik, yang merokok pula akan ketagih.

Antara langkah yang patut anda cuba ialah memahami makanan atau minuman yang jenis manakah akan membuatkan selera anda bertambah.

Seperti contoh, minum minuman seperti manga akan buatkan anda rasa ingin minum dan minum lagi. Yang secara langsung akan buatkan kandungan gula dalam badan anda meningkat.

Makanan yang mengandungi karbohidrat rata rata akan buatkan anda rasa ingin tambah lagi. Manakalah protein akan buatkan tekak anda rasa lebih mudah kenyang.

Tapi ia masih lagi bergantung kepada mindset kuat anda juga.

Amalkan minum air masak juga penting, bukan sahaja buatkan anda rasa kurang lapar, malah boleh meningkat kadar metabolism juga.

Dan untuk memahami metabolism, boleh juga kita klafikasikan sebagai antara ilmu diet yang harus anda faham di point pertama atas tadi.

Article ini ditulis oleh SMC Network daripada Segala Macam Cara blog. Semoga artikei ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai target berat badan ideal yang diinginkan.

Harapan kami bukan lah mahu anda mulakan semua perkara ada hari yang sama.

Cuba ikuti satu persatu.

Start small…

Dan barulah beralih kepada tindakan yang lebih utama dan lain lainnya juga.

Moga anda cepat sihat dan cergas.

 

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Chad
Chad
4 tahun yang lalu

Kalau nak berjaya dalam berdiet ni, kita kene bina habit. Baru lah diet kite tu boleh konsisten untuk tempoh mase yang lama. Kalau nak harapkan motivasi je, semangat ni die ade turun naik. Tapi disiplin dan habit yang betul membolehkan kite untuk kekal berdiet tak kire keadaan. Boleh baca kat sini pasal habit dalam berdiet http://sadostreet.blogspot.com/2016/12/ini-sebab-sebenar-berat-badan-kau-tak.html