Buat Haji Dulu Atau Bayar Hutang Dulu?

Haji Atau Bayar Hutang

Buat haji atau bayar hutang dahulu?

Yang mana lebih baik?

Dan apakah hukum tanpa menyelesaikan hutang terlebih dahulu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika seorang yang ada berhutang dengan seseorang adakah patut dia bayar hutang dahulu atau mengerjakan haji kerana wang simpanan untuk hajinya telah cukup?


JAWAPAN

Orang yang ada berhutang dengan seseorang dan belum dapat membayarnya maka dia dikira sebagai belum ada kemampuan mengerjakan haji.

Jika dia tunaikan juga haji dengan niat untuk membayar hutangnya selepas pulang dari haji maka hajinya itu sah.

Akan tetapi yang afdhal ialah dia membayar hutangnya terlebih dulu kemudian baru mengerjakan haji.

Berkata Imam Nawawi:

Dan disyaratkan pada bekal yang cukup bagi seorang itu untuk pergi ke Mekah dan pulang darinya ialah mempunyai harta yang lebih termasuk membayar hutang dengan segera atau bayaran dengan ditangguhkan.”

(Kitab Al-Iidhah fi Manasik Al-Haj)

Sungguhnya hutang itu adalah hak murni manusia yang ada padanya satu tanggung jawab yang berat yang hendaklah bercermat padanya kerana membayar hutang adalah tersangat penting maka didahulukan bayar hutang atas kerja haji jika keadaan tersepit.”

(Hasyiah Ibni Hajar ‘ala Iidhah)

Tidak dinafikan haji adalah ibadah yang besar di dalam Islam akan tetapi kerjakanlah dalam keadaan yang afdhal dan terbaik.

Selesaikan hutang yang dijanjikan terlebih dahulu kerana apabila janji sudah ditunaikan hati akan lebih tenang melakukan ibadah.


KESIMPULAN

Hutang wajib dibayar apabila sampai masa yang dijanjikan membayarnya iaitu masa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Jika belum sampai masa bayar hutang yang dijanjikan maka sunat hukumnya membayar hutang.

Jika sampai masa bayar hutang dan orang yang berhutang tidak lagi membayar hutang dan mahu pergi kerjakan fardu haji nescaya wajib atasnya meminta tangguh dengan tuan hutang.

Jika dia tidak minta tangguh dan pergi mengerjakan haji nescaya haramlah perbuatannya itu kerana telah sampai masa yang dijanjikan membayar hutang pada hal dia tidak membayarnya tanpa uzur dan tetapi hajinya sah.

Jika hanya ada satu kesempatan yaitu bayar hutang atau pergi haji maka didulukan membayar hutang.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments