Hukum Anak Belum Baligh Jadi Imam

Belum Baligh Jadi Imam

Apakah hukum anak belum baligh jadi imam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah boleh saya dan suami saya menjadi makmum kepada anak kami yang baru berusia 8 tahun kerana melatihnya solat dan anak saya itu belum lagi baligh?


JAWAPAN

Kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayiz harus dan sah menjadi imam kepada orang dewasa dengan syarat dia mengetahui rukun dan syarat sah sembahyang.

Diriwayatkan dari ‘Amr bin Salamah r.a. berkata:

Aku adalah budak yang suka menghafal dan aku menghafal banyak ayat Quran.

Suatu hari bapaku telah pergi menemui Rasulullah saw bersama penduduk kampung maka Rasulullah saw telah mengajar mereka tentang sembahyang dan bersabda:

Menjadi imam di kalangan kamu itu yang pandai Quran. Dan adalah aku antara yang banyak menghafal Quran maka mereka telah menyuruh aku menjadi imam sembahyang dan aku memakai pakaianku yang kecil berwarna kuning lalu aku menjadi imam bagi mereka yang ketika itu aku berumur tujuh atau lapan tahun.”

(Hadith Abu Daud)

Kesimpulan

Kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayiz harus dan sah menjadi imam kepada orang dewasa jika dia mengetahui cara-cara sembahyang yang betul.

Yang afdhal ialah orang dewasa menjadi imam bagi kanak-kanak.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments