Bahagia Dengan Memberi

new beginning
New Beginning by ~CozyComfyCouch (devianart)

Alhamdulillah. Tanda seseorang hamba itu memberikan puji-pujian kepada Tuhan. Ia petanda yang baik. Kerana manusia ataupun insan, seringkali dikaitkan dengan sifat lupa.

Namun, dengan senang hati, faktor umur menjadi alasan dan jawapan.

Berhenti. Marilah kita mengingati kembali. Beringat bahawa, hidup ini mempunyai pemilik yang MAHA MEMILIKI juga MAHA MEMBERI.

Senja kini, di zaman teknologi yang sungguh canggih sekali.. kita kerap mengaplikasikan sifat menerima juga meminta. Pinta belas kasihan, pinta kemudahan, dan pinta sifat kemanusiaan.

Hampir semuanya kita meminta tanpa segan silu. Andai permintaan itu ditujukan khas pada Tuhan, ia bukanlah perkara yang salah.

Baca Sepenuhnya

Walaupun Hati Ini Masih Lagi Sakit, Masih Lagi Dalam Kesedihan

hati remuk

Seorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.

Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.

Baca Sepenuhnya

Memburu Khusyuk Di Dalam Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah, dewasa kini ramai yang tahu dan mampu melaksanakan solat dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah juga, kini ramai yang mulai sedar bahawa pentingnya solat dalam kehidupan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang cuba dan usaha menjaga solat. Sesiapa yang ingin perbaiki diri juga mendekatkan diri kepada Ilahi, maka langkah bijak yang perlu diambil …

Baca Sepenuhnya

Hidup adalah anugerah dan hadiah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tidak mungkin hidup ini tiada tujuan. Amat mustahil hidup ini tiada Tuhan. Tahniah! Pada yang diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Tatkala cabaran, ujian, serta dugaan menyinggah, kita masih lagi menghadapinya dengan sebaik – baik mungkin. Insyaallah~

Mengimbau kembali sejarah Nabi Adam a.s, Nabi Adam a.s tidak pernah meminta pada Tuhan untuk diciptakan dan dihidupkan. Tetapi kerana ianya kehendak Ilahi, bukan sahaja Nabi Adam a.s yang diciptakan, dihidupkan, malah sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi adalah daripada kehendak Tuhan. Ciptaan Allah SWT.

Binakan satu soalan dengan menggunakan kurniaan akal yang diberi, lalu gunakan pula hati untuk menjawabnya.

Tanyalah diri sendiri!

‘Kenapakah aku diciptakan?’

Baca Sepenuhnya