Alhamdulillah. Tanda seseorang hamba itu memberikan puji-pujian kepada Tuhan. Ia petanda yang baik. Kerana manusia ataupun insan, seringkali dikaitkan dengan sifat lupa.
Namun, dengan senang hati, faktor umur menjadi alasan dan jawapan.
Berhenti. Marilah kita mengingati kembali. Beringat bahawa, hidup ini mempunyai pemilik yang MAHA MEMILIKI juga MAHA MEMBERI.
Senja kini, di zaman teknologi yang sungguh canggih sekali.. kita kerap mengaplikasikan sifat menerima juga meminta. Pinta belas kasihan, pinta kemudahan, dan pinta sifat kemanusiaan.
Hampir semuanya kita meminta tanpa segan silu. Andai permintaan itu ditujukan khas pada Tuhan, ia bukanlah perkara yang salah.