Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Baca Sepenuhnya

11 Jenis Manusia Sentiasa Didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi …

Baca Sepenuhnya

Tahukah Anda 25 Fakta Sulit Tentang ISRAEL?

1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik?

Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi

Baca Sepenuhnya

Terung Yang Haram Dimakan

terung
terung

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.

Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.

Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?

Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.

Dia memilih untuk mencuri.

Baca Sepenuhnya

Manusia Yang Sebenarnya Membuktikan Bumi Ini Bulat!

Kapten Ferdinand akhirnya mati terbunuh di Kepulauan Cebu, Filipina. Dia gagal untuk menyempurnakan pelayarannya dari Barat ke Barat tanpa berpatah balik dan akhirnya akan terus sampai ke Barat. Tetapi Enrique, Sebastian del Cano, Pigafetta dan beberapa orang lagi telah menjayakan misi itu.

Maka dengan itu, Enrique telah membuktikan bahawa bumi ini bulat. Kerana Enrique yang telah Berjaya menamatkan misi pelayaran pada titik yang sama bermula dari Barat terus ke Barat.

Siapakah Enrique..?

Ya, Enrique sebenarnya orang melayu, orang kita. Atau nama melayunya Awang. Dia ialah seorang tawanan perang yang dibawa dari Melaka ke Lisbon, Portugis. Awang ditukar nama kepada Enrique bagi mengelakkan diskriminasi oleh kelasi kapal.

Baca Sepenuhnya