NIAT & CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI (Panduan Lengkap)

solat sunat raya

Ini adalah panduan lengkap niat & cara mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri secara sendiri & berjemaah — bimbingan secara langkah demi langkah.

Panduan ini dipermudahkan agar senang difahami dan dibantu dengan transliterasi RUMI untuk kemudahan anda.

Semoga bermanfaat..

Pengenalan

Hari raya aidilfitiri

Takrif Eid

Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang. Mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau kerana berulangnya kegembiraan menyambutnya.

Takrif Fitrah & Aidilfitri

Fitrah bererti asal kejadian atau kejadian semulajadi sesuatu benda. Dan dinamakan Aidilfitri kerana zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam pada hari tersebut.

Hukum Solat Sunat AidilFitri

Hukum

Mazhab Syafi’e dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat muakkad.

Sunat muakkad bermaksud sunat yang sangat dituntut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak ia disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Ibn Umar r.a meriwayatkan:

Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar r.a kesemuanya mendirikan solat dua hari raya sebelum khutbah.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Dua Hari Raya)

Perlaksanaan solat ini digalakkan secara berjemaah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Said al-Khudri.

Tetapi, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.

Waktu Solat Sunat Raya Aidilfitri

Bilakah waktu Solat Sunat Raya Aidilfitri?

Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia (Semenanjung) sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.

Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada al-Barra’ r.a bahawa dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan bersabda:

Perkara pertama yang akan kita lakukan pada hari ini ialah mengerjakan solat.

Oleh itu, waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik sekadar segalah, kerana pada waktu itu Rasulullah SAW sering melakukan solat.

Di pagi hari raya disunatkan kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

Lafaz Takbir Hari Raya (PDF)

Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat hari raya.

Firman Allah SWT:

…. Dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur

(Surah al-Baqarah ayat 185)

Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar r.a:

Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah, selepas solat Subuh dan menghentikannya selepas solat Asar di akhir hari-hari Tasyrik.

(Riwayat al-Hakim)

Oleh itu marilah kita sekeluarga menghidupkan hari raya dengan bertakbir di rumah.

PDF

Sebagai rujukan tuan-puan, disini saya ada menyediakan Panduan Khas Takbir Raya pada pautan ini: TAKBIR RAYA AIDILFITRI & AIDILADHA Rumi (PDF)

Jumlah Rakaat

Jumlah rakaat bagi solat sunat Aidilfitri adalah dua rakaat sahaja.

sujud sajadah

Niat Solat Sunat Aidilfitri

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz niat:

Niat Solat Sunat Aidilfitri (Imam)

Jika anda menjadi imam untuk solat berjemaah bersama keluarga, berniatlah sebagai imam:

niat solat sunat aidilfitri imam
Niat untuk Imam

  Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini imaman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.


Niat Solat Sunat Aidilfitri (Makmum)

niat solat sunat aidilfitri makmum

 Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


Niat Solat Sunat Aidilfitri Bersendirian

Jika anda solat secara seorang diri, gunakan niat ini:

Niat Solat Sunat Aidilfitri Bersendirian

  Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Adaan Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Aidilfitri

  • Solat Sunat Aidilfitri dimulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat dalam hati: “Sahaja Aku Solat Sunat Aidilfitri Dua Rakaat Tunai/Makmum/Imam Kerana Allah Taala”
  • Disunatkan membacalah Doa Iftitah selepas takbiratul ihram.
  • Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak tujuh (7) kali untuk rakaat pertama. Takbir tersebut diselangi dengan bacaan tasbih.
  • Selesai takbir tambahan, bacalah al-Fatihah dan surah lazim.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat.
  • Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak lima (5) kali untuk rakaat kedua, dan juga diselangi dengan bacaan tasbih.
  • Seterusnya bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Sunat Aidilfitri dengan memberi salam.
  • Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa selepas solat.
  • Jika solat berjemaah, maka seterusnya adalah Khutbah Aidilfitri

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Rakaat Pertama

1

Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram.

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir Solat
Tangan diangkat sehingga separas telinga semasa takbiratul ihram

Kemudian ucapkan lafaz takbir, “Allahuakbar!”

Suara mestilah jelas – sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai/sebagai makmum kerana Allah Taala.

Nota

Anda boleh rujuk niat solat sunat Aidilfitri yang telah dinyatakan pada bahagian niat di atas.

Jika anda mengalami kesukaran untuk berniat semasa takbiratul ihram, anda boleh juga berniat dahulu sebelum mengangkat takbir.


2

Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.

doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraw Walhamdu Lillaahi Katsiiraw, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw Wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3

Lakukan Takbir Tambahan Sebanyak 7 Kali Untuk Rakaat Pertama

Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali dan diikuti dengan bacaan tasbih.

takbiratul ihram

Seperti Takbiratul Ihram, setiap kali takbir dilafazkan “Allahukbar!”

Kemudian, letakkan tangan di atas perut.

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir 7 kali

Kemudian bacalah tasbih seperti berikut:

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih
Bacaan Tasbih

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 7 kali diselangai bacaan tasbih sebanyak 6 kali. Sila rujuk gambar di bawah ini:


4

Selesai Takbir Sebanyak Tujuh Kali, Seterusnya Kita Akan Membaca Surah al-Fatihah.

Selesai takbir tambahan, bacalah surah al-Fatihah:

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


5

Kemudian, Bacalah Surah Lazim Selepas al-Fatihah

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

surah al-kafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


6

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


7

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


8

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


10

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


11

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

12

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


14

Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 


15

Seperti rakaat pertama, sekali lagi selepas selesai takbir tambahan pada rakaat kedua dibacakan pula surah al-Fatihah.

(Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, oleh itu ia wajib dilakukan)

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


16

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.


17

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


18

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


19

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


20

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


21

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


22

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

23

Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Solat Sunat Aidilfitri

doa

Tiada doa tertentu untuk Solat Sunat Aidilfitri. Anda boleh membaca mana-mana doa solat yang biasa anda bacakan.

Antara doa yang boleh dibacakan adalah:

Transliterasi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil Iimaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,

Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.

Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.

⊶⊷⊶⊷

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Jika solat bersendirian, selepas selesai berdoa, maka sekali lagi kita akan bertakbir kerana pada hari ini memang disunatkan untuk memperbanyakkan takbir.

Jika solat berjemaah, maka bacalah khutbah jika berkemampuan.

Bacaan Khutbah Raya 

Bilakah khutbah raya dibacakan?

Tidak seperti khutbah Jumaat, khutbah raya akan dibacakan oleh khatib selepas Solat Sunat aidilfitri.

Hukum khutbah adalah sunat.

Oleh itu, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa, atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

Jika solat seorang diri, maka tidak perlulah berkhutbah

Rukun Khutbah Raya

Apakah maksud rukun khutbah?

Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.

Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;

Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut” 

– Riwayat Imam al-Baihaqi

Amalan Sunat Pada Pagi Aidilfitri

Pada pagi hari raya, disunatkan untuk melakukan beberapa perkara berikut:

Niat Mandi Sunat Aidilfitri

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan.

Lafaz niat mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah:

lafaz niat mandi sunat aidilfitri
Niat mandi Sunat Aidilfitri

 Nawaitul Ghusla Li idilfitri Sunnatan Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidilfitri kerana Allah Taala.

Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”.

– Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh


Memakai Pakaian Baru & Berwangi-Wangian

Berhias

Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat.

Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak.

(Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283)

Berpakaian Baru

Berkata Imam Ibnul-Qayyim;

Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal atau solat di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة).

Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.


Makan Dahulu

Sebelum menunaikan solat, dianjurkan untuk menjamah sedikit juadah. Jika terdapat buah kurma, hendaklah makan dalam jumlah yang ganjil.


Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Lain

Disunatkan untuk pergi ke masjid dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berlainan.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa:

Nabi SAW apabila keluar untuk solat hari raya Baginda tidak akan kembali (ke rumahnya) melalui jalan yang sama.

Riwayat Ibn Majah dan Sunan Ibn Majah, kitab Mendirikan Solat dan Sunat-sunatnya

Soalan Lazim Berkaitan Solat Sunat Aidil Fitri

Berikut saya senaraikan persoalan-persoalan yang sering timbul berkaitan dengan Solat Sunat Hari Raya.

Bolehkah Solat Sunat Hari Raya Dilakukan Secara Bersendirian?

Dibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri. Dan tidak perlu berkhutbah apabila solat seorang diri mengikut pandangan yang sahih. (Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi 2/70)

Apakah Waktu Solat Sunat Hari Raya?

Solat ini boleh dikerjakan apabila bermula di antara terbit matahari sehingga masuk waktu solat Zuhur. Afdhal dilakukan setelah terbit matahari.

Dalam konteks negara kita, Solat Sunat Raya Idul Fitri biasa dilakukan pada jam 8.00 waktu Semenanjung Malaysia. (Waktu Sabah & Sarawak lebih awal)
 
Sunat mengakhirkan solat Hari Raya ketika matahari naik setinggi tombak (lebih kurang 16 minit atau 17 minit selepas waktu syuruq).

Bilakah Masa Mula Dan Berakhir Takbir Hari Raya

Dianjurkan untuk bertakbir setelah terbenam matahari pada Hari Raya di rumah, masjid dan pasar dengan suara nyaring.
 
Menurut pendapat yang azhar, takbir ini berterusan dikumandangkan sehingga imam mengucapkan takbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya
(Minhaj ath-Thalibin)

Apakah Hukum Solat Sunat Hari Raya?

Hukum melaksanakannya adalah sunat mu’akkad (sangat dituntut) mengikut jumhur ulama’. Mengikut sebahagian yang lain, fardhu kifayah.

Apakah Tempat Yang Dibolehkan Melakukan Solat Sunat Hari Raya?

Solat sunat Hari Raya hukumnya sunat mu’akkad. Ia boleh ditunaikan di padang, masjid atau surau atau di mana-mana tempat yang suci. Walau bagaimanapun, mendirikannya di masjid adalah lebih utama kerana kemuliaannya.

Hukum Perempuan Solat Hari Raya

Dalam mazhab Syafi’i, boleh bahkan sunat untuk perempuan yang tua dan tidak menarik perhatian untuk solat Hari Raya dengan syarat mendapat izin daripada wali atau suaminya, tidak menggunakan wangi-wangian dan tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian.

Bagaimana Jika Lupa Atau Tidak Cukup Takbir Dalam Solat Hari Raya?

Jika lupa bertakbir 5 kali pada rakaat kedua dalam solat Hari Raya, maka solat tidak batal kerana bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua dalam solat Hari Raya hukumnya sunat Haiah sahaja.
 
Walau bagaimanapun, makruh meninggalkannya dengan sengaja. (Hasyiah at Tahrir, Asy-Syarqawi, 1/283)

Adakah Disunatkan Makan Sebelum Solat Hari Raya Idul Fitri?

Para ulama’ mengatakan disunatkan makan kurma. Jika tidak ada, maka digantikan dengan makanan manis.
 
Apabila sebelum keluar rumah tidak sempat untuk berbuka terlebih dahulu maka disunatkan untuk melakukannya ketika dalam perjalanan atau setelah sampai di tempat solat jika memungkinkan.
 
Makruh hukumnya meninggalkan sunat ini. (Rujukan Al-Umm)

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Imam Lupa Takbir 7 Kali?

Imam yang lupa membaca takbir 7 kali pada rakaat pertama solat sunat Hari Raya dan baru teringat ketika membaca suran Al-Fatihah — hendaklah meneruskan membaca surah Al-Fatihah, tidak perlu patah balik bertakbir lagi kerana takbir itu hanya sunat Hai’ah.
 
Makmum pula hendaklah meneruskan solat bersama imam walaupun takbir imam dan takbir makmum kurang. (Hasyiah l’anah ath-Thalibin)

Bolehkah Baca Khutbah Terlebih Dahulu Sebelum Solat?

Tidak sah jika khutbah dahulu, kemudian barulah Solat Sunat Hari Raya.

Hukumnya haram jika ada unsur kesengajaan kerana mengerjakan ibadah yang rosak (fasidah).

Marilah Berhari Raya Seperti Orang Beriman

Pada pagi hari raya, orang yang beriman akan mandi dan memakai pakaian yang serba baharu atau yang bersih dan indah.

Mereka akan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat  handai dan saudara sesama Islam.

Mereka akan mengucapkan Salam Aidilfitri sambil berbalas-balas senyuman, ucapan tahniah dan sama-sama menyatakan rasa syukur kepada Allah atas petunjuk dan hidayah-Nya sehingga mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Semoga panduan ini membantu anda!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

148 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azri
Azri
9 bulan yang lalu

Maaf saya bertanya.. Tiada sujud antara dua sujud ke untuk solat sunat aidilfitri dan aidiladha? berdasarkan gambaran tiada.. ingin belajar.

mira
mira
11 bulan yang lalu

Alhamdulilah banyak benda belajar dari sini dan memudahkan saya faham terima kasih

alifmimyanun
alifmimyanun
2 tahun yang lalu

istilah yang betul adalah ‘solat -hari- raya’, bukan solat raya.
raya bermaksud besar, maka apabila diletak perkataan ‘raya’ di belakang ‘solat’, menjadilah ia ‘solat besar’.
maka apa dia yang namanya solat besar ini?

apabila kita mahu memberikan maklumat, adalah penting bahasa yang kita guna itu tidak mendatangkan keliru, kerana dari keliru datanglah fitnah dan celaru.

seperti yang Allah persoalkan kepada kita di dalam surah al-Rahman;
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
bahasa, kita mendustakan bahasa.
kita terbiasa membuat yang salah, hingga kita tidak mahu berubah.

hamba keliru..
hamba keliru..
2 tahun yang lalu

assalamualaikum, ustaz..
sy ada kemusykilan, benarkah..

  1. semua solat sunat tidak perlu baca doa iftitah..melainkan hanya d baca ketika solat fardhu.

mohon pencerahan, ustaz..terima kasih..

Mysyara
Mysyara
2 tahun yang lalu

Bolehkah kita bertakbir Aidilfitri selama 3hari?

SHAWLA
SHAWLA
2 tahun yang lalu

Terima Kasih admin… Sye baru sngt nk belajar semula dngn Agama kite… Alhamdulillah mmg sngt membantu… Terima Kasih bnyak…

Wan Muhammad Adnin Naim
Wan Muhammad Adnin Naim
2 tahun yang lalu

Sangat berguna dan membuatkan saya lebih faham. Terima kasih.

Ainul
Ainul
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum..Boleh tak solat sunat hari raya ni tanpa takbir?Sebab saya tak berapa hafal takbir dan takut salah..

ibnu riyadth
ibnu riyadth
2 tahun yang lalu

assalammualaikum w.b.t,
sy ada soalan mengenai solat sunat aidilfitri,
1. pada rakaat ke-2, perlu niat yg sama
macam rakaat per-1 ke..??,
2. pada rakaat ke-2 juga,perlu ke saya
baca doa iftittah..??,
mohon pencerahan..,

anonymous
anonymous
Reply to  ibnu riyadth
2 tahun yang lalu
  1. niat hanyalah pada permulaan rakkat pertama, sebelum memulakan solat. permulaan rakaat kedua hanya bertakbir, setelah bangkit dari sujud
  2. tidak perlu baca doa iftitah, selepas 5 kali takbir, terus baca al-fatihah

harap membantu. selamat hari raya. doakan sahabat kita di gaza. assalamualaikum

Arnez Hamidi
Arnez Hamidi
Reply to  ibnu riyadth
2 tahun yang lalu
  1. Tak perlu
  2. Tak perlu
Sahril
Sahril
Reply to  ibnu riyadth
2 tahun yang lalu

Doa Iftitah Hanya Perlu Dilafazkan Selepas Takbiratul Ihram Di Rakaat Pertama