Doa Semasa Ditimpa Musibah (Istirja’)

doa semasa ditimpa musibah

Bagaimanakah doa semasa ditimpa musibah dan perkara buruk?

Berikut doa yang boleh diucapkan semasa ditimpa musibah atau ketika terdengar perkara buruk:

doa ditimpa musibah

Inna Lillahi Wa Inna iLaiHi RaaJi’Uun

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

Doa ini berasal dari Surah Al Baqarah ayat 156. Lihat hukum mengucapkan istirja’ di sini

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Nabi ﷺ mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila tali sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa di atas.

Orang-orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka. Mereka tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah 4 sekali-kali tidak menzalimi mereka atas perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 Surah al-Baqarah)

Khasiat Dan Cara Beramal

Doa di atas disebut ketika:

  • Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan.
  • Ditimpa musibah sama ada besar ataupun kecil.
  • Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments