AYAT KURSI Rumi (Transliterasi, Audio, Maksud & Kelebihannya)

ayatul kursi

Mencari maklumat tentang Ayat Kursi?

Panduan ini mengandungi informasi lengkap berkaitan dengan Ayat kursi dari segi bacaan, makna dan kelebihannya.

Apa yang menarik:

Audio bacaan ayat kursi juga disertakan bagi memudahkan anda.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari kita mulakan..

Isi Kandungan

Apakah Maksud Ayat Kursi?

Ayatul Kursi (آية الكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.

Ayat ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT.

Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’

Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Ayat kursi biasanya dibacakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah sebagai pelindung diri dari anasir jahat.

Bacaan Ayat Kursi

Di bawah ini adalah ayat kursi yang disertakan dengan audio (sila tekan play).

Ia juga dipermudahkan dengan transliterasi ejaan rumi.

ayat kursi

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Maksud Ayat Kursi

Maksud terjemahan ayat kursi adalah seperti berikut:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Fadhilat Atau Kelebihan Ayatul Kursi

ibu segala doa

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Siapa yang mengamalkan ayat kursi, Rasulullah menjanjikan Syurga kepadanya.

YouTube video

Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:

  1. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
  2. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
  3. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  4. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  5. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  6. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  8. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  9. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  10. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
  12. Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

Penutup

Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya.

Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

32 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
suzaliya Aliya
suzaliya Aliya
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz…
Boleh tolong terangkan maksud ayat yg sy dah buat dalam (?) di bawah ini, sy tak berapa faham..harap dapat membantu…terima kasih 🙂

1 – “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” – (melainkan mati??)

2 – “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali) – (hitungan kata-katanya??)

3 – Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf) – (hitungan hurufnya??)

4 – membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) – (sebanyak anggota sujud??)

suzaliya Aliya
suzaliya Aliya
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah…Jazakallah Khairan Ustaz 🙂
Mula2 malu jgk tapi sebab saya nak tahu dan nak belajar saya tanya jgk..ilmu yg bermanfaat
saya belajar Solat Terawih mula2 dr blog Aku Islam dan seterusnya diikuti Solat Taubat dan diikuti yg lain..semua saya dah baca dan ilmunya sangat2 bermanfaat..sangat2 membantu saya..lama dah saya ikut blog Aku Islam 👍🏿👍🏿👍🏿🙂🙂

Zamani Bin Zakaria
Zamani Bin Zakaria
1 tahun yang lalu

Terima Kasih atas perkongsian…Semoga allah membalas kebaikan atas ilmu yg sangat bermaafaat bagi semua hamba2nya.

Puterialishaa
Puterialishaa
1 tahun yang lalu

Allahhuakbar , terimakasih atas ilmu ❤️ Semoga Allah memberkati❤️

Panggilsayadin
Panggilsayadin
1 tahun yang lalu

Wow, baik hafal doa ni, sebab nabi muhammad kate “dia akan menjanji syurga kepadanya”

Maryam
Maryam
2 tahun yang lalu

Saya suka

yayaT
yayaT
3 tahun yang lalu

Papa lala

ryan
ryan
3 tahun yang lalu

ustaz camana nak hafal cepat……………

Syahril
Syahril
3 tahun yang lalu

As salam ustaz..
Sy Amalkan bacaan ayat kursi sebanyak 7 kali(sambil anggota 7 sujud)selepas solat dan berdoa.. boleh ke ustaz?
mohon pencerahan dari ustaz.

Terima kasih

Farisa
Farisa
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum…terima kasih

Mohd Shariff Bin Md Noor
Mohd Shariff Bin Md Noor
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,
mohon beri penjelasan berkenaan dengan bacaan ayatul kursi yang betul dengan cara bacaan 9 wakaf.

cara pertama:-
5 Ya’lamu ma baina aidihim
6 wa ma khalfahum,
atau
8 wa la ya’uduhu hifdzhuhuma
9 Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

harap ustaz dapat beri penjelasan

terima kasih

ass

Zainol
Zainol
Reply to  Mohd Shariff Bin Md Noor
3 bulan yang lalu

Pernah dengar dalam majlis ilmu di masjid, 8 & 9 yg betul. Tapi mohon perbetulkan kalau saya silap.