Assalamualaikum,
Blog akuislam.com mula diasaskan pada bulan september 2010 oleh seorang guru pelatih yang bernama Muhamad Naim yang sedang belajar di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, dengan bantuan seorang sahabat iaitu Tengku Faris Tengku Khalid.
Sebenarnya saya sudah lama merasakan ingin mempunyai sebuah blog setelah terbaca artikel yang ditulis oleh pendakwah kesukaan saya, iaitu Saudara Hilal Asyraf, mengenai dakwah.
Antara petikan dalam artikel beliau mengenai dakwah ialah:
Dakwah. Satu perkataan popular yang asalnya dari perkataan da’a di dalam bahasa arab. Da’a bermaksud seru manakala dakwah adalah seruan. Biasanya, apabila disebut dakwah, kita akan mengaitkannya dengan seruan kepada Islam.
Kalau ditanyakan kepada saya, adakah saya layak untuk berdakwah?
Ok. Stop.
Saya rasa kita kena ubah sesuatu di dalam diri kita.
Kita kena faham bahawa, kita semua boleh berdakwah
Apakah hanya untuk orang berilmu sahaja? Tidak. Saya akan katakan kepada semua. Hakikat dakwah adalah wajib sebenarnya. Paling kurang dengan akhlak yang baik.
Sesiapa yang menyatakan tugasan dakwah telah terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat maka itu adalah kesilapan. Hal ini kerana, di dalam Al-Quran jelas telah menyatakan bahawa dakwah merupakan wajib kepada semua.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah ayat 140.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” Hadith riwayat Bukhari
Di sini kita dapat melihat betapa Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi juga kepada ummat Islam yang beriman lainnya.
Jadi, macam mana saya hendak berdakwah?
Satu perkara yang perlu disedari adalah, dakwah ini luas medannya. Menurut buku Usul Dakwah karangan Dr Abdul Karim Zaidan, ternyata jalan-jalan untuk melaksanakan dakwah itu melebihi puluhan.
Maka soalan pertama yang perlu ditanya, apakah yang saya ada?
Saya rasa mempunyai masa untuk membuat blog ( walaupun tak pandai menulis sangat, hanya sekadar berkongsi artikel ), maka gunakan jalan ini untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebenarnya , apa sahaja abiliti, kelebihan, yang kita punyai, kita boleh gunakannya sebagai peluang untuk menyebarkan agama Allah dengan lebih luas lagi. Cara saya, saya pilih cara berblog.
Di sinilah kecantikan Islam. Mudah. Semua orang boleh buat. Semua orang boleh aplikasi. – Hilal Asyraf
Akuislam.com juga mempunyai facebook page akuislam.com yang boleh dikatakan sangat aktif dalam mengadakan perkongian ilmu. Sememangnya kami juga masih dalam proses belajar memperbaiki diri, dan kami turut menyebarkan apa yang kami pelajari itu agar orang lain juga mendapat manfaat. Apa yang kami harapkan adalah mesej yang kami sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dalam mengenali keindahan Islam!
Disebalik AkuIslam.com
Alhamdulillah, AkuIslam.com telah berkembang setapak lagi dengan pertambahan penulis di blog ini. Ditambah pula dengan pemilik DiriKuDrCinta.Blogspot, Tg Farra Waheeda yang sudi menjadi penulis diblog ini, kami merasakan sangat bangga dapat berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.
Antara penulis yang berkarya di blog ini adalah:
1. Tengku Faris B. Tengku Khalid
2. Ahmad Nor Muhaimi B. Norley
3. Iffa Izzati Bte Hamid
4. Ustaz Razif
5. Muhamad Naim B. Abd Manaf
6. Tg Farra Waheeda ( Dr.Cinta Blogspot )
Saya petik lagi antara kata-kata Hilal Asyraf,
Yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing-masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam. Yang penting jalan kita untuk berdakwah itu.
Jika saya ada tersilap salah sepanjang proses ini, diharapkan dapat memberikan teguran kepada saya, insyaallah saya akan menerimanya dengan hati terbuka..
Semoga Allah redha.
* Jika ada apa – apa sahaja yang berkaitan dengan blog ini dari segi artikel ataupun foto yang digunakan, anda boleh email saya melalui emel akuislam.com@gmail.com atau contact form dibawah



