Tempat Ziarah & Lawatan Di Sekitar Mekah

ziarah mekah

Apakah tempat ziarah yang harus dilawati di sekitar Kota Mekah semasa mengerjakan umrah?

Dalam tulisan ini, saya akan menyatakan setiap lokasi penting di Makkah, mulai dari Bukit Thur, tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar, hingga ke Padang Arafah, tempat dimana jemaah haji bergumpul.

Lokasi-lokasi ini bukan hanya tempat bersejarah, malah ia juga sarat dengan pelajaran dan makna kepada hati kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ

Pengenalan

Majoriti orang Islam akan pergi ke Mekah dengan tujuan ibadah umrah atau haji. Namun, kebanyakan dari kita belum cukup memahami kepentingan sejarah di sebalik tanah suci ini.

Cuba bayangkan, anda berada di tanah suci Mekah dimana berlangsungnya banyak peristiwa besar dalam Islam. Namun, tanpa mengerti sejarahnya, kunjungan ke sana mungkin tidak memberikan makna yang sebenar.

Oleh itu saya akan menerangkan serba sedikit lokasi bersejarah yang harus anda ziarahi ini.

Panduan ibadah & ziarah di Madinah

Panduan Ibadah & Ziarah Madinah

Lihat juga panduan lengkap mengenai ibadah dan ziarah Madinah pada pautan ini

Bukit Thur

la adalah satu bukit yang terletak 27 km dari Masjidil Haram.

Di puncak bukit tersebut anda akan melihat satu gua. Sekiranya berpeluang, dakilah bukit tersebut sehingga anda boleh menyaksikan gua di atas.

Di situlah tempat persembunyian Baginda Rasulullah SAW bersama sahabanya tercinta Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika dikejar oleh kaum Kafir Quraisy dalam perjalanan Hijrah dari Makkah ke Madinah. Alangkah peritnya perjuangan Rasulullah SAW bersama para sahabatnya.

Di gua ini Rasulullah SAW bersama Abu Bakar r.a bersembunyi untuk beberapa hari. Pada masa yang sama Abu Bakar memerintahkan kepada anaknya yang bernama Abdullah agar menyelidik serta mencari sebarang berita yang ada di Makkah.

Asma’ Binti Abu Bakar pula diberikan tugas untuk menghantar makanan sepanjang dua insan mulia bersembunyi di dalamnya. Anda boleh membayangkan betapa jauh dan tingginya gua tersebut?

Tentunya Asma’ sebagai seorang perempuan sangat susah untuk mendaki dan menyusuri jalan tersebut. Inilah erti sebuah perjuangan.

Memandangkan begitu penting dan sangat agungnya peristiwa persembunyian dua orang tersebut, Allah SWT merakamkannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Jika kamu tiada mahu menolong Nabi SAW sesungguhnya Allah telah pun menolongnya ketika orang-orang Kafir mengusirnya (menghalaunya, sebagai kedua dari dua orang tersebut (yang seorang lagi adalah Abu Bakar) ketika kedua-duanya di dalam gua (bukit Thur), ketika dia berkata kepada sahabatnya, “Janganlah engkau berduka cita (takut) sesungguhnya Allah SWT bersama kita. Lalu Allah menurunkan ketenangan di atas dirinya dan menguatkan-nya dengan bala tentera yang tidak kamu dapat melihatnya (malaikat), dan Allah menjadikan perkataan orang-orang Kafir suatu yang terhina dan perkataan Allah adalah tertinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

— Surah At-Taubah: 40

Padang Arafah

Padang Arafah ini asanya adalah sangat tandus dan sebuah gurun yang dipenuhi oleh pasir yang luas.

Di sinilah para jemaah haji berwukuf pada 9hb Zulhijjah pada musim haji. Sekarang padang ini telah menjadi hijau dengan pokok-pokok yang ditanam oleh pihak kerajaan Arab Saudi.

Anda tidak dibenarkan memetik bunganya yang wangi itu kerana ianya salah di sisi undang-undang kerajaan Arab Saudi.

Jabal Rahmah

Dari padang Arafah ini anda boleh terus pergi dan mendaki ke Jabal Rahmah dengan jarak yang tidak begitu jauh.

Jabal Rahmah adalah sebuah bukit di mana telah berlaku pertemuan antara Nabi Allah Adam dan Hawa setelah sekian lama berpisah sebaik sahaja diturunkan oleh Allah ke permukaan bumi ini dari syurga. Dikisahkan Nabi Adam AS diturunkan di India dan Hawa pula di Jeddah.

Sekiranya ada peluang dan keadaan memungkinkan dakilah bukit tersebut, namun di sana tiada apa-apa yang istimewa melainkan hanya batu penanda sebagai memorial belaka.

Anda juga tidak digalakkan melakukan sebarang perkara karut-marut dan khurafat sebagaimana banyak berlaku ke atas orang-orang jahil.

Jabal Nur

Adalah sebuah bukit yang terletak kira-kira 3km dari Masjidil Haram terletaknya di sebelah kiri jalan ke Arafah. Di atas bukit ini terletak gua yang bernama Hira.

Di sinilah pada permulaan tahun Kenabian Baginda Rasulullah SAW sentiasa beribadat dan bertafakur di sini, sehinggalah Allah SWT menurunkan wahyu yang pertama ke atas Baginda SAW menerusi Malaikat Jibril.

Untuk mendaki sehingga ke puncak memakan masa kurang lebih satu jam dengan jalan yang agak susah.

Kemaskini: Kerajaan Saudi telah membina laluan baru yang lebih mudah buat pengunjung yang ingin menaiki Jabal Nur

Hudaibiyah

Hudaibiyah adalah sebuah tempat di mana di sinilah berlaku suatu perjanjian gencatan senjata antara pihak Rasulullah SAW bersama kaum Muslimin di Madinah dengan orang-orang Kafir Quraisy di Mekah.

Di dalam Sirah Nabi, perjanjian tersebut dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyah.

Anda juga boleh berniat umrah di sini dan bermiqat dari sini. Namun jarang orang yang melakukannya memandangkan tempatnya yang lebih jauh berbanding Tan’im dan Ja’ ranah.

Tempat Melontar Jamrah

Anda juga boleh pergi ke Mina untuk melihat dari dekat terhadap ketiga-tiga jamrah.

Pada musim haji, tepatnya 10-13hb Zulhijjah jemaah haji akan melontar jamrah-jamrah ini sebagai simbolik kebencian terhadap syaitan.

Ketiga-tiga jamrah tersebut dikenali sebagai Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratul Ula.

Muzdalifah

Muzdalifah adalah suatu tempat yang terletak antara Arafah dan Mina.

Di sinilah tempat para jemaah haji memungut batu-batu kerikil untuk dibawa ke Mina bagi melontar jamrah.

Walaupun suasananya tidak ubah seperti tempat-tempat lain di bumi Arab yang dipenuhi batuan, namun sekurang-kurangnya anda boleh mendapat gambaran bagaimana para jemaah haji melaksakan ibadah di situ.

Maulid An-Nabawi

Adalah bekas tapak rumah di mana Rasulullah SAW dilahirkan.

Bagaimanapun tempat ini telah dibangunkan satu maktabah atau perpustakaan awam oleh kerajaan Arab Saudi di bawah Kementerian Haji dan Wakaf.

la terletak di Syuaib Ali di kawasan perkampungan Suqullail di jalan Al-Malik.

Maulid Fatimah

Adalah sebuah bangunan di atas bekas tapak rumah Saidatina Khadijah r.a. (isteri Rasulullah) di mana Fatimah Az-Zahra’ dilahirkan.

Di sini jugalah Rasulullah SAW dan Khadijah tinggal. Bangunan ini pernah dijadikan Madrasah Tahfiz Al-Quran. la terletak di lorong Ziqaqul Saghah.

Maulid Saidina Ali Bin Abi Talib

lalah bangunan di atas tapak bekas rumah di mana Imam Ali r.a. dilahirkan.

Tempat ini kini dikenali dengan nama Syuaib Ali di kawasan perkampungan Suquilail. Bangunan ini pernah dijadikan sekolah.

Jabal Abi Qubais

laitu bukit yang terletak di sebelah Safa. Di atas bukit ini dahulu terletak Masjid Bilal dan Masjid Insyiga-qul Qamar. Bukit ini kini sedang dirobohkan untuk perluasan Masjidil Haram.

Darul Arqam Bin Abi Al-Arqam

lalah bekas tapak rumah Al-Arqam bin Al-Arqam bin Abdi Manaf Al-Makhzumi.

Beliau adalah salah seorang yang mula-mula memeluk agama Islam pada zaman Rasulullah SAW.

Di rumah inilah baginda SAW mulai berdakwah secara sulit dan mash tersembunyi serta mendirikan solat bersama-sama sahabat-sahabat yang telah beriman.

Selepas Umar bin Al-Khattab masuk Islam barulah umat Islam berani keluar beramai-ramai ke Masjidil Haram untuk mendirikan solat dan Rasulullah SAW mulai berdakwah secara terang-terangan di tempat awam.

Jabal Thubair Di Mina

la terletak di sebelah kiri jalan ke Arafah.

Menurut sebahagian riwayat, di atas bukit inilah Nabi Allah Ibrahim AS menunaikan perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang dicintainya iaitu Ismail AS.

Disebabkan kepatuhan dan ketaatan baginda AS terhadap perintah Tuhannya, maka Allah SWT telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing kibas.

Tanah Perkuburan Ma’dia

Adalah sebuah tanah perkuburan awam semenjak zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.

Di tanah perkuburan ini ramai para sahabat dan juga keluarga Baginda Nabi SAW dikebumikan termasuklah isteri baginda SAW Khadijah binti Khuwailid dan lain-lain.

Masjid Al-Jin

la terletak tidak jauh dari perkuburan Mala. Di masjid inilah Rasulullah SAW menerima wahyu iaitu ayat-ayat di dalam Surah Al-Jin.

Masjid Ar-Rayah

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kucing.

Masjid ini terletak bertentangan dengan bangunan Ali Al-Jafali di kawasan Al-Judairah, kira-kira satu kilometer dari Masjidil Haram. Namun, kini telah dirobohkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram.

Membeli Belah Di Mekah

Sebahagian besar peniaga di Makkah memahami Bahasa Melayu walaupun kadangkala mereka kurang fasih atau bahkan tidak boleh melafazkannya, khususnya bahasa yang berkaitan dengan jual-beli.

Dengan demikian anda tidak akan menghadapi sebarang masalah sekiranya ingin membeli belah.

Bagaimanapun sebaiknya anda berhati-hati kerana tidak semua peniaga di tanah suci ini mempunyai sifat jujur di dalam berniaga. Bahkan sesetengahnya ada yang mengambil kesempatan daripada sebahagian pembeli yang jahil atau lalai.

Jika anda hendak membeli kurma terutama kurma nabawi (Ajwa) untuk dibawa ke tanah air, bolehlah membelinya di Madinah. Kerana di sana lebih murah dan kualitinya lebih baik.

Tawaf Wada’ Dan Meninggalkan Мekah

Setelah anda puas hati melakukan ibadah dan juga berziarah di Makkah, anda boleh melakukan Tawaf Wada yang cara-caranya boleh dirujuk pada panduan ini: PANDUAN LENGKAP TAWAF WADA

Penutup

Sebagai penutup, lawatan ke tempat-tempat ziarah di Mekah bukan hanya sekadar memberi pengalaman peribadi, tetapi juga membuka peluang untuk memperkukuhkan iman dan memperluas pemahaman kita tentang sejarah Islam.

Setiap lokasi yang disebutkan dalam artikel ini membawa erti dan pengajaran yang berbeza, memungkinkan kita untuk merenung dan menghayati perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.

Semoga dengan ziarah ini, kita mendapat keberkatan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang keagungan Islam, dan dapat membawa pulang kenangan serta pelajaran berharga yang akan terus hidup dalam ingatan kita.

Wallahu a’lam

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments