Hadis Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu — Adakah Sahih?

syurga bawah kaki ibu

Adakah sahih hadis syurga di bawah tapak kaki ibu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada satu benda hendak bertanya berkenaan hadis syurga dibawah tapak kaki ibu itu adakah sahih hadis itu?

Terima kasih ustaz.


JAWAPAN

Hadis yang menyebut bahawa syurga di bawah kaki ibu itu adalah hadis yang sahih.

Telah meriwayatkan oleh Muawiyah bin Jahimah As-Sulami r.a. sungguhnya dia telah datang kepada Nabi saw dan berkata :

Wahai Rasulullah! Aku berkehendak pergi ke medan perang dan sungguhnya datang aku untuk mendapatkan pandangan tuan.

Maka bersabda Rasulullah : Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jawabnya : Ya.

Rasulullah bersabda: Maka kamu berkhidmatlah untuknya dan berbuat baik kepadanya maka sungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”

Hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasaaie di dalam Sunannya dan Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan Ibnu Majah di dalam Sunannya dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir.

Maksud syurga di bawah tapak kaki ibu itu sebagaimana berkata oleh Imam Munawi :

Bermula segala ibu itu dituntut akan redhanya yang menyampaikan kepada syurga ialah dengan merendah diri bagi mereka dan mencampakkan diri di bawah kemulian mereka dan tidak sombong terhadap mereka.”

(Kitab Faidul Qadir)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments