Penyakit Susah Hati Dengan Kesenangan Orang Lain

susah hati
Susah Hati | ketchup by ~mervan

Apakah saudara dan rakan-rakan kita  terselamat daripada prasangka, perkataan dan perbuatan kita?

Dalam kitab Risalah al-Qusyairiah diceritakan bahawa Sufyan bin al-Husayn pernah suatu ketika duduk bersama Iyas bin Muawiyyah. Pada suatu ketika, Sufyan menyebut keburukan seseorang yang tidak ada di situ bersama mereka.

Maka Iyas bertanya kepadanya, “Apakah kamu mengambil bahagian dalam jihad melawan orang Turki ( yang ketika itu belum memeluk Islam dan memerangi kaum Muslimin) dan orang-orang Bizantin pada tahun ini?”

“Tidak, saya tidak melakukannya,” jawabnya

“Kalau begitu, orang Turki dan Bizantin (musuhmu) aman daripada mu, manakala saudaramu yang muslim ini tidak,”

Kita sering membicarakan keburukan orang lain atau mencampuri urusan mereka. Walhal ia hanya akan menyusahkan diri kita sendiri. Kita sebenarnya tidak mempunyai alasan untuk mencampuri urusan orang lain, yang langsung tiada kait-mengait dengan kita.

Bukankah urusan kita sendiri pun sudah begitu banyak? Mengapa mesti ditambah lagi dengan perkara-perkara yang tidak perlu, apatah lagi jika ia mengandungi dosa?

Seseorang yang ingin mengambil tahu urusan orang lain biasanya akan melalui jalan yang buruk seperti bersangka buruk, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang.

Kadang-kadang ia membawa rasa iri hati terhadap saudara muslim kita tanpa alasan.

Contohnya, kita mendapat maklumat tentang sesuatu peluang baik dan kita sendiri tidak boleh mengambilnya, maka kita juga menyampaikan kapada saudara atau rakan kita yang lain.

Hakikatnya, dalam diam, kita bimbang andainya saudara atau rakan kita itu mendapat keuntungannya dan kita tidak boleh menerima hal sebegitu berlaku.

Inilah sikap iri hati namanya.

Mengapa harus jadi susah hati begini?

Apa yang mesti ditakutkan?

Sikap dengki dan iri hati itu memang menyusahkan.

Jika saudara kita mendapat peluang dan kelebihan atas sesuatu, maka perkara ni tidak akan sesekali menyebabkan rezeki kita berkurang. Jika pun kita menahan peluang itu daripada orang lain, ia juga tidak akan menjadikan kita lebih kaya.

Mengapa harus susah hati kerananya?

Kita mungkin sudah berjaya menyembunyikan suatu peluang daripada seseorang. Tetapi sekiranya orang itu sudah ditakdirkan mendapatnya, maka dia akan mendapatnya juga, sama ada kita menyukainya atau tidak.

Jadi, mengapa mesti bersusah payah dengan urusan orang lain.

Sampaikanlah apa-apa yang baik kepada saudara kita yang lain.Setelah itu sibukkanlah diri kita dengan urusan kita sendiri.

Dan jika saudara kita itu berjaya, maka belajarlah untuk turut tersenyum dan sama-sama merasai kegembiraannya. Dengan begitu, hati kita akan jauh lebih bahagia dan terhindar perasaan susah hati

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Akuro San
Akuro San
10 tahun yang lalu

bahaya sifat hasad dengki nih… boleh merosakkan diri dan org lain.

Lenggang Kangkung
Lenggang Kangkung
10 tahun yang lalu

hasad – perasaan benci, ghibtah berasa suka