Perasaan Ragu Hendak Batalkan Solat

Ragu Hendak Batalkan Solat

Bagaimana jika ragu hendak batalkan solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika sedang solat apakah hukumnya jika seorang itu berniat kalau kawannya sampai ke rumah dia hendak batalkan solat itu.

Apakah boleh niat seperti itu?


JAWAPAN

Niat adalah rukun solat yang wajib dikekalkannya sehingga selesai solat yakni tidak boleh selepas berniat di dalam takbir berniat pula untuk memutuskannya.

Oleh kerana itu siapa yang berniat hendak memutuskan solat atau ragu samada hendak memutuskan solat atau tidak nescaya solatnya batal pada ketika itu.

1. Berkata Imam Ibnu Quddamah:

وإذا دخل في الصلاة بنية مترددة بين إتمامها وقطعها، لم تصحَّ؛ لأن النية عزم جازم، ومع التردد لا يحصل الجزم، وإن تلبَّس بها بنية صحيحة، ثم نوى قطعها، والخروج منها، بطَلت، وبهذا قال الشافعي.

Apabila seorang masuk ke dalam solat dengan niat yang keraguan samada menyempurnakan solat atau memutuskannya nescaya tidak sah dari kerana sungguhnya niat itu azam dari seorang yang jika berserta dengan ragu tidak berhasil azam.

Dan jika bersepakai solat dengan niat yang sahih kemudian berniat memutuskannya dan keluar darinya nescaya batal solat.

Dengan inilah berkata Imam Syafie.”

(Kitab Al-Mughni)
2. Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

لو نوى الخروج من الصلاة أو تردَّد في أن يخرج أو يستمر، بطَلت

Kalau seorang itu berniat keluar dari solat atau ragu ia samada mahu keluar atau kekal nescaya batal solat.”

(Kitab Mughni Al-Muhtaj)
3. Berkata Syeikh Nawawi Bantan:

نوى قطع الصلاة أثناءها بطلت بلا خلاف لأنها شبيهة بالإيمان

Berniat memutuskan solat dipertengahan solat membatalkan solat tanpa khilaf kerana sungguhnya solat itu seperti iman.”

(Kitab Nihayah Zain)
4. Berkata Imam Taqiyyudin Ad-Dimasyqi:

الثَّالِثَة إِذا عزم على قطعهَا مثل أَن جزم من الرَّكْعَة الأولى أَن يقطعهَا فِي الثَّانِيَة بطلت فِي الْحَال لقطعه مُوجب النِّيَّة وَهُوَ الِاسْتِمْرَار إِلَى الْفَرَاغالرَّابِعَة إِذا شكّ هَل يقطعهَا مثل أَن تردد فِي أَنه هَل يخرج مِنْهَا أَو يسْتَمر بطلت

Yang ketiga apabila seorang itu berazam atas memutuskan solat seperti bahawa berazam dia pada rakaat yang pertama hendak memutuskan solat pada rakaat yang kedua nescaya batal solatnya itu ketika itu jua kerana bagi memutuskannya itu mewajibkan niat yaitu mengekalinya sampai kepada selesai.

Yang keempat apabila syak seorang itu adakah hendak diputuskan solat misalnya ragu dia samada hendak keluar dari solat atau kekal dalam solat nescaya batal solatnya.”

(kitab Kifayatul Akhyar)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments