Tips Melawan Kesedihan Dan Kekecewaan Bila Ia Datang Menyapa

kesedihan dan kekecewaan
kesedihan dan kekecewaan | Broken heart by ~beetleman

Ramai yang menitiskan air mata di saat sedih, kecewa. Setiap manusia sudah diciptakan begitu. Inilah yang dinamakan fitrah.

Namun, kadang-kadang, kesedihan dan kekecewaan kita itu berpanjangan.

Ramai yang sedih kerana kehilangan sesuatu yang di sayangi, kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan pelbagai lagi.

Semua ini lah yang dinamakan mehnah dan juga tribulasi buat kita semua di dunia ini. Sukar dan perit untuk melalui semua ini.

Jadi di sini, ingin saya berkongsi sedikit bersama sahabat dan juga seluruh pembaca tentang bagaimana untuk kita mengurangkan rasa sedih dan kecewa itu.

Dengan harapan semua ini dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya.

Kadang-kadang hati kita terasa gelisah dengan apa yang membuatkan hati kita sedih dan kecewa. Ada sesetengah dari kita, bertindak di luar kewarasan akal.

Ada yang marah kepada insan lain yang mungkin menjadi penyebab kepada kesedihan kita itu, ada yang berfoya-foya dan membuang masa bersama rakan. Semua itu usaha mereka untuk hilangkan kekecewaan.

Tidak kurang juga mereka yang berkurung di dalam bilik, tidak makan, tidak bercakap dan sudah tidak seperti manusia lain. Pada peringkat awal kita mengalami kesedihan dan kekecewaan ini, mungkin murung itu perkara biasa.

Tetapi, wajarkah jika kemurungan itu berpanjangan? Apakah ianya member kesan yang baik untuk kita? Sama-sama kita renungkan seketika.

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita.

Kerana mehnah dan tribulasi yang kita hadapi itu datang dari Allah.

Kadang-kadang melalui ujian itu, DIA ingin mengingatkan sesuatu kepada kita. Itulah pentingnya untuk kita berfikir sejenak, renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan.

Ingat lah kembali apa tujuan kita hidup. Adakah ianya hanya untuk mendapatkan apa yang kita inginkan? Adakah kita yang menguasai dunia ini? Dan adakah tempat tinggal kita selamanya di dunia ini?

Kita hidup ini, bukan hanya untuk mendapatkan apa yang menyeronokkan hati kita.

Saya dan anda juga pernah melalui saat-saat kesakitan dan kesedihan dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kadang-kadang, saya sendiri rebah dan terasa sudah tidak terdaya lagi untuk bangun. Tetapi, bila difikirkan kembali, ‘apakah tujuan aku hidup?’.

Persoalan tu benar-benar menusuk ke jiwa.

Dan saat ini harus kita ingat, di dunia ini cuma persinggahan, tempat untuk kita mencari sedikit bekalan untuk dibawa kembali kepadaNYA nanti.

Seterusnya, sematlah di jiwa dan minda kita bahawa semua yang ada di dunia ini termasuklah tribulasi dan mehnah yang kita dapat itu adalah datang dari Allah.

Apa yang kita sayang itu juga datang dari Allah, kejayaan dan kegagalan itu juga datang dari Allah. Hatta, perasaan sayang, kecewa, sedih dan gembira itu juga datang dari Allah.

Kesedihan Dan Kekecewaan
Kesedihan Dan Kekecewaan

Semuanya datang dari Allah.

Jadi, usah lah kita bersedih berpanjangan, kerana Allah bersama kita dalam apa jua keadaan dan semua itu datang dari Allah

Dan pastinya perasaan sedih dan kecewa itu juga lama-kelamaan akan pergi.

Dekatkan lah diri pada Allah. InsyaAllah DIA akan membantu kita.

Seseorang yang berusaha menjadi hamba yang soleh dan solehah itu, pasti akan mengaturkan langkahnya di bumi ini dengan rapi dan kemas.

Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya Allah, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaan-Mu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.”

Memang kadang-kadang walau sejauh mana pun kita memujuk hati ini, terdetik juga kesedihan itu walau se saat. Kan?

Walaupun begitu, cubalah untuk terus mendidik hati kita untuk sentiasa bergerak hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Percayalah pada Allah. DIA menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita.

Apabila kita redha, DIA akan meredhai hidup kita. Dan di setiap kesedihan itu, pasti DIA telah mempersiapkan sesuatu yang membahagiakan kita.

Yang terakhir, banyakkanlah berzikir dan berdoa.

Semua ini terlalu mudah untuk kita lakukan kerana perlakuan ini tidak terhad. Di mana pun kita berada, kita boleh untuk berzikir dan berdoa.

Perkara ini cukup penting walaupun mudah. Kerana kedua-dua aspek inilah yang akan menghubungkan hati kita dengan Allah setiap masa.

Penutup:

Semua yang dinyatakan di atas ini hanyalah sedikit perkongsian buat sahabat. Mungkin ada tips-tips lainnya untuk mengurangkan kesedihan dan kekecewaan itu.

Tetapi inilah yang sentiasa saya praktikkan untuk diri ini.

Kadang-kadang air mata itu tetap mengalir di saat kesedihan dan kekecewaan. Tetapi dengan perkara di atas ini, serba sedikit saya mampu memujuk hati ini.

Jika terdapatnya pertambahan, boleh lah kita kongsi bersama. Semoga hidup kita sentiasa di berkati oleh NYA.

Teruskan berusaha menjadi manusia yang lebih baik walaupun dosa masa lampau kita itu mungkin terlalu besar dan memberi kesan mendalam pada hidup kita. Namun, percayalah pada Allah. Yakinlah pada DIA.

.

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox pages kami. Semoga artikel  yang beliau kongsikan memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Haziqah
Haziqah
2 tahun yang lalu

Aku suka seseorang dia tinggal berjauhan, aku baru berjumpa dia dialam maya dia tinggal berjauhan daripada aku.Aku cintakan dia tapi dia tak sedar kerana dia tidak mengenali ku aku dipukul oleh abangku yang sedang aku memirkinkan tentang cintaku pada orang yg aku cinta

Aku
Aku
3 tahun yang lalu

Aku bercinta kilat dgn ssorg yg sama² sdh berkeluarga, wlupun kami sama tempat kerja slama 5 tahun ttapi sejak mac 2020 ttiba kami jadi rapat dn saling luah perasaan..hubungan cinta kmi sempat 9 bulan.. Ttiba 2021 dia dpt pindah kerja di negeri lain..hati sy jd down, nangis, sedih..dia tlh bagi semangat, ada hikmah disebalik ni juga spaya kmi x terjerumus..sy hrp nasihat diatas dpt atasi perasaan down sy ni..

rina
rina
3 tahun yang lalu

sy telah berkenalan dgn dia dari zaman persekolahan (1995 – 1998). kami saling syg dan menyintai. lepas tamat persekolahan kami telah terpisah selama 20thn. sy x dapat kesan dia dan dia x dapat mengesan dimana sy berada. sy fikir dia dah lupakan sy. dah x cinta kpd sy. so, sy menyahut lamaran lelaki yg masuk meminang sy. dan sy pun berkahwin. pd september 2020 allah pertemukan kami kembali di facebook akan tetapi kami sama2 telah mempunyai rumahtangga masing2. Masalahnya sekarang sy masih tidak boleh melupakan dia. segala kenangan lama selalu bermain2 difikiran sy. setiap kali dia text sy, dia mesti ucapkan rasa rindu & syg kpd sy. sy x sanggup untuk memutuskan pertemuan buat kali kedua. sy nak hubungan sy dgn dia berkekalan walaupon hanya sebagai kawan biasa.

Yana
Yana
3 tahun yang lalu

Macam bf saya …. Penat sangat kadang rasanye .. beribu peluang dah kite beri .. tapi still Sama …haih kadang satu masa Tu dia bole kata dia memmg NK sakitkan hati saya “) Allah jer tahu sedih sebak Nye … Hmm .. baru saya tahu beribu peluang Yang saya bagi kat dia .. hnya la mainan ..ternyata peluang Tu … Tak pernh dihargai “)

N.D.sofia
N.D.sofia
3 tahun yang lalu

hmm..sakit hati,sedih,kecewa semua bercampur baur…kalau menangis belum tentu rasa sakit hati ni bole hilang…hidup aq xseindah yg aq harap kan..selalu dimarahi diherdik tanpa aq tahu ap salah aq…sekejup dye ok sekjup dye marah…aq betul2 tertekan…aq xnk jdi isteri derhaka..aq tak thu knp aq selalu di uji mcm ni…aq xthu sampai bile aq bole bersabar dengan sikap dye…aq betul2 xkuat nak hadapi semua ni????

Last edited 3 tahun yang lalu by N.D.sofia
faqihah
faqihah
Reply to  N.D.sofia
3 tahun yang lalu

setiap manusia kadang kadang ada pelbagai perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata.Setiap saat merasa kesedihan, sentiasa ingatkan diri sendiri “ada hikmah disetiap masalah”.”allah sayang ,kerana itulah diberikan ujian”.Memang sukar untuk menyenangkan hati tapi percaya la pada kekuatan hikmahnya.Nescaya,ada kemanisan.Kesedihan hanya difahami oleh diri sendiri.Kalau jatuh,hanya diri sendiri yang mampu bangkit.Semoga di dalam lindungi allah.

puteri balkis
puteri balkis
3 tahun yang lalu

terima kasihh atas nasihat ni kalo x saya akn lebih jdi murung

dellisha
dellisha
5 tahun yang lalu

macammana nak hilangkan stress dan sedih dengan keputusan spm yg tak seberapa membanggakan ibubapa

ibuhamil
ibuhamil
5 tahun yang lalu

saya sangat sedih, suami saya sering main game. saya sakit pinggang dan nak minta dia urutkan sebab saya sedang mengandung, tetibe dia marah saya. suami cakap saya sakit jiwa sebab selalu tak bagi dia main game. sedihnya allah saja yang tahu. sampai saya tidur dibawah dan suami tetap main game. kalaulah allah boleh terbalikkan kesakitan pinggang yang saya rasa kepada suami, baru die tahu macam mana. sedih sangat. dah lah kita mengandungkan anak dia menahan sakit semua seorang diri, dia boleh cakap kita ni sakit jiwa sebabkan game Mobile Legend!

Siti
Siti
Reply to  ibuhamil
5 tahun yang lalu

Ini kes sama mcm saya tunang saya terlalu suka main game smpai bnda kecil boleh bergduh besar now da retak bergaduh hanya kerana game Allahuakbar

Naquiah
Naquiah
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum
Terima kasih saya ucapkan diatas perkongsian tips yg menarik..
Tetapi inilah lumrah manusia yg xlari. Dari kesedihan… Saya berumur 28 tahun yg gagal. Dlm kehidupan.. Ditinggalkan suami.. Perkahwinan yg hnya mmpu bertahan 2 tahun 8 bulan.. Demi Allah saya cintakan suami saya.. Tetapi jodoh kami tidak pnjang… Saya tidak mampu memberi zuriat kepadanya.. Saya mngalamj keguguran sehinga tempoh 2 tahun Allah masih tidak memberi kami zuriat.. Sehingga ibu mertua ingin menjodohkan suami saya dgn wanita lain.. Apa yg mampu saya kata ialah.. Saya terima tapi saya xsgup bermadu.. Dan akhirnya kami berpisah.. Bercinta 8 tahun.. Kami bertunang dan Allah maha menguji kesetiaan cinta kami.. Dimana dia nak batalkan perkahwinan ini sebb dia ada insan lain.. Tapi oleh kern kehendak keluarga nya.. Demi maruah keluarga dia terpksa akur berkahwin tanpa rela.. Dan berpegang pada jnji… Dan akhirnya kami berkahwin.. Demi Allah saat itu saya merasakan bahagia tapi saya cinta nya pada sy adalah keterpaksaan ..bagaimana kami nak bahagia.. Sedgkan dia tidak bahagia wlpn sebesar zarah.. Ini la ungkapan nya.. Sedgkan ade masa tertentu dia melayan sy dengan baik.. Tapi syg ..benarlah.. Cri lah suami yg jaga hbgn nya dgn Allah.. Baru dia akan jga hbgn dgn pasangannya.. Saya sering kali teringt kisah hbgn kami zaman kami bercinta 8 tahun yg laku.. Bkn mudah untuk saya melupakan.. Saya sering mengalami kemurungan kesedihan smpai xmmpu nak bertahan dgn hidup.. Kadang saya marah dngan diri saya apa salah sya sehingga Allah menduga smpai mcm ni.. Xmmpu untuk saya gmbarkan keperihan melalui hidup tnpa kasih dan syg seorg suami.. Seorg lelaki yg pernah berkongsi hdup dgn dia.. Hanya tuhan yg tahu.. Saya akan terus mendekatkan diri DGN Allah andai itu cara nya.. Untuk merawat hati yg terluka.. Saya juga mohon doa dri sahabat.. Doakan sy kuat untuk meneruskan kehidupan.. Terimakasih..

rina
rina
Reply to  Naquiah
3 tahun yang lalu

semoga awk bertemu dgn pasangan yg lebih sempurna..aamiin

Hasmah
Hasmah
Reply to  Naquiah
2 tahun yang lalu

Janganputus asa. Anda orang yg tabah.
Senyumlah untuk diri sendiri. Allah sayang awak. Teruskan doa, bc Al-Quran. Insha-Allah anda akan kuat dan cuba lupakan kesedihan.

CkPuan AniSania
CkPuan AniSania
6 tahun yang lalu

x taw nk kata yg mcmnna…
Dia yg mulakn..bri harapan..k’diaman k’lengkapan d’sediakn..
Bila detik utk hidup b’sama..dia sepikn diri tanpa berita.. x taw nk jwp apa pd klurga..

Klu dah x suka..bg taw saja..
hati ni dah redha dlm paksa.

.kecewa sgt..murung…k’sendirian..mcm x boleh nk hadapi dunia lg…
????????????????