Rahsia Kebaikan Daging Kambing & Bagaimana Mendapatkan Servis Kambing Golek Selangor?

kambing golek selangor

Qadhi Iyadh berkata:

“Kegemaran Rasulullah SAW atas daging kambing bahagian lengan kerana aromanya yang khas, rasanya yang manis, dan jauh dari tempat bahaya.”

Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka.

Tahukah anda bahawa daging yang paling baik ialah daging kambing, terutama kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun?

Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing  menjadi makanan kegemaran Rasulullah S.A.W, dimana setiap makanan sunnah nabi pasti ada kelebihannya.

Ini dibuktikan pula dengan kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.

Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.

kambing golek selangor

Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Daging kambing adalah lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Maklumat lanjut mengenai kandungan daging kambing boleh dibaca disini dan sini mengenai perbandingan daging kambing dan daging haiwan lain.

 

Keistimewaan daging kambing.

Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan.

Antara keistimewaan daging kambing adalah:

  • Pengurai Kolestrol Tepu. kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
  • Pencegah Penyakit Darah Tinggi. Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
  • Mencantikkan Kulit.  Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

 

 Peroleh berkat dalam menghidangkan daging kambing golek kepada tetamu anda

Tidaklah Allah Ta’ala syariatkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Nescaya bahawa kambing disyariatkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya.

Kambing Golek Selangor
YB Mahdfuz Omar menggunakan khidmat kami dan menikmati keenakan daging kambing yang disediakan.

Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Kambing merupakan binatang yang penuh Baraqah  yang ditinggalkan orang soleh terdahulu”.

Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah, disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala (Insha Allah).

Apatah lagi jika kita mengadakan majlis dan menghidangkan daging kambing kepada para tetamu kita, InsyaaAllah pasti pahala yang diperoleh berkali ganda lagi.

Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.

 

Masalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan daging kambing.

Saya tahu bahawa sifat murni orang Malaysia terutama Melayu Islam yang suka mengadakan majlis kesyukuran dan pastinya ingin menyediakan juadah terbaik seperti daging kambing golek kepada tetamu yang datang.

Itu adalah satu sifat yang sangat terpuji dan digalakkan dalam Islam

Namun masalah utama yang dihadapi oleh kita semua pada masakini adalah kesukaran mendapat bekalan dan kesuntukan masa untuk membuat persiapan sesuatu majlis, terutama bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Islam itu agama yang mudah.

Memahami situasi dan masalah yang dihadapi ini, D’Expro Services (D’expert Kambing Golek BBQ – Kuala Lumpur/Selangor) menyediakan  perkhidmatan menyediakan daging kambing golek di majlis anda, dengan harga serendah RM520 sahaja untuk 25 orang tetamu.

– Sangat berpatutan bukan?

Malah menyenangkan kerja dan banyak menjimatkan masa kita agar boleh difokuskan kepada perkara lain yang lebih penting dalam sesuatu majlis.

Syarikat ini juga menyediakan kambing golek untuk majlis aqiqah, bermula dari proses memilih, menyembelih dan memproses daging tersebut sehinggalah selamat dijamu kepada tetamu.

Sungguh mudah dan menjimatkan dalam melaksanakan tuntutan agama.

kambing golek selangor
Perkhidmatan kambing golek selangor, D’expert BBQ menggunakan arang sebagai bahan bakar.

Pakej yang disediakan juga merangkumi :

  • Special BlackpaperSauce
  • Brown Sauce
  • Coleslaw
  • Mashed Potato (kentang putar)
  • 2 orang chef (kecuali pakej self-grill)

Servis kambing golek selangor termurah dipasaran

D’expert Kambing Golek Selangor BBQ yang diasaskan oleh Tuan Faizul dan Tuan Zairul ini menyediakan perkhidmatannya diseluruh semenanjung Malaysia, terutamanya disekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Jika tuan puan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan kambing golek ini, layari laman web rasmi mereka, D’expert Kambing BBQ atau terus hubungi mereka di talian:

+60192704811 – Faizul

+60127856001 – Zairul

 

Mereka juga boleh dihubungi melalui emel menggunakan contact form dibawah:

 

Semoga membantu, insyaaAllah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.