Dilema Dalam Membina Baitul Muslim: nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut tak ada jodoh!

membina baitul muslim
dilemma dalam membina baitul muslim * .:souLMate:. by angelucas

Bismillahirahmanirahim, sekadar kadar mencelah disebalik kesibukan dunia. Sekian lama saya pendam tentang benda ni untuk ditulis dan sekarang la baru Allah izinkan.

Soal apa?

 

Soal baitul muslim aka nikah.

Tepatlah dengan keadaan sekarang kan, musim cuti sekolah. Banyaklah kan dapat undangankan.

Nanti bila buka facebook, banyak yang update pasal nikah, gambar tak payah cakap lahkan.

 

Apa perasaan anda yang belum nikah?

Dulu ada seorang hamba Allah ni, dia selalu cakap sahabat sahabat dia dah ramai bina baitul muslim tapi Allah masih simpan sesorang yang dia sendiri tak tahu siapa.

Perasaan dia masa tu, bercampur baur dan sekarang saya merasai benda yang sama. Okey persoalan wajib bilamana umur semakin meningkat.

Jujur kadang-kadang serabut jugak dengan pertanyaan orang ni. Ingat kita ni tak rasa nak nikah ke?

Tapi  is not the time yet !

Jika difikirkan lah sebenarnya komitmen kita pada benda lain tu banyak lagi tak terlaksana.

Tak tahu ke pura-pura buat tak tahu je.

Saya akui, dulu masa “baru meningkat remaja” memang terniat nak bina baitul muslim pada usia yang muda, tapi kan semakin kita berjalan dimuka bumi Allah ni, semakin ramai orang kita jumpa kita akan sedar bahawa baitul muslim itu bukan sekadar cinta dan lafaz.

Tapi ia perlu dilengkapi dengan persedian dan kena sedar tanggungjawab yang bakal kita tanggung.

Kita ni nikah bukan dengan si dia je, seluruh baik buruk dia dan seluruh keluarga dia.

Bersedia ke? Tanya la hati.

 

Salah jika tiada pasangan di final year?

Dulu, saya pernah terbaca satu cerita yang mana diringkaskan bahawa ada orang cakap  kita ni kalau dah final year kat universiti tapi tak ada lagi pasangan maknanya berat jodoh.

Lantas saya berfikir, jodoh tu sebenarnya siapa punya ketentuan? Mulut mulut manusia? Ke Allah.

Tak percaya pada Allah ke?

Mungkin mungkin statement saya ni nampak macam a bit sombong.

Tapi kenapa perlu takut andai keyakinan pada Allah itu utuh?

 

Takut tiada jodoh jika bercinta selepas nikah

Beberapa bulan lepas, sahabat saya cakap, “saya nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut. Takut tak ada jodoh”.

Saya senyum.

Rasa takut itu tak dapat dinafikan.

Nikah itu fitrah manusia. Nak disayangi nak menyayangi.

Bila hati resah , kan ada penawar, buka penawar tu, Surah yassin ayat 36 dan senyum okey.

Pegang janji Allah tu. Dunia ni tak lama pun , akhirat tu yang kekal.

So andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?

Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita.

Kawal lah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga moga doa kita sampai padanya.

 

Awak cakap senang, saya yang hadapi?

Okey, saya juga pernah rasa. Saya disini tak bermakna saya sempurna, Cuma berkongsi rasa.

Ya saya pernah rasa, and you know what tak best pun nak sayang sayang nak rindu rindu orang yang belum tentu sayang kat kita, rindu kat kita.

Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang kearah tu lama lama ia jadi terbiasa, didiklah hati jadi luar biasa dan saya sedang mencuba juga.

Apa saya rasa sekarang tentang nikah, berpasangan?

okey, priority saya sekarang study, so saya taknak sia-sia kan masa saya untuk fikir, tapi tak bermakna tak langsung terlintas, kadang kadang sahabat perlukan kita, jadi ada masa kita buka tentang perkara ada masa kita simpan kemas kemas.

Dan sejak berada jauh dari keluarga ni saya rasa tahap kesediaan saya untuk ke fasa baru sangatlah sedikit.

Dan mungkin saja disebabkan itu Allah simpan lagi jawapan doa saya tu. Jangan takut okey.

If she or he deserve for you, it will be for you, don’t worry okey.

baitul muslim

Bilanya nak nikah?

Bila mana Allah izinkan, dan bilamana tahap persediaan kita tu ditahap yang tiptop.

Satu yang kita kena ingat jodoh ni, memang rahsia Allah dan kita boleh buat persediaan rapi, tapi mati juga rahsia Allah yang sering dilupakan, dan saat ia datang, memang kita tak sempat nak buat persediaan.

Sekadar berkongsi pendapat, moga moga peroleh manfaat.

Doakan saya jadi baik, saya doakan anda semua dalam lindungan Allah selalu.

 

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana Zulkifli. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)

Apparently, not all people will get married in this dunnya. Marriage is just a gift/rizk from Allah to His slaves.

Whatever He directed us to is the best afterall! Believe and put our trust on Him. Bad things won’t happen to good people! All matters that happen are good for us either its easy/hard/simple/difficult to get.

pernahkan anda mengalami perasan gundah gulana sebegini bila memikirkan soal jodoh?
Saya berharap boleh membaca perasaan yang bermain di hati anda pada ruangan komen dibawah.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

47 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zack paulo
zack paulo
5 tahun yang lalu

aku smpai sekarang takde jodoh puncanya mungkin-hambar-wajah dh boleh di label kn “RUPA TANPA WAJAH”aku memang nk mencari jodoh tapi apa kan daya bila memikir tentang diri ini kadang kala takut kene hamun apabila nk bertegur (tackle) ngan pompuan yelah rupa lak kurang tapi tulah nasib badan bila melihat kawan2 ada gf mula brtanya kepada diri ini”mudah nya mereka mendapat jodoh”bila part aku pulak sorang kwn pompuan pon tiada..tapi bila aku pakai kemas2 kwn aku brkata kepada ku”tu pkai kemas2 nk g jumpa gf la tu” tapi pada wktu yg sama aku mengucap kn kesyukuran harap2 apa yg di perkata kn oleh kawan2 aku mnjadi kenyataan di lain hari erm kadang rasa down pon ade yg akan aku memulakan menglabel kn pompuan sombong ahha kdg lawak gak huhu padahal diri tu yg hambar dn apabila aku brjalan dlm wktu yg sama bila berselisih ngn pompuan aku mula membuat muka ketat yg akan membuat mulut aku ini seperti di zip tidak lebih dari 10 zip huhuuu ..dn aku kekadang trtnya”mengapakah meletak kn diri aku ini di zon sebegini rupa”tapi tulah bila aku dok sorang2 mula lah pemikiran ini dtg dgn secara senyap2 aku tidak tau mengapa ia dtg kepada ku walau pon diri ku ini sedang hepy .dn di kala wktu itu mula lah ia membuai2 di fikiran ku ini”adakah aku akan kawin atau terus membujang sampai ke tua di hari yg mendatang ini” aku hari2 memohon kepada nya tapi apa kn daya kita ini hnya lah pencipta nya siapa boleh lawan sang pencipta..
tapi tkpalah kalau ada jodoh tu adalah jikalau tiada nk buat macam mana terus kn lah hidup membujang sampai di hari tua kelak..
☣aku insan terlena
☢aku hnya satu
? aku hambar
☠w h y t r e e a r e g r e e n
?i s l e e p i g o t a s t a c k
?a k u 2 9 & l i f e t i l l d e a t h

Nazz
Nazz
5 tahun yang lalu

Allahuakbar…. sy taktahu nk berdoa mcamana… berubah2 antara nk kahwen atay tidak… sebab tertipu dgn layanan lelaki dan tengok keadaan org yg dah berkahwin…. jujurnya saya nak ada teman halal yg dpt membimbing ke syurgaNya… sy tak kuat nk menghadapi ujian Allah di dunia ini alone…. bagaimana nk istiqamah?

AAK
AAK
7 tahun yang lalu

Alhamdulillah…terubat gundah gulana dihati, saya pun berdoa dpn kaabah thn lps yg saya nak jodoh yg saya suka, yg terbaik buat saya, yg beriman dll…then earlier this year saya jumpe blk dgn senior yg saya crush masa sekolah dulu. Dia duda anak sorang, wife dia meninggal last year. Excited sungguh saya, x tau sbb jumpe crush zmn sekolah atau saya still suka dia. Tp sumpah saya x ingat langsung kat dia since lps sekolah. Tp saya x tau perasaan dia, dia keep on usik saya yg saya suka dia dr dulu…sometimes kata “awk nak ke kat abg? Eh, mestilah nak kan?” Tp nnt dia akan ckp, abg duda ada anak pulak tu, awk anak dara, x adil utk awk. Saya ckp saya pun confuse dgn perasaan sendiri. Dia suruh solat istikharah, dia kata kalau ada jodoh x ke mana. Kata dia lg, take it easy, bile saya dah ready dia dah ready, dia sendiri akan call ayah saya. Saya masih lg buat istikharah, tp hati saya selalu gundah…mmg mcm tu ke? Tp saya percaya pd Allah, kalau ada jodoh kami insyaAllah akan dipermudahkan kan? Cume tulah, hati manusia nihkan (ckp psl diri sendiri).

abg puteraqu sayang
abg puteraqu sayang
8 tahun yang lalu

Alhadulillah…dh masuk 4thun sy begelar ibu tunggal.sepanjang usia ne byk benda dh brlaku.lebih pd kecewa n kesal.dsbbkn trauma kisah silam sy pujuk hati tuk trus tabah dgn dugaanNYA wlwpn ank2 sllu menyebut2 ingin abah baru.mak sy lg lh…xhenti2 pujuk hati ne tuk mendirikn rumahtangga..bina kehidupan baru dunia baru yg penuh dgn wangian syurgawi.menjadi conth pd kpd kluarga adik bradik yg lain.hati siapa xnangis bla pengharapn tinggi bagai gunung evres.brtmbah sedih bla mak dh xlama hdup di bumi ne.wallahualam.hati mmg nk tp dy yg sllu membandingkn diri pd tahap gaban wat smuanya hancur punah lah segalanyaqu berteman 4rasa.kesilapan dulu sukar tuk dy maafkn.bukan ke kita hanya hambaNYA.sedangkan Allah sayang kita n sentiasa membuka ruang kemaafan n keinsafan pd diri.mgapa kita plk xbolh? sbb 4 rasa jgk kan? so…slow2 gantikn rasa tu pd 4rasa yg berbeza.simpati kasih sayang n keikhlasan.penuhi fikiran pd kenangan manis bakal menjiwai kita bla masa tepat i2 tiba.fikirkn perasaan org2 sygkn kita Insyaallah hikmahnya indah bagaikn pelangi di langit biru.sungguh aqu xkuat n xmampu..hanya engkau yg mampu membuat hatiqu kembali berbunga mewanggi.doaqu panjatkn xprnah lepas tuk kebahagian kita dunia akhirat.btul aqu takut kehilanganmu…marilh kita brsama2 meraih mimpi jdkanya ia realeti

noms2728
noms2728
8 tahun yang lalu

Salam alaik. :)
Terbuka hati nak berkongsi kisah saya.
Berkenalan dengan dia bulan 1 2015. ‘Kawan’ tu macam nak get into a serious relationahip. Tapi sayang. Kejap je. Terus tak jadi. Then bulan 5 kami contact semula. Dan Alhamdulillah terus diajaknya jumpa mak ayah dengan niat nak ada halal relationship. Kami keluar, dating selalu juga, makan sama2..Dan.one day, awal nov 2015 Tiba2 dia berubah. Berubah mencari Allah. Dari pencinta dunia kepada pencinta Allah dan Rasul. Cara dia bercakap, respon dengan kita totally changed. Kita dah biasa berdating sana sini dan jumpa,on call, whatsapp lagi. Dan bila tiba2 dia berubah of courselaa rasa lain kan? :) kami tak contact. Allahu time tu rasa macam ‘heyy. Org lain jaga batas jugak. Tapi tak dela sampai tak boleh nak call or jumpa langsung’ MASHAALLAH. Teruk kan saya? Alhamdulillah satu hari terbukak hati, teringat doa yang pernah saya mintak depan kaabah waktu buat umrah dulu.. doanya macamni : ‘YA ALLAH. KURNIAKANKU LELAKI YANG MENCINTAI MU, RASUL DAN AGAMU LEBIH DARI MENCINTAI DIRIKU. YANG MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH LEBIH DARI MENJAGA HUBUNGANNYA DENGANKU. PELIHARA HATINYA’ Doa ni dimintak pada 2014. Nampak tak? ALLah tak bagi terus. Diberikannya kita ujian dulu. Nak tengok kita percaya ke tak? Sabar ke tak? Kalau ada pasangan lupa dekat dia tak? Allahurabbi. ALLAH SURUH KITA SABAR. Dan sekarang bila Allah dah temukan saya dengan lelaki yang saya mintak sangat dulu, saya jadi macam tak bersyukur pulak.saya bersyukur, Alhamdulillah Allah bukak hati saya untk ingat balik doa2 dan janji yang pernah saya buat depan KAABAH dulu.
Jiwa saya kini lebih kepada Allah. Yang selalu bakal suami saya pesan ‘ragu2 itu adalah dari syaitan. Yakin itu dari Allah. Selari kan usaha awak dan saya ke jalan Allah. InshaaAllah Allah akan pelihara’..
Kepada semua. Jangan putus asa. Janji Allah adalah kepastian. Letak pengharapan dekat Allah. Bukan manusia.
Wallahualam :)

faiza
faiza
Reply to  noms2728
8 tahun yang lalu

Salam…sy pn ade kisah lebih kurang mcm ni tp ade skit le nye..mula kenal hjg thun lpas.msing2 pn pernah kecewa..dan kami harap ni yg terakhir tuk masing2…niat mmg nk halal kn hbgan..dia bailk..jga solat..tp tidak la alim sgt..kmi kuar jgk dating mcm org len…tp tibe2 awl thun ni..just last month..dia diagnose satu pnyakit yg katanye blh jadi kanser..terus dia brubah 360 darjah..dia sa nk dekatkn diri dgn Allah..nk settel everything kt dunia..xnk pkir psl kwin..byngkn lah..dia dh jmpa mk ayh sy awl thun ni..plan strusnye..sy jmpa fmily dia..tp sbb keadaan dia skung gy mnjauhkn diri dr sy..terus xjd jmpa..text pn xde sgt..dia rsa dia hidup xlma..dan dia xnk pkir psl kwin..dia nk bertaubat..solat..kesali dosa2 smlm..skung sy xtau cmne arah hbgn kami sbb dia slalu ckp..kalo ade jmpa yg lbih baik..dia xhalang..tp sy slagi dgn dia ..nape sy nk cri org len plak.sy bkn jenis cmtu…tp hbgn ni jd xpasti..kalo x dlu.dia yg xsbar2..kalo blh nk cptkn je nikah..tp sbb dia kne tgu dwet dia ckup..tp skung.kalo sy ckp psl tu..dia akn melenting..dia ckp xready..sy xde mslh kalo nk tunda..tp dia rsa dh down..xnk shae pe2 dgn sy dh..sedih hati..Allah je tau..mk ayh dh bsing..bile2..sy hnya mmpu berdoa smoga sume brjln dgn lancar and Allah bukakn hati dia kembali..sakit dia bkn suatu mslh bg sy..sy xkata nk tglkn dia bile dia sakit pn..hadap je lah..ikhtiar..

huurun ain
huurun ain
Reply to  noms2728
7 tahun yang lalu

sharing yg sgt baik :) jazakillah kathira :)

syida
syida
8 tahun yang lalu

Saya ada cadangan jawapan bagi soalan penyoal yang suka sangat tanya soalan yang mereka tahu jawapannya. Bukan apa mereka ini nak kita jemput mereka masa kita kawin. Senyum jelah. Kawan-kawan yang sama-sama menjadi tempat persoalan orang yang suka desak-desak nak kita kawin cepat ni, saya nak bagi cadangan jawapan atau lebih kurang skema jawapan peperiksaan yang sikit sebanyak boleh tutup mulut mereka ni dari menanya lebih lanjut..
“kau bila nak kawin?”
“InshaAllah tahun depan makcik.” Jawab dengan penuh yakin, walaupun nampak seperti menipu tapi kita bukan nak menipu, kita seolah-olah menanam keyakinan kepada Allah dan memotivasikan diri kita. Perkataan ‘tahun depan’ tu maknanya luas, belum tentu 2016 atau 2017 atau seterusnya, jadi tak salah kalau kita pasang angan-angan kan?

“Kau ni sorang jeke? Laki kau mana?”
“InshaAllah tahun depan makcik jumpa dengan suami saya” sambil buat muka manis dan paling berseri-seri umpama kita ni bakal pengantin.

“Bila nak makan nasi minyak?”
“InshaAllah. Tapi aku kenduri tak buat nasi minyak, buat makanan kampung je, nak jimat bajet lah” Jawab dengan spontan, andaikan lah kita sudah merancang bagaimana kenduri kita nanti.

“Alah budak ni lambat sangat nak kawin”
“InshaAllah kalau saya kawin saya jemput makcik sekeluarga. Yang penting makcik doakan saya bernikah dengan lelaki yang soleh, dan bertangungjawab, paling penting hormat mak ayah saya. Doa makcik amat-amat saya harapkan. Boleh saya cepat-cepat kawin”

Paling penting, kita jangan melenting atau bersedih dengan desakan soalan mereka ni. Be POSITIVE, InshaAllah, kita akan mampu bahagia dan membahagiakan orang sekeliling kita, bila kita redha dengan ujian ini.. Ujian lambat jodoh ni tidak seberat ujian saudara-saudara kita yang di landa krisis, atau saudara kita di Syria, Gaza. Jadi bersabarlah, maafkan sahaja mereka. Ingatlah Sabar itu mengandungi banyak pahala didalamnya. Solat dan sabar itu adalah penawar hati. Paling penting hormat orang sekeliling. Kita diuji sedemikian supaya kita lebih sensetif kepada perasaan orang lain. Jadi jagalah hati.. InshaAllah, saya berharap kita semua dipermudahkan segalanya. Dan dipertemukan dengan orang yang tepat. Aamiin.

diri*ini
diri*ini
8 tahun yang lalu

Salam…

Sedikit banyak saya faham most of the situation that was mentioned. TAPI… pada saya… kebanyakkan yang saya baca ni.. umor 24 je da panic mode. Waktu umur saya 24..saya masih belom terfikir nak cepat cepat kawin… memang nak kahwin dgn bf…tapi at the end if the day…my thought was “da bersedia ke aku ni?” Finally bf pon ntah ke mana… and i knew he was not the right person for me… and YES ALLAH has better plans for me. I always tell myself that…. the brain is aware of that….. BUT the heart says otherwise.. disebabkan oleh mulut org keliling… n the worst part my younger bro got married before me! How depressing is that?
Anyway i stayed solo without bf for 5 years until…. along came someone with the help of some friends n makcik. And at the age of 31 in Aug….i got engaged… n in 6 mths time im getting married. By then im 32.. yea but no worries… age is just a number. Live life to the fullest before all this come your way. U just need to wait..n do your normal daily routine… OR pick up something new… just focus on it… n your jodoh will come when u least expexcted it to come. Of course… jangan putus2 doa…and do not give up! Believe in HIM! U know wat..while waiting.. kalau ada rezeki..travel around the world.. u will learn so much…and u will meet more people…and u will appreciate what u have better! Do it….travel….. (nanti da beranak penak… it will cost more..sbb nak neli ticket anak lagi.. hehe at least bila single the expense is all for u..) ;)

nabila
nabila
8 tahun yang lalu

sy pon umo 24 jgk..x de jodoh lg..hari2 says nagis nape sy tidak dipertemukan jodoh..sy pemalu n ssh nak kwn dgn laki…sy tidak ada kwn laki langsong..kdg2 ase nyesal nape x cari jodoh masa u tp sy klu boley x nak couple..ntah r sy buntu skrg..sy ase mbe sy akn jd andartu..ase putus asa pon ada..mcm mn ni..

mat nor
mat nor
Reply to  nabila
8 tahun yang lalu

biasalah masalah malu ni sy sndiri ada malu dgn perempuan nak besuara xberani…tapi kelakar satu saat nak beranikan diri nak tegur perempuan
tewas..las las beserah ja pada allah …
smoga dipermudahkan jodoh tu..ape pon
smoga bertemu jodoh..

Arabella
Arabella
Reply to  nabila
8 tahun yang lalu

Sabar lah dik. Adik baru 24 , kakak ni dah 27 . Tp nk buat mcm mana org pemalu je paham masalah org pemalu ni

mat nor
mat nor
Reply to  Arabella
8 tahun yang lalu

arabella says
Btul tu..smoga bertemu jodoh…

Wani
Wani
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah….
Memang perasaan saya yang dah 24 tahun, nak masuk 25 tahun dah. Adik saya pula nak kahwin dah, orang tanya saya, eh langkah bendul? Saya kata itu perancangan Allah. Dah jodoh dia dulu.

Orang kata, mana boleh tunggu jodoh. Awak kenalah cari. Saya kata Allah tu ada rancanganNya. Siapa saya?

Tapi jauh dalam sudut hati saya, saya teringin nak ada teman hidup yang boleh temankan, bimbing, tengok kawan-kawan dah ada anak, hati suka, teringin… Tapi Allah tunggu untuk beri yang terbaik.

Ada hikmah saya dipertemukan dengan artikel ni. Waktu saya memerlukan peringatan dan saya bukanlah seorang… Ada lagi orang lain yang turut merasa.

nona
nona
8 tahun yang lalu

Im in mid 20’s..26y/o dah…actually saya nak sangat kahwin.saya suka budak..cemburu lah jugak tgk org berkahwin and ada anak..i takut.selalu tanya diri aku ni bersediakah?layakkah?mohon doa..sktg ni sy kdg2 paksa diri tuk perbaiki solat n wat solat hajat n istikharah. Mungkin saya kena perbaiki dulu ?