Zina Ku Bermula Di Facebook

zina

zina

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

zina. zina dan zina

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

EarthSecret

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,568 other subscribers

Comments

  1. sridewi says

    salam…mohon pndgn kalian thdp situasi sy ni…sy tlah lma mengetahui hakikat zina kecil spt yg dnyatakn d atas…tp kita mnusia, Allah tu akn ttap mnguji hambanya…sy pnya seorg kwn llaki yg mminati sy sjak dr skolah rndh…mulanya dia slalu msj sy d fb dan sy merply msjnya ats niat mjaga hati kwn lma krn stlah skian lma tpisah sbg rakan sebaya dr skolah rndh…x dnafikn krn sy mrasa seronok dpt mengetahui khabar shabat2 lma yg tlah lma xpunya kabar berita…nmun pd ktika itu tdetik dhati sy bhwa ini xboleh dbiarkn blanjutan krn sy sdar tntg btas pgaulan llki n pmpuan…sy merasa serba slah jika sy x mereply msj dia…tkut si dia m’anggap sy sombong, perasan cantik @ perasan bgus…mklumla, orgnya dragui tntg pengetahuan agamanya…
    hari bgnti hari, bulan bgnti bulan…nmpk gayanya ada saja msj dr nya d inbox fb…slalu b’bicara tntg prkara yg xpnting dan m’arah kpd ingin mngenali sy dan sy pula xpunya prasaan thdpnya…sy jd bingung…demi utk xmbuatkn dia tsinggung, sy rply juga msj2nya…stelah skian lma bhubung, br la dia mnyatakn perasaannya thdap sy…hmm…sy mula buntu…tiap hari sy mmikirkn masa dan ayt yg tbaik utk dia tahu tntg prasaan sy dan utk dia bhenti b’msj dgn sy…..apa ayat yg tbaik utk britahu tntg prasaan sy thdap dia? sy btul2 xsmpi hati nk buat dia tluka…llaki oh llaki….tlgla jgn buat kmi dilema mcm ni…kmi juga pnya hati dan prasaan…sntiasalah set dlm minda anda bhwa “bunga bkn skuntum” dan sentiasalah akhiri kata lmaran anda tu dgn ayt2 spt, “sy trima shj apa pn kputusan awk…sy skdar mcuba nsib”….huhuhu…dlm dilema… :(

  2. hamba allah says

    zina jugak eh macam tu? Ya Allah, betullah couple itu haram. Zina yang kecil macam ni lah mengundang zina yang besar.

  3. hamba Allah says

    Assalamualaikum..
    Artikel yang bermanfaat, alhamdulillah. Mohon share semua artikel2 di sini ya. Jzkk :)

  4. yuli says

    Q yakin banyak yang melakukan, adalah tepat untuk menghentikan. Bijaklah dlm brtindak, berpikirlah sblm berbuat, ingatlah Allah selalu.

  5. Almas says

    pendpat sy….rindu mmg tak salah…kerana ia fitrah…lbh bermakna bila rindu itu pada yang halal…tapi bila merindui pd yg tidak halal….lbh baek lupakan…teguhkn iman supaya sentiasa merindui Allah…tu kn yg terbaik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *