Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”
Oleh muslimah sejati



=( sye pon ase cmtuu….
btl dgn idea nie..sya pn mnyesal membuatkn dia ternanti jwpan dri sya yg x pastiutk bebrapa taun nie..kmarin dia suda bernikah,,,peluang utk aku n dia suda x lg..buatmu syarif abu habirullah bin abu bakar..aku tau ko buleh jd suami yg baik..moga bahagia bersama istri tersayang…amin
Entri yang bersahaja, namun mengetuk pintu jiwa.
Terima kasih atas peringatan, salam.
Salam..
mohon share.. =)
tqvm..
terimalah seadanya
Sgt menyentuh hati. . Pesanan yg bguna bg mereka yg terlalu memilih. . Me also. . Susah nk buang sikap buruk ni. . Ngee~
Sy juga sedang melalui ini…sy terlalu percaya kpd org yg disyg…bila kepercayaan itu dikhianati sukar utk kita memberi maaf…hingga kita terpaksa maafkan krn sbb2 tertentu…krn anak2 yg masih perlu kasih syg nya & krn menjaga maruah keluarga sbb x mau melibatkan keluarga lain… di sini sy nak nasihatkan diri sy dan jg rakan2 spy jgn memberi 100% kepercayaan pd org lain hatta suami sndiri…krn sy telah melaluinya memang sgt sakit,sbb terpaksa tanggung derita sendirian…Ku sentiasa berdoa agar dpt memaafkannya dgn seikhlas hati…Amin..
sy t’pksa tgglkan org yg sy syg coz ia bleh m’bhayakan maruah sy wlaupm sy thu die mmmg sygkan sy..sy sedia mnerima sgala kkurngannya wlaupm die hilg upaya slh satu anggota bdnnya..i love him so much but i need to leave..sy hrp die mmpu brubah…
subhanaAllah. terima kasih. jazakillahu khairan kathira. sangat terasa bila saya membaca, “Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa Anggaplah dia manusia biasa Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat”. Seorang sahabat saya tak dapat memaafkan kesilapan saya. sangat-sangat sedih membaca ini. syukran jazilan sis. T_T
kalau kita tinggalkan ia sebab dea pernah bermaksiat dulu camana ? still kita dianggap mengejar kesempurnaan jugak ke ?
mksiat yg mcm mane???klu die mmpu brubah, trime saje..klu die bleh m’bhayakan maruah n harga diri kite,tingglkan saje…
huhuhu sob..sob..sob….
m
its true,very true!
sgt2mnyentuh aty……:(
hmm….
inilah yg sedang saya lalui.. baru sebulan saya kehilangan dia.. kerna kehilangan ini saya tertekan.. tiada lagi suara dan wajahnya.. rindu dan sentiasa mengingatinya… yg saya tahu dia sudah ada pengganti.. dulu saya yg memutuskannya.. tpi dari awal perkenalan sudah saya maklumkan untuk tidak terlalu mengharap.. saya bukan tinggalkan dia untuk mencari kesempurnaan.. tapi saya tinggalkan dia kerna sebuah restu.. restu orang tua yang amat saya perlukan untuk saya meneruskan perhubungan ini.. dan sekarang biarlah saya sendiri.. tapi saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.. walau dengan siapa pn dia, moga kebahgiaan akan menjadi miliknya dan pasangan..
memg sedih la….
nobody’s perfect~
n3 yg bagus…memang betul pun yang patah boleh berganti tapi tak kan sama seperti yg telah pergi
nampak mcm jiwang, tp itulah reality
alamak, tertacing plak.. ish3… T__T
Kesempurnaan. Tiada manusia yang sempurna dan tiada siapa yang pasti berjumpa dengan sempurna kerana fitrah hati manusia yang tidak pernal kenal kepuasan.
nice sharing.. keep it up ^_^
like it…
awesome…!!!…very touching….i like it….<3…..