Temuilah Ayah Saya. Itu Lebih Berharga Dari Seribu Bunga

temuilah ayah saya

temuilah ayah saya

Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam  ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

temuilah ayah saya

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

.

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,424 other subscribers

Comments

  1. says

    assalamualaikum ,
    best penerangan kat atas tadi , hehe , saya na tanya , saya ada seorang sahabat , dia masih bersekolah begitu juga saya , sekarang ni dia tengah berhubung dengan seorang lelaki , dia menganggap hubungan mereka ni hanya sekadar kawan sahaja ,dalam masa yg sama diorang saling suka sama suka , tapi laki ni macam serius dengan dia ni , n laki tu kata lpas habis belajar ni dia na jumpa mak ayah nya minta izin untuk berkawan denganya , dalam keadaan masih belajar lagi laki tu dah cakap pasal mende2 ni , dia confius , tak tahu na wat pe , tu yang dia minta pendapat saya , saya tak tahu nak nasihat apa , dia takot hubungan dia ni tak dapat keredhaan allah , dia buntu na teruskan ataupun tidak , hmm , rasanya itu sahaja , harap2 tuan empunya blog dpat memberi pendapat .. terima kasih , salam ukhwah :)

  2. says

    menarik.

    urm,

    saya ada satu permintaan.tadi,saya ada menghantarnya tapi tak pasti sampai atau tak.jadi saya tulis semula.

    saya nak mintak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan

    “konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini”

    itupun kalau xkeberatan.mintak kongsikan linknya di blog saya

    http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

    kalau boleh sebelum 28hb disember la sebab saya kena bentangkannya pada 30hb disember ini.lagi cepat lagi bagus.harap xkeberatan la.

    kalau ada video n artikel berkaitan dengannya boleh juga dikongsikan.

    syukran…=)

    *artikel tu mengikut kaca mata penulis blog ini lah…

      • ag hadi safwan says

        sy ada seorang sahabat, dia ni msh blja lg dan insya Allah slps blja akan trus bkerja cma dlm keadaan dia skang ni sdh ada calon isteri dan dia mmg pasti bahawa calon itu merupakan pilihan Allah swt utk dia. emm dlm keadaan dia rsanya bolehkah bjmpa dgn ibubpa calon tersebut? apa pendapat admin?

        • says

          Eloklah kalau sahabat tu bjumpa dgn org tua calon isteri tu. Jumpa orang tua dia, minta izin nak kawan dengan anak dia tu. itukan lebih baik.

          Bila mak ayah da tahu tentang hasrat tu, inshaAllah perhubungan tu terkawal sikit, sekurang-kurangnya mak ayah perempuan itu tidaklah menetapkan anak dia itu dengan orang lain..

          Dan lebih baik lagi jika masuk meminang, itulah yang dianjurkan oleh agama kita.. :)

  3. nurulF says

    takutnya bila baca riwayat tarmizi di atas. ape pun this article turut bg info bermakna..tq

  4. ain iman says

    Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

    sabar menunggu!!

    • says

      Menunggu memang membosankan. Apalagi menunggu sesuatu yang belum pasti terjadi. Tapi menunggu juga menyeronokkan kerana melatih jiwa menjadi sabar. Sabar menunggu janji-Nya yang pasti terjadi, kerana Allah maha menepati janji. Seandainya Allah tidak memberi kita jodoh di dunia, makan Dia akan memberikannya di akhirat.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *