Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Tahu Tak?

Tahu tak?

Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.

Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi. ;(

– Md Al-Fatih (fb)

(Source: islahnafsi)

Enter Your Mail Address

3 Responses to “Tahu Tak?”

  1. NURUL January 22, 2012 at 7:34 PM #

    Rasullah adalah manusia y paling sempurna..
    kerdil rs diri ini.. :(

       0 likes

  2. ana al-fath October 25, 2011 at 11:39 AM #

    rndu baginda.. hari ni sebak sja hati tringatkan rasul junjungan kita..Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam… tetiba post Aku Islam sini..berkenaan baginda yg dirindui..
    insan sempurna yg dicintai Rabb dan sekalian makhluknya…. Muhammad ..

       0 likes

  3. ibu October 25, 2011 at 3:14 AM #

    Assalamualaikum.

    Betul kata anaknda. banyak ilmu tentang rasulullah saw yg patut kita gali.Contoh kehidupan baginda lengkap untuk dicontohi cuma kita jer buat-buat tak tahu atau tak kisah untuk ambik tahu tapi boleh lak berangan nak syurga, Walhal dalam urusan dunia pun kalau nak ke IPT kena flying colours SPM.

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline