Panas Baran : Cara Menghadapi Suami Panas Baran

CEO —  14/11/2011 — 10 Comments

Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain. Perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama lain. Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza.

Namun bagaimana jika suami anda seorang yang panas baran?

Ada yang berpendapat bahawa sifat panas baran akan hilang jika sudah berkahwin. Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat panas baran ini  sehingga ke alam rumah tangga. Seringkali banyak yang kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas.

Oleh itu,  bagaimanakah caranya menghadapi suami panas baran yang anda cintai itu?

1. Berhenti merajuk

Rajukan adalah suatu perkara yang sangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang  wanita sangat ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan mudah emosi jika melihat anda merajuk.

Tips: tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat. Cuba cari waktu yang sesuai  untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang disukainya. Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga.

2. Berfikiran Positif

Apabila si suami mulai marah tanpa alasan dan mulai meleret kearah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan. Hati – hati, ini akan menyebabkan  anda akan terpancing untuk naik angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi.

Tips: dekati dia dan belai dengan sentuhan lembut tangan Anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan bahawa anda mengerti dan memahaminya. Jangan balas dengan cercaan pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan membantunya merasa lebih tenang.

3. Luangkan Waktu Bersama

Susun kegiatan bersama yang menyenangkan setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin, namun sebuah saat dimana waktu bersama adalah yang paling penting di dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan menyelami perasaannya.

Kunci yang harus selalu kita pegang adalah: kesabaran

Seseorang memang boleh berubah, namun memerlukan waktu yang cukup lama kerana dia masih perlu belajar beberapa perkara untuk menyesuaikan diri. Jadi, jika suami anda panas baran, jangan terburu – buru meninggalkannya dan mengucapkan “ceraikan saya”.

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 314 other subscribers

10 responses to Panas Baran : Cara Menghadapi Suami Panas Baran

  1. Saya dalam dilema.. Saya x bekerja sbb suami x mengizinkan.. Saya ada anak seorang umur setahun.. Tp sejak dua menjak ni suami malas bekerja.. Selalu ponteng.. Seminggu cuma kerja 2 hari sahaja.. Rumah yang saya duduk ni rumah company.. Saya takot dia di buang kerja nanti kami nk duduk mana.. Puas nasihat tp mcm ni jugak..

  2. memang sume lelaki kalu panas baran akan malas bekerja ke???

  3. saya dalam dilema,,suami sudah mengucapkan berberapa kali talak kpd saya,,,,tetapi dia tidak mahu keluar dari rumah saya….bagaimana sekarang..saya tidak akan mengalah keluar dari rumah saya sendiri

  4. sabar tu yg paling penting….

  5. suami saya panas baran. dah lima tahun kami berkahwin. dah 3x tangan dia naik. kali ke3 sya hilang sabar dan meminta cerai, namun dia enggan menceraikan saya.dia seorang yang malas berkerja dan suka mengugut mahu menceraikan saya dan apabila marah dia suka membabitkan ibubapa n adik beradik saya. apakah yg perlu saya lakukan. mohon beri panduan.

  6. aslm..bagaimn plk klau suami tue panas baran sampai thp sepak terajang,di pklnya isteri,di caci di hina isteri & familynya tnp sbb musabah…padahal isteri melayannya sepenuh hati..dia selalu ungkit benda yang tk msk akal..

  7. eyana natasha andi 08/05/2012 at 8:49 PM

    akum.saya mempunyai suami yang panas baran dan malas bekerja.saya selalu buat seperti yang diterangkan tp tahap kesabaran tu ada.smpkan sy jadi hamba suami.tp dia tetap begitu.dah 5 thn saya berkahwin tp panas barannya semakin menjadi2.smpkan saya terpaksa pergi meninggalkan rumah kerana takut.dia mengugut saya untuk kembali kepadanya tp ibu-bapa tak benarkan.dah 2kali buat laporan pihak berkuasa tp perangainya tetap sm.so apa tindakan yg perlu sy buat?adakah sy perlu minta cerai?tp nak ckp perkataan tu pn saya takut.balas di email sy shj.terima kasih

  8. saya pernah meninggalkan seseorang disaat dia sedang berubah dari sikap panas barannya :(

Leave a Reply