Ibu Bapa – Percaya Kepada Ibu Bapa

CEO —  08/07/2012 — 1 Comment

Berilah kepercayaan kepada ibu bapa kita. Sedarlah diri ini pada apa yang dia sampaikan, apa yang dia janjikan dan apa yang dia lakukan. Mungkin kita pernah dikecewakan, tetapi yakinlah dengan langkah yang kita lakukan. Ibu bapa memerlukan kepercayaan penuh daripada kita. Mereka mahu mengarahkan ke jalan yang lebih baik dan betul. 

Yang mereka perlukan, adalah kepercayaan kita sebagai anak-anak mereka.

Cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Buatlah mereka bangga memiliki masa lalu atau pengalaman yang menakjubkan. Sanjungi mereka supaya mereka memiliki kembali kebanggaan dan kehormatan itu.

Dengan menceritakan pengalamannya semasa muda, atau pengalamannya selama mengharungi kerjaya atau pengalaman merintis sebuah perniagaan akan menjadi modal bagi pengetahuan kita. Dengarlah dan berkongsilah kerana ibu bapa adalah bekal terbaik kita untuk masa depan kelak.

“Reda Allah bergantung pada reda ibu bapa  dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa”

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” – [Surah luqman: 14]

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 308 other subscribers

One response to Ibu Bapa – Percaya Kepada Ibu Bapa

  1. ibu.. T_T

Leave a Reply