“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)



Cinta itu memang indah, sakit, dan misterius…
subhanallah,,, alangkahh indahnya hidup ini jika saling meredai dan bersyukur..
mohon share ye……..
mohon share ya..
Berikut adalah kutipan dari terjemahan Tafsir Ibnu Katsir atas surah Al-baqarah ayat 216 :
“Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH Maha mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui.” (terjemahan surah Al-baqarah ayat 216)
Allah mewajibkan jihad kepada kaum muslimin demi mempertahankan agama Islam dari kejahatan musuh-musuhnya. Az-Zuhri mengatakan bahwa jihad itu wajib atas setiap orang, baik dia ahli dalam berperang ataupun tidak. Bagi orang yang tidak biasa berperang, apabila diminta bantuannya untuk keperluan jihad, maka ia harus membantu. Dan apabila dimintai pertolongannya, maka dia harus menolong. Apabila diminta untuk berangkat berjihad, maka ia harus berangkat, tetapi jika tidak diperlukan, dia boleh tinggal (tidak berjihad).
Menurut kami, di dalam sebuah hadis sahih telah disebutkan seperti berikut:
[1] Barang siapa yang meninggal dunia, sedangkan dia belum pernah berperang (berjihad) dan tiada pula keinginan dalam hatinya untuk berperang, maka ia mati dalam keadaan mati Jahiliah.
Rasullillah Saw. pemah bersabda dalam hari kemenangan atas kota Mekah:
Tidak ada hijrah sesudah kemenangan, tetapi hanya jihad dan niat’, dan apabila kalian diperintahkan untuk berangkat berperang, maka berangkatlah.
Firman Allah Swt.: “padahal berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci.” (AI-Baqarah: 216)
Yakni terasa keras dan berat bagi kalian, dan memang kenyataan perang itu demikian, ada kalanya terbunuh atau terluka selain dari musyaqqah perjalanan dan menghadapi musuh.
Kemudian Allah Swt. berfirman:
“Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian.” (AI-Baqarah: 216)
Dikatakan demikian kerana berperang itu biasanya diiringi dengan datangnya pertolongan dan kemenangan atas musuh-musuh, menguasai negeri mereka, harta benda mereka, isteri-isteri, dan anak-anak mereka.
“dan boleh jadi (pula) kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.” (AI-Baqarah: 216)[2]
Hal ini bersifat umum mencakup semua perkara. Adakalanya seseorang mencintai sesuatu, sedangkan padanya tidak ada kebaikan atau suatu maslahat pun baginya. Antara lain ialah diam tidak mau berperang, yang akibatnya musuh akan menguasai negeri dan pemerintahan.
Kemudian Allah swt berfirman :
“Allah Maha mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahui.” (Al-baqarah : 216)
Ertinya Allah lebih mengetahui tentang akibat dari semua perkara daripada kalian, dan lebih melihat tentang hal-hal yang didalamnya terkandung kemaslahatan dunia dan akhirat bagi kalian. Maka perkenankanlah seruan-Nya dan taatilah perintah-Nya, mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk.
___________________________________________________________________________
Dikutip dari Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Juz 2 hal 388-390, penerbit Sinar
Baru Algensindo,
kpd bro mancluxa, bca perenggan 2 terakhir mgkin ada jwapan ttg soalan anda.
rasa nak muntah la baca post2 jiwang cam ni,.,. come on, berpijak dibumi yg nyata…
bro selimutputeh, snang ckap.. lu mmg tak stuju dgn fakta kat atas tu sbb lu tak dpt buat apa yg lu nk uat dgn awek lu. tak bleh nak jiwang2 bwah pokok, guling2 kat semak samun & bonceng2 mtor dgn awek lu cam muda mudi ari ni biasa buat. x pyah blame org la bro klo lu pnya iman tak dpt terima. sdri buat sdri tanggung!! dh nyata duk atas bumi ALLAH atas syariat Rasulullah S.A.W.
aku tak pelik la komen org mcm kau bro..
cinta itu terpulang pada siapa yang menafsirkan..
CINTA KEPADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU, CINTA KEPADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI, CINTA KEPADA ALLAH SWT, kekal abadi
RASA CINTA MANUSIA SNTIASA BERUBAH,,,SEDANGKAN KITA MASIH TETAP MENUNGGU..AKU BACA RUANAGN NI PUN UNTUK BUAT AKU RASA SABAR NGN UJIAN ALLAH
Boleh ke ambik separuh saja terjemahan ayat 216 surah al-baqarah tu?
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Boleh ke terjemahan tu digunakan untuk semua aspek?
sekadar berkongsi pendapat….. ayat itu boleh digunakan dalam semua aspek kerana memang wallahu a’lamu waantum la ta’lamun….jadi xkiralah apa yg kita pilih kita xtau apa akibatnya di masa akn dtg…… tapi perlu diingat bhwa apa2 yg kite nak pilih harus berlandaskan hkum syara’….. sesudah berusaha membuat pilihan dan bertindak, doa dan tawakkallah…. itulah yang patut kita lakukan….
Boleh.. sebab Allah sebut dalam al-Quran ‘sesuatu’ (syai’an), maksudnya tidak terhad kepada peperangan sahaja.. wallahua’lam
Jika tak pasti, jgn kata boleh. Rujuk dulu tafsir muktabar.