Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

512 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Mimi bin MD Saad
Mohd Mimi bin MD Saad
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum semua..saya ni seorang pemalu yang tak bertempat..saya pun tak paham dengan keadaan pemalu saya sekarang ni.boleh bantu dan mengajar saya mengatasi masalah pemalu ni.bila berdepan dengan orang persekitaran saya,saya rasa malu sangat.

Alfian
Alfian
2 tahun yang lalu

Moga2 penyakit pendiam dan pemalu ku cpt sembuh ?

harzymi
harzymi
3 tahun yang lalu

ya allah bantu lah aku ya allah …aku ni lelaki tapi tu lahh malu tak bertempat ….stres memikirnya. mcm mna nk buang sifat malu ni … umur makin tua ..hmm tak tau lahh… ad sikit nasihat tak. ?(dgn family n member ok je)

Asnawi
Asnawi
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum …sahabat umur saya 23

sya tak thu nk ckp mcm mne

sya kalau malu sampai nak tengok muka dia pun tak boleh

rasa lain macam , macam saya buat salah dengan dia

saya punya malu Irfan muka dengan mata mulut sampai nak bercakap pun tak boleh ?‍♂?‍♂

sampai saya stres fikir masalah ni

Last edited 3 tahun yang lalu by Asnawi
Hanis
Hanis
3 tahun yang lalu

Malu dgn org baru knl sebulan dan xthu sbb

Athirahzaki
Athirahzaki
3 tahun yang lalu

Saya terigin nk rapat dng cousin saya tpi saya malu nk tegur…?

Pencarian
Pencarian
3 tahun yang lalu

Tak malu dgn cousin cane nk tegur pon hm ntah knp saya x rapat mne dgn family tpi dgn member ok je

Fansuri
Fansuri
4 tahun yang lalu

Saya ada persembahan menyanyi kat sekolah …saya malu sangat nk nyanyi depan org ramai.?

Aras
Aras
4 tahun yang lalu

Nak tanya you all semua cakap seorang pendiam or pemalu..tetapi dirumah dgn adik bradik dan sanak saudara mara pun seorang pendiam ke…? pls jawab dgn jujur nanti ada jawapannya…

Asnawi
Asnawi
Reply to  Aras
3 tahun yang lalu

Ya saya memang pendiam dan pemalu

Shazwan
Shazwan
Reply to  Aras
6 bulan yang lalu

Tak pun .. tapi apabila saya bercakap depan orang lain saya jadi tak tenang
,berpeluh dah cemas

S.LEE
S.LEE
4 tahun yang lalu

Sya ni Jenis yg pemalu orng nyee hehe…
Bila jumpa orng tu mesti tangan berpeluh²,muka merah,cakapan stack²,ermm…,….tapi tu dulu, skrng Ada oke sikit dah. But……?Bila jumpa crush tu…auto baca yasin jwb nyee?